tag:blogger.com,1999:blog-39888122917049200252024-03-25T06:57:55.065-07:00ROCK MY SOULJANGAN PERCAYA SANGAT MAMAT NI BERBORAKWanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.comBlogger238125tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-90391159044367013282019-03-24T05:36:00.000-07:002019-03-24T05:36:03.171-07:00PANAS SUNGGUH LA NIMemang sungguh-sungguh panas la ni. Bukan main-main punya panas. Saya dengan anak-anak pun dah 2,3 kali ke klinik, sebab cuaca panas bebenor.

Macam biasa kalau ke klinik, pesan yang dipanjangkan doktor adalah hal yang sama. Minum air banyak, kurangkan aktiviti outdoor.

Saya pulak Jumaat lepas pulun joging sampai 10km, dengan harapan cuti ni nak reduce paling kurang 5 kilo, dan persediaan event lari-lari tak lama lagi. Nampaknya yang mungkin hilang adalah 5 hari tanpa aktiviti.

Harap cepatlah saya dan anak-anak sihat. Dah berjanji nak bawak depa ni ke dua event besar. Tengok Upin Ipin Keris Siaman Tunggal yang dengar katanya sedap ditonton dan LIMA '19.

Sekian, setelah sekian lama tak menulis di sini. Entah-entah tahun depan pulak baru jengah balik blog ni. Punyalah sibuk (pemalas) la ni.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-10442191101491543522018-07-11T22:13:00.000-07:002018-07-11T22:13:10.229-07:00AKHIRNYA,SELAMAT BERTEMU KEMBALIAlhamdulillah. Saya pun tak menjangka boleh kembali ber'blog'.

Hilang password sebenarnya. Ye lah, kepesatan media sosial terkini meralitkan saya dari laman blog ini. Ditambah pula dengan tugasan hakiki yang bertambah, juga tanggungan yang bertambah.

Alhamdulillah, kini saya sudah punyai 2 puteri. Kiri kanan bahu kini menanggung amanah yang bukan kepalang, namun tetap saya syukuri. Mana tahu, 'tabungan' amanah ini membantu saya dan keluarga di akhirat kelak. Doakan saya, dan ajarilah saya dalam ilmu membesarkan anak-anak.

Kita di era baru. Cuma saya tak suka mengistilahkan era ini sebagai "Malaysia Baru". Malaysia kita tetap sama, beraja bersultan berperlembagaan dan Islam selaku agama Persekutuan. Mem'baharu'kan Malaysia kita bermakna cubaan menukar apa yang sudah kita persetujui dan sepakati lama dahulu. Jangan. Bukankah sudah sedia makmur negara kita Malaysia ini. Kerajaan memerintah sahaja yang kita kena selalu tukar, agar tidak lemak dan mabuk menunggang kuasa.

Eh, terjengah politik pulak.

Semoga saya punya kekuatan dan keistiqamahan untuk menulis di laman ini. Di waktu blogspot bukan lagi pilihan, saya kira untuk warga seperti saya yang agak 'season' ini, lebih menyelesakan untuk mengarang.

Selamat bertemu kembali.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-51134049889196680762016-04-27T18:56:00.000-07:002016-04-27T18:56:17.512-07:00DR ZAKIR NAIK Tulisan pertama di tahun 2016!

Lama jugak bertapa dalam gua, dengan harapan nak dapat pencerahan.

Alhamdulillah, saya sihat, kalau ada yang sudi bertanya. Makin 'sihat' gayanya. Tuah berbinikan orang yang rajin dan handal memasak. Kui kui kui....

Tulisan ini adalah tulisan 'tertinggal kereta api'. Saja saya melengah-lengah menulis bab ni, kerana jerebu polemik yang melanda negara ketika itu agak menghasilkan bahang, yang saya lihat hanyalah dipenuhi debu emosi, emosi, dan emosi.

Dr. Zakir Naik. Figura dakwah dan cross religion dialog yang agak gah namanya di dunia. Dah pernah pun datang Malaysia sebelum ni, cuma sekarang yang jadi hangat dengan isu itu, isu ini.

Apa yang dapat saya simpulkan selaku penonton TV bertemankan kuaci semasa polemik ini berlangsung, adalah:

1) ramai kaum Muslim yang cakna dengan hal berkaitan aqidah

2) ramai kaum Muslim yang tidak cakna dengan hal berkaitan aqidah

3) ramai kaum Muslim yang faham tentang maksud fiqh, akhlaq dan aqidah

4) ramai kaum Muslim yang tidak faham tentang maksud fiqh, akhlaq dan aqidah

5) ramai yang tenang

6) ramai yang gelabah

7) sikit yang makan kuaci depan tv

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-72974373624366029212015-11-07T21:00:00.003-08:002015-11-07T21:00:55.904-08:00SEPAGI MENYEPI : KENANGAN DI KL SENTRAL

Sungguhpun segalanya sudah pun termaktub tetap, kita masih mempunyai peluang untuk membuat pilihan. Dan dengan iman yang kukuh, mahupun bersisa, setiap pilihan yang mahu, sudah atau sedang dibuat itu juga sudah pun termaktub dalam ketetapan.

Saya diberi peluang - Alhamdulillah - untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. 'Guru', nama rasminya. Namun saya lebih selesa dipanggil 'cikgu'. Sebelum menyandang tugas ini, pelbagai jawatan dunia sudah saya sandangi. Jaga toilet, tukang cuci di KL Sentral, outdoor trainer, pegawai pendidikan alam sekitar ketika bersama Malaysian Nature Society, dan lain-lainlah.

Sekali-sekala menoleh kebelakang, seronok juga. Ada moment-moment tertentu yang menginsafkan. Dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bulanan, di tengah-tengah malam, sehingga ditumpangkan oleh seorang pemilik bengkel signboard yang mesra dipanggil 'Pak Su'. Ini kenangan yang saya bayar dengan harga mahal sewaktu hidup di kota kejam Kuala Lumpur, sewaktu tercari-cari kerjaya, yang penyudahnya saya merelakan diri menjaga toilet, sebelum akhirnya diterima bertugas sebagai cleaner beruniform biru di KL Sentral, di bawah syarikat Maizad Sdn. Bhd, kalau tidak silap ingatan saya.

Menyorokkan identiti selaku pemegang ijazah, saya bergaul dengan kawan-kawan lain. Ada pekerja tempatan, Myanmar, Indonesia, dan lain-lain. Seronok. Pelbagai ragam, pelbagai masalah yang kami hadapi.

Berseorangan di jam 3 pagi, mengemop lantai di stesen antara bandar adalah antara perkara paling gila saya buat. Mereka kata saya berani, tapi saya fikir saya gila.

Cuba-cuba juga 'mengayat' gadis-gadis yang bertransit di KL SENTRAL, saling cabar-mencabar dengan seorang sahabat yang bekerja di 7 Eleven. 10 yang kami 'ayat', 10 yang gagal. Haha. Hensem mana pun kalau pegang batang mop, komfem awal-awal kena reject. Di situ saya belajar, jangan pegang mop masa mengorat.

Juga kenangan berjalan-jalan lewat malam seorang diri di sekitar Brickfield di tengah malam. Sembang menyembang dengan gelandangan. Tengok orang kejar-mengejar, bergaduh barangkali.

Di suatu ketika, di saat belum bergaji. Duit tabung sudah tak bersisa walaupun jenuh dikorek. Makan sudah tidak lagi jadi keutamaan, kerana tiket komuter perlu juga dibayar (saya menumpang bengkel di sekitar Kampung Medan). Setiap hari, dengan muka tak malu mengecek roti expired dari sahabat saya di 7 Eleven. Ada rezeki lebih sikit, restoran Melayu di situ (tak pasti ada lagi tak) sering menyedekahkan kepada kami para cleaner, nasi bungkus yang tidak habis. Baguslah, daripada dibuang, baik bagi pada kami. Lagi sedap, kadang-kadang sorang sahabat dari KFC sering bagi kami ayam-ayam goreng. Semoga murah rezeki dia.

Dan di suatu ketika, dalam jam 12 malam ke pukul 1 pagi saya kira, saya buat OT. Kerana tiada makanan, dan tidak mampu beli makanan, saya tidur dalam keadaan lapar, waktu rehat. Siapa-siapa yang biasa tidur masa perut kosong lapar sungguh, pasti perasan yang badan kita akan mengerekot (?) dan sangat tidak selesa. Inisiatif seorang makcik, mengumpul sejemput nasi dan lauk dari setiap cleaner on duty malam tu, dan mengejutkan saya supaya sama-sama makan. Ya, saya makan nasi dari pekerja-pekerja yang asalnya dari sini, Myanmar, Indonesia, Bangladesh.

Nasi yang kemudiannya berkuahkan 'air mata' itu adalah hidangan paling lazat pernah saya rasakan seumur hidup saya.

Keluarga, kawan-kawan kampung, kawan-kawan study sering bertanya mengapa saya memilih kerjaya cleaner ketika itu. Ada kelulusan, tambahan saya muda lagi waktu. Hensem tu, adalah sikit-sikit.

Pada saya, saya cuma mahu mencuba. Hidup ini ada waktu kita perlu mencuba. Yang positiflah. Dadah dan arak jangan dibuat cuba. Naya hidup.

Cubaan saya itu tak lain adalah untuk mencapahkan sudut pandang dari setiap lapis masyarakat. Saya tidak akan berada di tingkatan paling tinggi dalam masyarakat, namun setidak-tidaknya saya pernah merasa berada di tingkatan paling bawah, untuk saya sedar diri di ketika saya berada di pertengahan.

Setidak-tidaknya, saya tahu apa rasanya lapar yang sangat-sangat lapar, dan disimpatikan oleh mereka yang tak pun berkemampuan dari segi harta, tapi hebat dari dalam jiwa.

Ada jugak yang sudi baca cerita boring ini. Semoga anda dirahmati Allah.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-72511537507334385482015-11-03T18:36:00.000-08:002015-11-03T18:40:31.770-08:00VAPE, ROKOK DAN MORAL

Khabarnya harga rokok nak naik pulak. Entah kan ye, entah kan tidak. Apa pun, saya tak terlibat dengan kenaikan atau penurunan harga rokok, memandangkan saya bukanlah perokok.

Cuma sekarang ini adalah kebangkitan 'vape' yang 'kononnya' dicipta untuk membantu mengurangkan ketagihan perokok terhadap rokok. Namun, terjadi sebaliknya, 'vape' semakin 'trendy' sekarang di kalangan muda-mudi yang terjerat dengan 'trend' semasa, jenis takde jati diri, jenis mangkuk ayun.

Secara peribadi, saya melihat permasalahan 'vape' ini adalah berkaitan dengan moral dan adab. 'Bangsa vape' ni bersungguh-sungguh mengatakan bahawa penggunaan 'vape' adalah selamat dari segi kesihatan, lebih selamat dari rokok sebenar. Dari segi ini, memang pointnya ada, walaupun ada yang direka-reka.

Namun kalau dilihat dari sudut moral, 'vape' merenggut perasaan malu kaum hawa dan membenihkan berani kepada golongan bawah umur untuk mencuba menyedut bahan-bahan berasap ni. Bukti jelas nyata, ada kalangan betina yang bertudung dengan sewenang-wenangnya menyedut menghembus 'vape' ibarat malu tu sudah tiada nilai lagi.

Kemudian datanglah bunyi-bunyi 'bangsa vape' (meminjam ayat si meran) mem'backing' wanita-wanita mangkuk dari kalangan mereka ini, bahawa kita-kita yang membantah 'vape' di kalangan wanita adalah jumud, dalam tempurung, akal singkat, tidak berfikiran terbuka dan segala macam tohmahan negatif dari orang yang akal kat tapak kaki. Lagi-lagi si 'datuk' anak menteri tu pulak pun adalah kaki 'vape'. Macam haram kan, 'vape' adalah lambang keterbukaan.

Saya mudah sahaja. Macam ni lah. Kepada kaum muda-mudi yang kaki 'vape' ni, cuba bawak awek atau tunangan kamu berjumpa dengan mak ayah kamu. Lepas makan, biasanya kaum awek ni akan meringankan tangan menolong bakal mak mertua di singki, membasuh pinggan. Biasalah tu, itu norma.

Waktu lepas makan, masa sesi kenal mengenal, cuba sua kat awek ni 'vape', macam biasa yang kamu dan awek kamu buat masa dating-dating. Kalau awek kamu sambut, dan menghembus asap 'vape' berkepul-kepul dengan pelbagai rupa dan bau depan mak bapak yang membesarkan kamu dengan tenang, cuba lihat pula muka mak ayah kamu. Kalau sama-sama tenang, sama-sama capai 'vape' dan berjemaah 'fogging' rumah, tulisan saya ni takde nilai di sisi kamu.

Bila ada jemaah-jemaah 'vape' ni, tiba-tiba saya merasakan perokok lebih ada moral. Mereka menyumbang jugak cukai kepada negara. Paling tidak, saya belum jumpa lagilah wanita Islam bertudung hisap rokok tepi-tepi jalan. "Vape", dua tiga kali. Perasaan tu, rasa macam nak hantar kaki ke muka mereka je. Bertudung tapi moral ke jamban. Macam asap 'vape' jugak agaknya, sedap disedut, dihembus keluar kemudian menyirna tiada nilainya.

Saya bukanlah marah. Nak 'vape' ke, apa ke, ingat-mengingatlah sesama kita. Kaki 'vape' yang lelaki, kalau ada wanita yang hisap 'vape' berhampiran kamu, dan kamu merelakannya, terbukti kamu dayus dan mungkin batu ladung kamu sekitar sebesar biji sawi sahaja.

Maafkan saya kalau teguran tentang moral ini disampaikan secara tidak bermoral. Koh Koh Koh!

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-15467602744258835782015-10-27T21:04:00.000-07:002015-10-27T21:04:03.024-07:00HAI, RINDU I KE?

Lama sungguh tak meng'update' laman ni. Entah apa yang disibukkan saya sendiri pun tak tahu.

Walau macam mana pun, tugas adalah tugas. Tugas itu tanggungjawab, yang diakauntabilitikan kepada kita. Jadi saya rasa, tak perlulah saya merengek-rengek bercerita tentang beban tugas di sini. Bab merungut-merungut ni, bagi dengar ke bini je baru ada 'kick'.

Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat, kalau-kalau ada kawan-kawan yang bertanya. Anak dah masuk 1 tahun 1 bulan. Tengah bercadang-cadang jugak nak tambah sorang lagi, kalau rezeki. Anak la, jangan pikir lain pulak.

Berat badan, bertambah. Bab ni lawak seram sikit. Dulu bung-bang bung-bang cerita pasal fitness, last-last sendiri tewas kepada perubahan hormon selepas kahwin. Sekarang baru muncul kesedaran nak exercise balik macam dulu-dulu. Harapnya bolehla dapat balik six pack yang menyorok bawah lemak ni.

Membaca, alhamdulillah. Makin mencapah ke pelbagai ragam buku. Cuma bila usia dah mulai melewati angka 30 (30 tahun 1 bulan), saya makin berkira sikit dalam memilih penulis yang bukunya mahu dibaca. Entahla, secara jujurnya saya lebih terkesan dengan penulisan penulis-penulis sesenior para Sasterawan Negara. Lepat 'Terima Kasih Si Babi Hutan' adalah yang paling terbaik untuk tahun ini, yang keluar dari stereotype, selain Hamka 'Kereta Mayat'. Tulisan mereka jujur. Cuma bila para 'hipster' berkerumun membeli buku Terima Kasih Si Babi Hutan tu sekadar nak post gambar dalam Fesbuk atau Instagram nak bagi nampak rupa ilmiah, macam pelaq jugak gayanya. Bila minta hurai sikit isi buku tu, "aku baca awal-awal je, lepas tu stop sebab tak faham, tak berapa masuk''.

Muzikal, saya terjerat secara rela dengan muzik-muzik Folks dan Keroncong. Lebih jujur, lebih 'teknikal' dalam penjiwaan, dan lebih dalam pada penghayatan. Saya terasa rugi kerana lewat meminati keroncong. Lagu-lagu puisi, kalau nak kata saya mainstream kerana banyak memilih karya-karya Brader Meor Yusuf Aziddin sebagai halwa telinga, saya rela. Tu pun khalayak bukan kenal sangat brader busker yang femes di KL SENTRAL ni. Oh, satu lagi. Busking pun nampaknya dah jadi 'hipster' sekarang, sejak-sejak Caliph Buskers keluar. Bagusla, persepsi masyarakat pada pemuzik jalanan semakin baik.

Lain-lain, takde apa sangat yang menarik nak diceritakan. Saya sememangnya seorang yang memboringkan.

Siapa la yang rajin bebenor nak baca benda-benda boring ni...

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-76062899021947307932015-04-22T21:53:00.001-07:002015-04-22T21:53:29.955-07:00SOLO GITAR TERBAIK DARI LAGU-LAGU BUKAN GENRE ROCK DAN METAL

Biasanya, kita-kita yang ketagihkan dos bunyian gitar, akan mencari-cari solo yang mengancam dari gitaris atau band feveret kita untuk melampiaskan ketagihan kita tu.

Biasanya jugak, gitaris-gitaris tersebut adalah daripada genre yang dominan dengan solo-solo gitar, iaitu rock dan metal. Tak terkecuali juga, jazz dan blues. Maka, nama-nama seperti Vinnie Moore, David Gilmore, Marty Friedman, John Petrucci, Man Keedal, Karl Cromok, Kid Search, sekadar beberapa nama, akan laju meluncur dari mulut kita bila berborak berkenaan solo gitar.

Namun, bagi saya, saya juga melebarkan telinga saya menggapai bunyian solo dari lagu-lagu yang bukan bergenre seperti di atas, dan berikut merupakan pilihan saya dari lagu-lagu pop di Malaysia, yang kebanyakannya adalah dari era 90an.

Mungkin kamu-kamu ada idea lain, mari kongsi sama.

MADAH BERHELAH DARI ZIANA ZAIN

Part solo dia tu memang agak memorable. Bunyi macam mudah nak dimainkan, tapi kalau main setakat tiru dari Guitar Pro, tak campak soul dalam lagu tu, tak dapat folo beb.

NURANI DARI EISYA

Lagu ini antara yang menduduki top spot dalam hati saya untuk kategori lagu-lagu feeling. Lagu ini sendiri adalah kekuatannya, dengan penyampaian penyanyi comel Eisya ni. Solonya walaupun bukanlah berdesup namun feelingnya..... Fuuuhhhh... Ish,. meremang bulu tengkuk dengar lagu ni.

FANTASI MUSIM CINTA DARI IWAN

Lagu yang sangat best dikarokekan dengan kawan-kawan. Kena pulak kawan-kawan kaki mengutuk. Saya cukup minat solo lagu ni. Waktu saya cuba-cuba cari solo ni (baru mula cari 5 minit tadi), saya terfikir macam mana emosi gitaris ni masa susun solo ni. Kemas.

FIONA DARI 4U2C

Saya kena akui, yang saya membesar di era ini. 4U2C dan KRU adalah 2 entiti yang sangat cool masa ni, ditambah dengan kartun MC Hammer waktu tu. Lagu ni kalau tak hafal, tak boleh dibuat kawan.

Bila usia menginjak dewasa, lagu ini masih mengundang senyum bila teringat waktu kecik-kecik tu. Dan bila hati mula minat bergitar, solo lagu ni yang tak pernah diambik pot, mula menduduki antara tempat terpenting dalam kategori solo-solo terbaik bagi saya. Maaf, untuk saya, solo lagu ni lebih penting dari solo kebanyakan lagu-lagu rock atau metal.

Cara gitaris menyusun solo memang cantik. Saya boleh bayangkan dia main sambil ternganga-nganga mulut, terutama part tapping masa nak outro solo tu. Antara solo idaman saya, kalaulah saya boleh mencipta solo.

Cukup kot, 4 lagu bagi perkongsian kali ni. Saya nak jugak tau pendapat orang lain berkenaan solo-solo dari lagu bukan bergenre rock atau metal yang best, terutama dari lagu-lagu pop Top 40 yang selalu keluar radio.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-57591628772581076592015-03-21T21:51:00.000-07:002015-03-21T21:51:28.609-07:00KESAN KEPARAHAN EKONOMI NEGARA

Viral di media-media sosial baru-baru ini.

Selaku rakyat marhein, saya melihat perkara ini sebagai suatu mesej jelas.

Inilah kesan keparahan ekonomi negara yang dipertanggungkan kepada rakyat.

Sejak di sekolahan, kalau buat karangan bertema masalah sosial macam pembuangan bayi, balik-balik isi penting yang digunakan ialah 1. kurang didikan agama 2. masalah keluarga.

Setakat ini, saya belum jumpa karangan murid yang menekankan masalah ekonomi adalah pencetus kepada masalah-masalah sosial yang lain. Mungkin agak rebel untuk seorang budak sekolah redah menulis masalah ekonomi negara sebagai punca, namun di peringkat rebung begitulah sepatutnya diberitahu, kan?

Mak bapak terpaksa mengerah keringat siang malam untuk menanggung beban ekonomi keluarga yang semakin menggunung, seiring peningkatan kos harian. Maka, masa bila lagi nak difokuskan untuk didikan agama anak dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Nak ke masjid hari Jumaat pun jenuh dah.

Terpaksalah sekolah menanggung kebajikan anak-anak tadi. Namun, untuk pengetahuan semua, tanggungjawab sekolah untuk perkembangan anak-anak, tak lebih 20% pun. Majoriti adalah tanggungjawab ibu bapa dan keluarga.

Entahlah.....

Semoga Malaysia semakin cerah dan menyerlah dengan GST yang tak jemu dicanangkan kebaikannya dalam TV, sampai rasa nak jumpa pelakon iklannya satu demi satu, dan di'stalait' dahi sorang-sorang.

Tau ke 'stalait' tu apa?

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-77918263578186290242015-03-09T19:30:00.001-07:002015-03-09T19:30:58.920-07:00KEMBALI MEMBACASuatu hobi saya yang agak lama saya tinggalkan ialah membaca. Ya, di suatu ketika saya amatlah berahikan buku. Pantang ada buku yang menarik minat saya, saya pastikan jadi milik saya serta merta. Dari buku-buku di toko-toko buku terkenal, hinggalah ke gerai buku-buku lusuh di pasar malam, saya tak kira.

Buku paling terkini yang saya miliki, dibeli secara pukal daripada beberapa page fesbuk buku-buku terpakai seperti KOLEKTOR BUKU2 SEMALAYSIA dan lain-lain. Antara buku-buku tersebut yang saya sedang belek-belek sekarang ialah LATIFAH RABBANIAH, koleksi cerpen Arwah Azizi Hj. Abdullah terbitan DBP tahun 1976. Yang saya miliki ini ialah cetakan kedua tahun 1981. Arwah memang merupakan penulis yang berada di ranking teratas novelis yang paling saya minati.

Saya tidak meletakkan ketidakmembacaan saya ni disebabkan oleh kesibukan kerjaya dan pengurusan keluarga. Terang-terang memang saya yang pemalas. Membaca ni sebenarnya, sendiri-diri kena curi masa.

Macam kita dengan Al-Quran jugaklah. Kena paksakan jugak diri baca Quran, habis malas sehari semuka.

Maka, setelah meneliti lama perihal kemalasan saya membaca ni, saya dapati benda pertama yang saya perlu singkirkan, atau kena kurangkan ialah MASA BERGAJET.

Kita terlalu lalai dengan bergajet sekarang ni. Yang saya maksudkan dengan bergajet ini lebih menjurus kepada berhabis masa di laman sosial. Macam tak kena sangat kononnya, kalau sehari tak bukak fesbuk.

Inisiatif saya, setakat minggu ni, ialah menjadikan hari Ahad sebagai HARI TANPA LAMAN SOSIAL. Nak tolak gajet terus, wasap kena usha-usha jugak, kot-kot ada apa-apa makluman dari keluarga atau rakan sekerja.

Dan saya juga akan usahakan jugak untuk berkongsi hasil bacaan saya, macam budak-budak sekolah dengan program NILAM tu. Nak kata bedah buku, saya tak layak mengkritik hasil tulisan orang lain. Sendiri menulis pun, bersepah.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-5637408300145467122015-03-01T06:48:00.001-08:002015-03-01T06:48:58.088-08:00KEMBALI MENAIP Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan (kerajinan) menaip di blog usang ini.

Sepanjang hibernasi saya dari ruangan ini, alhamdulillah, kehidupan berlangsung dalam keadaan yang mengujakan.

Prestasi tugasan saya tahun ini agak luar biasa. Mungkin sudah di tengah dekad pertama, bukan lagi waktu untuk main-main dalam kerjaya. Sebagai che'gu, mengajar adalah core bussiness saya yang disulami dengan tugasan lain. Kalau dahulu, saya mudah rasa terbeban dengan tugasan pengkeranian dan melatih yang tak putus, sekarang saya semakin boleh mengurus tugasan dengan baik. Kata kuncinya, 'jangan bertangguh'. Dapat, terus buat. Itu sebabnya saya lama tak menaip di sini. Sibuk menyibukkan diri. Cewah. Poyo.

Alhamdulillah, baby girl kami sudah di usia lebih 5 bulan. Makin macam-macam perangai. Makin berakal. Saya perasan, saya mempunyai suatu ketagihan terbaru, sejak 5 bulan dulu. Ketagih mencium bau baby. Sebelum gi kerja, cium anak. Balik kerja, cium anak. Sebelum buat apa-apa, menggomol baby adalah keutamaan. Orang kata bau baby tu, 'bauan syurga'. Alhamdulillah, saya dan bini dianugerahkan peluang sehebat itu. Kalau baby kami dah menganjak ke usia lain yang menghilangkan bau babynya tu, mungkin saya kena minta ibunya nak baby lagi. Kui kui kui. Rezeki dari Allah.

Sepanjang hibernasi saya dari medan ini juga, perkara paling meruntuhkan semangat saya adalah pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Allah sahaja yang tahu betapa luluh hati ini. Longgar lutut, hilang tenaga seharian. Namun, ajal maut adalah ketetapan Allah. Bukanlah pentaksub kepada Arwah. Cuma, telah diberitakan kepada kita, apabila seseorang itu melabuhkan kasih sayangnya sungguh-sungguh pada Allah, Allah akan mengembalikan kasih sayang itu dengan berlipat ganda, dan antara caranya ialah, menyebarkan kasih sayang kepada makhluk-makhluknya agar menyayangi hambaNya tadi. Sangka baik kita pada Arwah, Allah menganugerahkan kasih sayang itu padanya, hinggakan pemergiannya mengundang sedih bukan hanya pada mereka yang sepemikiran dengannya, hatta mereka yang berlainan aliran.

Apa pun, saya berdoa agar tahun ini, kita semua dilimpahi rahmat berterusan, bahagia dunia akhirat. Amin.

Soalan : ada gaya macam orang dah umur 30 tahun menulis tak? Kalau ada, ingat nak reduce sikit kadar keseriusan tu.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-14765508327102796892014-10-21T08:36:00.000-07:002014-10-21T08:36:52.797-07:00MENYANDANG TITLE ABAHAlhamdulillah.

Apa lagi yang mampu saya ucapkan, melainkan ucapan keramat dia atas.

Tanggal 16 September 2014 yang lalu, saya dan isteri mengupgrade title kami menjadi abah dan ibu, bersempena dengan kelahiran cahay mata kami. Seorang puteri.

Alhamdulillah....

Saban hari mendengar radio Sinar FM, kita diperdengarkan pesanan oleh seorang doktor wanita tentang tanggungjawab seorang suami yang beristerikan seorang wanita yang bakal melahirkan anak. Antara saranan doktor tersebut ialah menemani isteri di kamar kelahiran. Dan saya sahut seruan itu.

Terus terang, saya bukanlah berani sangat dengan jarum-jarum, pisau bedah, darah-darah dan uniform putih doktor. Kalau berani, mesti jadi doktor dah sekarang ni, bukan cikgu. Namun, mengenangkan isteri lebih berat menanggung beban sakit melahirkan yang bukan kepalang, saya gagahkan juga. Saya terlalu mahu menjadi saksi kelahiran anak kami.

Alhamdulillah...

Kelahiran puteri yang saya saksikan sendiri prosesnya satu per satu. Diiringi ayat-ayat suci Al-Quran, terutama ayat 'lau anzalna hazal quran...', yang gagap-gagap saya baca kerana pressure di dalam bilik bersalin itu rupanya lebih dahsyat berbanding berada dalam ring sukan tempur atau pentas persembahan, serta air mata yang bukan kepalang, bayi kami selamat dilahirkan secara normal. Menyaksikan sendiri bagaimana sakitnya sang isteri bertarung nyawa meneran melahirkan anak, membuatkan saya berjanji sendiri yang dia takkan saya sia-siakan sampai bila-bila.

Alhamdulillah.,,

Saya bergelar abah di hujung 20an saya. Agak lewat juga berbanding sahabat-sahabat lain, namun rezeki Allah janganlah kita nafikan cepat lambatnya. Ia datang pada waktunya.

Alhamdulillah...

Semoga saya dan isteri lebih tabah menjalani hari-hari berkeluarga dengan pertambahan ahli comel ini. Menyandangkan title abah dan ibu tidaklah semudah disebut dan dieja. Ia datang dengan tanggungjawab dan ujian.

Alhamdulillah...Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-40043024932042493992014-08-13T07:05:00.000-07:002014-08-13T07:09:43.658-07:00MENUJU USIA 29 TAHUNKira-kira sebulan sahaja lagi, lebih kurang, saya akan menginjak ke usia 29 tahun.

Menurut sebuah artikel yang saya baca di http://nymag.com/thecut/2014/08/everybody-likes-you-when-youre-29.html , usia 29 merupakan sebuah usia di mana seseorang itu memulakan sebuah kematangan, semakin berarah tujuan dalam hidup, semakin berdedikasi dengan apa yang dikerjakan, namun tetap masih 'hip', ceria dan tetap berhubung dengan kawan-kawan dari zaman kanak-kanak selain berkarisma dalam mengeratkan hubungan sesama rakan seprofesion dan kenalan baru.

Ada betulnya.

Cuma bagi saya, dan saya kira mereka-mereka yang sama macam saya, menginjak ke usia 29 sebenarnya adalah sebuah dilema. Dilema untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan yang 'matang' di mata dan tanggapan orang lain dan sifat 'keanak-anakan' yang terperangkap dalam jasad, kerana fasa 29 adalah permulaan kepada peralihan 30an, di mana dikatakan bagi lelaki, usia 30an adalah usia di mana kehenseman sebenar seorang lelaki ditonjolkan.

Di usia 29 ini, dengan menanti kelahiran anak sulung juga lebih kurang sebulan lagi, saya masih lagi penagih komik-manga, pengumpul t-shirt bergambar kartun, masih teruja menonton movie bertunjang kartun (tahun depan Sponge Bob the movie oi!), menyusun jigsaw puzzle bertema One Piece, memasang kereta Tamiya dan lain-lain yang sealiran.

Walaupun minat saya dalam bergitar dan martial art adalah seiring dengan peningkatan umur - saya makin selesa dengan lagu-lagu bercorak puisi dan lebih mendalami falsafah martial art berbanding bergasak nak hebat - namun kemachoan minat saya itu hanyalah topeng yang menutupi ketagihan 'childish' saya.

Sukar untuk saya menyisih minat yang sudah disemai sekian lama. Dari kecil belum kenal huruf lagi sudah mendarah daging.

Mujur, bini faham minat saya itu. Mak abah saya lebih tahu minat saya ini, kerana berbuih mulut acapkali memarahi saya yang malas mengemas komik yang bersepah sebilik. Mak ayah mertua? Insyaallah, mereka faham, kot.

Apa pun, 'childish' mana minat saya tu, saya bersyukur kerana itulah diri saya. Dalam menuju 30an, saya kira setidak-tidaknya pemikiran saya tetap muda, kerana kadang-kala hambatan tugas harian dan lain-lain tanggungjawab jika didepani tanpa sedikitpun fasa recovery, mungkin saya tua sebelum usia.

Dan di usia 29 ini juga, saya semakin percaya untuk berpegang pada kata-kata,

'Lantaklah apa orang nak kata'.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-67502143916594631312014-08-09T20:00:00.001-07:002014-08-10T00:34:06.363-07:006 GITARIS ASIA TENGGARA YANG SAYA SUKAOk, back to bisnes.

Saya rasa, lama jugak dah saya tak berborak tentang kecintaan saya yang satu ni - gitar.

Hari ini, berbetulan dengan kembalinya semangat saya nak 'bercumbu' dengan gitar, saya 'list'kan gitaris-gitaris Asia Tenggara yang saya suka dengar dan perati rapat cara permainan, 'feel', 'soul', 'sound', susunan muzik dan 'attitude' mereka. Sebelum ni, pernah saya tulis tentang gitaris antarabangsa yang saya suka jugak.

Susunan di bawah bukanlah mengikut 'siapa terbaik', memandangkan mereka mempunyai keunikan tersendiri dalam bergitar.

Dewa Budjana, yang biasa kita tengok bersama band GIGI. Mempunyai reputasi yang sangat tinggi dalam scene muzik Indonesia, terutama scene jazz. Saya kagum dengan kepelbagaian muzik dia, dengan GIGI yang berbusana popular dan mainstream, kepada jazz yang berwarna-warni, dan sudah semestinya dia juga 'ngerock' dengan gayanya yang tersendiri.

AG Coco yang biasa kita tengok bersama kumpulan Hujan. Bakat muda (muda ke? Baya aku je dia nih. Dia muda, kira saya pun muda la) yang paling menonjol buat masa ini di Malaysia. Live performance dia pun tak pernah menghampakan, dan paling menyeronokkan apabila menonton konsert akustik Hujan. Tapi tengok dia berlakon dalam drama 'doploh sen' time raya hari tu, boleh bikin menangis!

Eross yang biasa kita tengok bersama Sheila On 7. Attitudewise, saya suka dia. Sempoi, simple, underrated (ker?) namun skill, fuhhh. Baru ni saya tertonton permainan gitar dia dalam Youtube, Mostly Jazz kot, menganga jugaklah. Solo yang luar dari norma lagu-lagu Sheila on 7, yang menonjolkan sisi handal dia sebagai gitaris yang tergolong power.

Karl yang biasa kita tengok bersama Cromok. Well, apa yang boleh kita perkatakan tentang dia ni. Legenda Metal Malaysia. Melodi, feel, sound, susunan solo...... Apa lagi haaa?

Kid yang biasa kita tengok bersama Search. Kesimpulan saya tentang permainan gitar dia - EARGASM! Saya membesar bermain gitar dengan cita-cita 'nak jadi macam dia', namun cita-citaku hampa. Tone dia, skill dia, dan paling saya suka, pilihan-pilihan note dia dalam menyusun solo. 'Isabella' adalah introduksi yang sesuai bila nak perkenalkan 'siapa Kid?

Sek yang biasa kita tengok bersama gigaband Thailand, Loso. Energinya yang tak bersempadan ketika live show. Masa ke Langkawi kira-kira awal tahun ni, saya sempat menonton persembahan livenya d Dataran Lang sempena 'Magical Langkawi'. Boleh menyanyi sing-along lagu 'Som Sarn' bersama dia dan rockers-rockers Siam yang hadir adalah sesuatu yang amat memorable, di samping menonton permainan jari dia yang lincah di medan fret board. 'Sejak bila abang pandai cakap Siam ni?' adalah soalan bini saya yang saya jawab dengan sengih yang panjang.

Ramai lagi gitaris handal di rantau Asia Tenggara ni, sehingga tak celus corong telinga saya nak mendengar semuanya. Apa pun, minat itu subjektif.

Hangpa pulak, minat kat siapa?Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-76739455036696706392014-08-06T07:01:00.001-07:002014-08-06T07:01:21.272-07:00SELAMAT HARI RAYA, HARI-HARI MENUJU PENG'UPGRADE'AN TITLE DAN KENANG KEMBALISelamat hati raya komrad sekalian!

Alhamdulillah, kita berkesempatan melalui Ramadhan yang sudah, dan meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran.

Dalam masa sama, janganlah kita lupakan perkara yang terjadi di Gaza sana, dan umat Islam seluruh dunia. Aminkan doa agar mereka semua sentiasa sejahtera dan diberkati Allah atas apa yang mereka perjuangkan. Untuk kita juga.

Tak lupa kesedihan melanda negara kita, yakni peletupan pesawat MH17 dan misteri MH370 yang masih menyelubungi. Sudah-sudahlah dengan teori konspirasi yang merapik-rapik. Tahulah pimpinan negara kita membuat kerja. Kita bantu mereka dengan doa dipermudahkan segalanya.

Seminggu jugak lewat wish hari raya ni.

Banyak perkara baik berlaku pada saya sepanjang saya berdiam sahaja. Ada jugak perkara tak berapa baik, tapi cukuplah dalam kocek saya. Yang paling baik dalam banyak-banyak yang baik adalah

SAYA BAKAL JADI ABAH.

Lama tak lama pun, adalah dalam sebulan dua lagi. Maka, waktu-waktu sekarang banyak dihabiskan untuk memikirkan persiapan menunggu kelahiran si baby nanti, rahmat Allah kepada kami.

Nebes jugak rupanya dah nak jadi abah ni rupanya. Dalam pada gembira, terbayang juga amanah yang diletakkan ke bahu saya. Dapat baby ni syoknya bukan semata-mata kena rajin upload gambar baby ke fesbuk, instagram bagai.

Apa pun, doakan saya dan isteri. Kepada yang dah senior-senior dalam melayari alam beranak-pinak, mohon beri tunjuk ajar dan tips pada saya.

Dan sesungguhnya, segala yang berlaku terlalu pantas untuk saya, sekarang. Dahulu, segala-gala terasa lambat, terasa ditangguh-tangguh. Sungguh, perancangan Allah adalah 'thorbaik' mengatasi angan-angan kita.

Dahulu, rasa bagaikan saya tidak akan merasai alam berumahtangga, sehinggalah dipermudahkan bertemu isteri, bertunang, berkahwin. Tup-tup, bakal dapat anak pulak. Cantik sangat-sangat nukilan Tuhan.

Dikenang kembali, Tuhan itu jugalah yang pernah saya persoalkan macam-macam perancangannya, waktu mengaggur, waktu jadi kutu, waktu kerja cleaner di KL Sentral akibat ketandusan belanja dan ketiadaan kerja.

Selalu sangat mengeluh dengan 'kenapa Kau duga aku begini? Kenapa jalan yang aku lalui ini berliku sangat?'.

Dan Allah jawab dengan anugerahkan suatu kerjaya yang sangat saya impikan - mengajar. Itupun selepas kesempatan berkerjayakan 'outdoor instructor', kemudian pegawai pendidikan alam sekitar, seterusnya disajikan dengan tawaran pegawai perhutanan, pegawai perhilitan, dan KPLI. Akhirnya saya turut restu ibu saya supaya memilih kerjaya keguruan kerana katanya, 'mak tak larat dah tengok hang rambut panjang, duduk hutan semedang, balik kampung dah tak serupa orang'. Ewah, berpantun pulak mak I.

Dan lagi, selepas beberapa tahun berkhidmat di bumi Darul Takzim, Johor, Allah permudahkan saya untuk berpindah ke kampung halaman isteri di hujung utara tanah air, hanya selepas 5 hari bernikah. Alhamdulillah. Saya takut juga sebenarnya, hidup berjauhan dengan isteri.

Bukanlah saya bercerita ni, untuk kita ramai-ramai persoalkan tindakan Allah mengatur hidup kita, dengan harapan pertikai punya pertikai, Allah tunaikan impian kita. Tak.

Yang saya nak bagitau, Allah punya perancangan Maha Indah. Bila fikir balik, jahilnya saya jam tu.

Banyaknya nikmat Tuhan yang saya dustakan. Pun Allah tetap bagi yang terbaik untuk saya, dan kita-kita semua.

Selamat hari raya semua.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-8407250566932715222014-06-12T00:06:00.000-07:002014-06-12T00:06:14.756-07:00GILA GAJET DAN 'SORI, AKU LUPA BRO'Kisah ni, saya taknak ingat sebenarnya. Agak menjijikkan. Hampir buat putus sahabat. Tapi, saya nukilkan jugaklah sebagai panduan untuk masa depan, agar kalau nak bergajet tu, biarlah berpada-pada.

Kisah yang berlaku kira-kira 2 tahun lepas, di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Tebrau, Johor.

Sahabat saya dari kampung berpindah kerja di Johor. Jurutera di sebuah perusahaan sekitar Pasir Gudang. Setelah agak lama tidak berjumpa, kami berpakatlah merayau dengan kereta saya. Kebetulan dia baru gaji, maka semangatlah meracun saya yang lebih suka tidur di hujung minggu, untuk bawak berjalan. Asalkan minyak dan makan saya ditanggung, saya ok kan sahaja.

Merayau punya merayau, makan punya makan, masing-masing perut memulas. Maka, ke toiletlah kami.

Sahabat saya ini merupakan penggila gajet. Pantang ada gajet terbaru di pasaran, pasti disambar. Saya lihat ketagihan dia ni akan gajet agak membimbangkan jugak. Gajet-gajetnya tu punya banyak, sampai saya nak menyebut pun tak reti.

Maka, di toilet, masing-masing mengambil ruang privacy masing-masing. Betul orang cakap, bila berseorangan melayan hajat, macam-macam ilham dapat. Namun, ketika menekuni ilham-ilham tersebut, saya terganggu dengan runut-runut bunyi dari kamar sebelah. Seingat saya, waktu masuk tadi, saya dengan sahabat saya je ada.

Lagu game 'Angy Bird' serta bunyi ketawa babi-babi. Cis, time dalam jamban pun main game? Apajadah?

Kami keluar hampir serentak. Saya maki kegilaannya main gajet sampai ke jamban. Dia senyum sumbing sahaja.

Tiba-tiba, dia berpusing ke jamban.

'Sori beb, aku luoa nak pam."

Saya melepas nafas berat. Bahana main game, sampai mengepam pun lupa.

Kami pun bergerak keluar. Tiba-tiba, dia berpatah balik.

"Sori beb, aku lupa. Aku lupa dah basuh ke belum."

Ini memang tak boleh blah punya lupa! Saya lantas berlari ke kereta, dan memandu pulang ke rumah. Saya dah tak peduli apa kat dia, dia balik macam mana.

Teruk sangatlah gila gajet pun!

Pengajaran : nak begajet pun, berpada-padalah.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-69009322608081161992014-06-05T11:21:00.001-07:002014-06-05T11:21:13.817-07:00ADAT DAN KEPERCAYAAN : MENGAJI AL-QURANSaya bermalas-malas depan tivi, meneguk teh o panas yang bini buat, dan menonton American Ninja Warrior. Sambil itu, saya berlagaklah depan bini, yang kalau saya masuk rancangan tu, setengah minit siap semua halangan. Bini hanya mencebik, sambil menuang sisa teh o yang berbaki dalam teko ke mug saya.

Jam menunjukkan 1.30 am. Saya beralih ke Tivi 1 yang saya kira hanya seminggu sekali saya buka. Itu pun hanya sebab nak tengok rancangan 'Pencak' yang bersiaran jam 1.30am. Namun, jangkaan saya salah. Malam ni ada rancangan lain pula rupanya, menggantikan 'Pencak'. Rancangan dengan tajuk 'Adat dan Kepercayaan'.

Karut betul tivi 1 ni. Rancangan sebagus ini tayang 1.30am, sape nak tengok?

Malam ni, 'Adat dan Kepercayaan' berkisar tentang Mengaji dan Berkhatan yang diamalkan orang Melayu dulu-dulu. Walaupun saya taklah berusia 'orang dulu-dulu', namun Alhamdulillah, saya sempat merasa setiap apa yang dipaparkan.

Bab budaya mengaji Al-Quran, penonton ditayangkan dengan proses mak abah menghantar anak-anak ke guru mengaji di kampung, dengan dibekalkan rotan buat modal nak merotan si anak kalau buas sangat atau ketegaq masa mengaji, dan majlis khatam Al-Quran yang agak grand.

Yang saya tak sempat merasa akan budaya ini, adalah tang proses mak abah menghantar anak ke guru mengaji, memandangkan mak saya sendiri adalah guru mengaji di kawasan perumahan kami. Yang bab rotan tu, saya kira sayalah championnya dalam kiraan dirotan. Anak cikgu ngaji, wajiblah kena tibai lebih dari yang lain. Tak adil betul rasanya diperlakukan macam tu. Masa majlis khatam kami, atau saya, taklah segrand mana. Mak ayah murid-murid lain hantar sate, mihun, dan lain-lain hidangan di samping pulut kuning rendam ayam yang mak saya sediakan. Takde pelamin-pelamin macam cikgu mengaji lain buat. Mungkin sebab mak saya tak pernah nak terima upah ajar mengaji, maka yang mampu kami dapat masa majlis khatam hanyalah makan-makan sikit. Alhamdulillah..

Saya fokus kat bab mengaji la ye. Senang.

Dahulu, pengajian Al-Quran sangatlah dititikberatkan. Seoramg kanak-kanak tidak akan diakui kedewasaannya jika belum khatam Al-Quran, walaupun sudah berkhatan. Waktu saya sekolah rendah, saya sangat bercita-cita untuk memasuki sekolah asrama. Nak rasa duduk jauh dari family, tak bolehlah mak abah saya nak merotan saya bila saya nakal. Syarat yang mak saya bagi agak ketat - wajib khatam Al-Quran sebelum darjah 5. Struggle la saya menghabiskan bacaan. Mak cakap, kalau Quran tak habis baca, tak cukup syarat nak duduk berjauh dengan mak.

Dahulu, sebelum masuk ke fasa Al-Quran, kena habiskan Muqaddam atau Juhama. Sekarang, era baru ni guna Iqra'. Bila saya belek, betul Iqra' sangat membantu untuk bacaan. Namun cara dulu bagi saya sangat nostalgik. Mengeja huruf dan baris dengan berlagu (bukan qiraat, jauh sekali tarannum) dan disudahi dengan 'wau sin sabdu ateh was sin ateh sa lam alif ateh laa mim depan mu, wassalaaaamu'. Sangat memorable.

Banyak lagi pengalaman masa belajar mengaji dulu. 1st try mengorat anak jiran (dan dikecewakan sebab 'kau tak sunat lagi, aku tak nak kawan'), kena rotan sebab ponteng (orang ramai-ramai mengaji, anak cikgu ngaji lari main gasing time maghrib) dan lain-lain. Mak juga ramai anak angkat sebab mengajar ngaji. Tu sebab walaupun dah berpindah, senang kami nak berjalan mana-mana. Ada je anak-anak angkat mak.

Alhamdulillah, walaupun kami ni taklah dalam keluarga agamawan, asatizah dan ulama, mak abah usahakan jugak agar Quran jadi bacaan kami. Abah cakap, jangan malukan keluarga dengan tak boleh mengaji bila diminta. Orang dulu-dulu cukup jaga, kalau-kalau anak depa tak boleh mengaji.

Dan zaman berganti. Kaedah pembelajaran pun makin pelbagai. Apa pun cara, kaedah, jenama, kita usahakanlah generasi terkemudian kita mampu membaca Al-Quran. Tak jadi ustaz pun takpe, yang penting Quran jadi bacaan wajib. Sikit sebanyak, kita harapkan berkat mengaji tu, generasi akan datang terhijab dari gejala yang bukan-bukan.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-57805695474367649592014-06-05T01:11:00.001-07:002014-06-05T01:11:12.239-07:00MEMANCING, KERAS HATI VS LEMBUT HATI, 'DIKEJAR MAYAT' DAN 'ANDA BOLEH JADI JUTAWAN'Sambungan yang lepas

"Aku dah hembus-hembus umpan aku ni. Apahal tak kena sekor pun? Ada ikan ke tak kolam ni?" Dengus sahabat saya. Saya buat tak peduli. Main game Word Search lagi menarik.

"Hang tak cukup menuntut ni. Nah baca buku ni, kalau ada ilmu power-power hang nak try," saran saya sambil menyua buku 'Bercakap Dengan Jin' sambil ingatan "jangan bukak aku lipat. Nanti lost."

"Ceh," balas sahabat saya yang tak reti bersyukur dengan bantuan saya hulur. Jenis Melayu lupa diri jugak dia ni. Dilontarnya mata kail ke kolam sekali lagi, dengan iringan lafaz 'Bismillah....'. Bagus, macam tu la.

Hening seketika.

"Hang tau tak, pertandingan apa yang boleh buat hang jadi kaya kalau menang, tapi lepas tu kena guna duit menang tu nak rawat hang balik, sebab sepanjang proses hang nak menang, hang akan dapat penyakit?" Tanya sahabat saya. Apa jadah memancing asyik berbual je ni? Mana la nak dapat ikan, ikan dengar suara orang berbual.

Tapi sebagai sahabat soleh, saya usaha jugak jawab. American Ninja Warrior, teka lagu, pertandingan Akademi Fantasia, Pencetus Ummah, Kilauan Emas, dan lain-lain. Semua dipangkah salah oleh dia.

"Salah ! Salah ! Salah ! Salah ! "

"Hah, apa jawapan dia? Letih dah aku!" Geram saya. Mengganggu saya nak pecah rekod game 'Word Search' yang bini saya buat.

"Haha! Jawapan dia, peraduan 'Anda Boleh Jadi Jutawan' yang duk canang kat iklan tv. Hang nak masuk tu, kena beli produk dia. Dah beli kena minum, kena makan la benda-benda 3 in 1 tu. Kencing manis, diabetes, obes kemfem datang punya, Keh keh keh!"

Gila deep dia punya teka-teki.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-27252290923343116292014-06-03T23:49:00.000-07:002014-06-04T01:37:36.661-07:00MEMANCING, KERAS HATI VS LEMBUT HATI DAN 'DIKEJAR MAYAT' Cuti persekolahan ni, saya sempat meluangkan masa menemani seorang sahabat memancing.

Saya bukanlah kaki pancing, walaupun saya sangatlah menggilai kartunis Ujang dan mengumpul majalah Lanun yang pernah diterbitkan beliau suatu waktu dahulu.

"Jom teman aku memancing. Kita gi kolam je. Aku support semua." Kata sahabat saya. Maka, saya pun berpergianlah, menemani dia. Bukan apa, bini saya tengah mengandung di rumah, dah masuk 5 bulan. Orang tua-tua cakap, sedang bini mengandung ni, jaga-jaga perangai dari berbuat hal pada alam. Dan saya sendiri berat hati nak tinggalkan bini lama-lama.

Bertemankan naskhah kebanggaan rakyat Perak iaitu Jilid 1 Siri Bercakap Dengan Jin terbitan semula oleh Nafiela Books dan janji sahabat saya "kita gi tak lama, sekejap je, aku nak lepas gian", saya pun turutlah.

Piuuuunggg!!

Mata kail dilontar ke muka kolam. Percikan airnya memecah bebayang mentari. Sambil saya, merebahkan badan di hampar tikar, menyelak helaian Bercakap Dengan Jin di tajuk 'Dikejar Mayat', saya mengunyah jeruk pelam yang mak bekalkan.

"Ni pancing mesti makan habuan la hari ni. Aku dah tilik siap-siap nak keluar tadi. " ujar sahabat saya memecah kebuntuan. Saya balas dengan puuuuuuiiiii yang panjang.

"Hang tau, banyak benda jugak dah aku tempuh. Alhamdulillah, aku tau yang Allah sayang kat aku."

Nada percakapan sahabat saya berubah. Saya tau, dia cuba menarik perbualan ke kancah yang lebih serius. Maka, dengan hormatnya saya bangun membetulkan duduk, dan menyua tupperware kedai 2 ringgit berisi jeruk pelam kepadanya. Saya lipat bacaan tadi, pada mukasurat hero dan datuknya yang lagi hero berganti memijak bulu burung gagak untuk mendiamkan mayat dari bangkit merusuh.

"Hang kenal aku. Aku suka baca buku macam-macam. Sastera, politik komunis, demokrasi, liberalisme, kapitalis macam-macam aku khatam. Bab agama, cross religion dialog, syiah sunni, muktazilah, semua aku lenjan. Aku belajar juga berdebat, mantik. Bila orang lawan hujah dengan aku, semua aku tibai, aku paku balik."

Saya dengar. Memang saya akui, sahabat saya ni handal berdebat. Tingkatan 4 dah wakil negeri ke kejohanan debat kebangsaan. Bab membaca, memang power. Saya bergelumang dengan Crayon Shin Chan, Great Teacher Onizuka dan lain-lain, dia dah menyelak-nyelak Saudagar dari Kuala Lumpur, Salina dan tulisan-tulisan kritis Dr. Maza dan Faizal Tehrani. Yang tajuk omputih jangan tanyalah, saya nak sebut pun tak reti.

"Sampai satu masa, orang cakap hati aku keras. Hujah aku keras, walaupun betul. Dan aku bangga pulak dikatakan begitu. Berhujah, berdebat bagi aku satu kepuasan, lagi-lagi bila menang. Zaman fb ni pulak, aku lagi rajin berdebat dalam fesbuk, mana-mana page tokoh politik, pemikir, agama."

Air kolam sedikit berkocak. Umpan sahabat saya dipatuk ikan barangkali. Kemudian diam semula.

"Tapi tu la, aku sampai tahap tak tenang kalau lawan debat aku tak putus hujah. Sampai aku asyik online je, berlawan hujah dengan entah sape-sape. Bila aku bagi hujah, cepat dia bidas. Benda ni berlanjutan, sampai bini aku pun marah. Sibuk mengadap fesbuk, berdebat tak tentu hala. Aku cakap, aku tak kira. Yang penting lawan aku ni senyap, putus hujah. Baru aku puas."

Memang saya ada terbaca jugak, debat kawan saya ni dengan budak universiti mana entah, dalam satu page yang saya pun like. Tapi saya tak ambik pot pun. Panjang-panjang sangat. Rajin betul depa ni menaip. Takde keje lain ke?

"Sampai la satu hari, entah apa sebab, aku belek tafsir Quran kat surau kita ni. Aku baca tafsir satu persatu, dari Al-Fatihah sampai habis juz 1. Seronok rupanya baca pengkisahan dalam Quran. Dulu aku belek tafsir sebab nak cari dalil, nak berdebat. Bila baca tertib-tertib, cantik rupanya Allah susun cerita dalam tu."

"Aku pun try-try buka kitab Fadhail Amal yang siak suka baca lepas solat Subuh. Balik rumah, aku godek kitab-kitab tasauf arwah ayah aku."

Dia diam sekejap. Mengalihkan pandangan ke arah lain, yang mukanya saya tak nampak. Suaranya makin dalam.

"Aku teringat arwah ayah aku cakap. Baca buku banyak-banyak boleh, tak salah.Tapi Quran jangan tinggal. Baca makna sekali. Ni kitab Manhaj Al-Abidin, buku Pusaka Tok Kenali, ambik masa baca sama. Bagi lunak hati. Ni, hang dengan ayah pun nak lawan berdebat. Ayah tak pandai cam hang bab mengaji."

Saya teringat raut wajah arwah ayah sahabat. Tenang orangnya.

"Rupanya, sakan berdebat ni buat hati jadi lagi keras.,...." tangan kanan sahabat saya dibawa ke pipi kanannya, yang saya tak nampak. Saya diam aje.

"Sebab tu aku suka memancing. Lepas arwah dah takde, aku mula memancing. Bukanlah nak ikan sangat, cuma nakkan masa berdiam sorang-sorang. Tak lagi sibuk nak online, nak berdebat tak keruan, Bini aku pun faham."

Saya senyum je. Saya faham, saya diajak ni pun, supaya dia boleh melepas segala yang terpendam di hati. Takkan nak bercakap sorang-sorang masa memancing. Gile ke apa. Nak dicerita pada bini, bukan semua hal kaum bini-bini ni boleh faham. Tapi kalau pada saya, saya senang cerita semua hal pada bini. Faham tak faham tu nombor lain.

Selang minit kemudian, kami ke topik-topik Piala Dunia, Piala Thomas yang kita terlepas, tentang X-Men yang saya belum tengok, tentang konsert Taylor Swift dan lain-lain.

Ikan tetap tak kunjung datang, walaupun jeruk dah habis 2 tupperware kami selesaikan. Tajuk 'Dikejar Mayat' itulah yang terlipat sampai saya pulang.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-12172555493930997982014-05-11T20:16:00.000-07:002014-05-11T20:16:13.920-07:00MENYEMAI PERPADUAN SENYAPHari ni saya menghadiri taklimat Kelab Rukun Negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (ni tengh dalam taklimat la ni. Keh keh keh).

Banyak point yang menarik, dan banyak yang belum dibentangkan lagi. Ye lah, tengah taklimat. Antara yang saya dengar sejak mula tadi adalah sejarah perpaduan negara, kontrak sosial dan percentage berkenaan penerimaan, persepsi, kefahaman budaya, kepercayaan dan lain-lain yang membentuk society kita sekarang ini. Ada waktu, kita berada di takat melting point, ada waktu sangat stabil.

Dan antara paling membimbangkan dewasa ini, peratusan racial polarization yang semakin tinggi. Hari demi hari, rupanya kita semakin terlalu perkauman.

Tak boleh dinafikan, keterukan ini banyak disumbangkan oleh ahli politik yang bangkai.

Namun, sebenarnya, tanpa kebergantungan pada kajian ilmiah semata-mata, kita sebagai rakyat marhein perlu menyemai sendiri perpaduan senyap sesama kita tanpa perlu iklan juta-juta.

Yang penting, keywordnya adalah TOLERANSI.

Saya ada cerita nak dikongsikan sewaktu saya solo drive balik dari Padir Gudang ke Bagan Serai, singgah menyubuhkan diri di RnR Tapah. Sewaktu saya nak berwuduk, seorang lelaki India dewasa mengiring seorang Melayu buta ke ruang wuduk. Kemudian meminta saya mengiring lelaki tersebut ke ruang solat. Usai solat, waktu saya keluar, lelaki India tadi masih menunggu lelaki Melayu buta tadi, untuk sama-sama ke bas. Saya bertanya juga, kawan kerja ke. Jawapan lelaki India tadi agak best.

"Baru kenal dalam bas tadi. Ini abang mau pergi semayang. Saya tolong bawak la."

Dan banyak lagi kisah-kisah perpaduan senyap yang sebenarnya dah disemai antara kita yang berbilang bangsa. Tinggal lagi, ahli politik ni kadang-kadang cakap nakkan perpaduan, tapi mulut longkang. Ah, sama je la, pencadang ke pembangkang ke.

Sudah tiba masa, kita rakyat marhein perlu selalu mengdendangkan kisah-kisah perpaduan senyap yang sedang kita baja. Cerita pada anak-anak, perayaan-perayaan atau kepercayaan bangsa dan agama lain yang perlu kita hormat hak mereka. Selalu-selalu ikut program kebudayaan bangsa lain, selagi tak bercanggah dengan akidah agama kita. Tengok tarian singa, takkan sampai jatuh akidah kita.

Saling membantu, saling menerima, dan saling mengenal antara satu sama lain. Malaysia tengah aman. Kita lah nak mengekalkan keamanan ini.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-34234179030229450522014-05-02T19:08:00.000-07:002014-06-03T23:56:10.418-07:00LAGU GST Berpagi-pagian hari ni ke sekolah, drive dalam 30 minit untuk ke jeti, sebelum berbot ke sekolah, telinga selalu dihalwakan dengan GST yang agak cacthy jugak.

Kat sini kita boleh nampak usaha gomen nak menyekolahkan rakyat tentang GST dari segenap sudut. Dari kempen, iklan tv bawak ke lagu, kepentingan GST diterapkan (didoktrinkan?) sepenuhnya dalam pelbagai bentuk. Lagu antara bentuk terbaik, macam Dato Rais Yatim buat lagu merdeka tahun sudah tu la, 'Janji Ditepati'. Meluap-luap semangat nak sambut merdeka (hoih).

Bila selalu sangat dengar, saya sampai boleh sing along la lagu tu. Gile betul.

Power sungguh inisiatif gomen nak melaksanakan jugak GST. Suka tak suka, lagu dah ada. Suka tak suka, kena dengar jugak la.

Cuma hati sayup saya mengomel jugak. Bab hudud dan qisas, walaupun gomen komfem-komfem sokong dan mahukannya dilaksana walaupun 'banyak usaha nak memahamkan semua rakyat Malaysia', namun usaha yang dikatakan tu masih dalam peringkat 'mamai', belum pun masuk mode 'mimpi', apatah lagi realiti.

Iklan belum ada dalam TV, lagu pun belum ada dalam radio, walaupun entah ada ke tak lagu bab hudud dan qisas. Kalau takde, bagi ada la. Inisiatifkan.

Bukan apa. Saya nak jugak gomen usahakan penyebaran kefahaman undang-undang Allah s.w.t dengan kekuatan yang sama macam gomen usahakan nak 'memahamkan' rakyat tentang Gasak Sampai Terburai....sori, Goods and Services Tax atau 'Cukai Bagus'. Macam GST jugak, lagunya penuh dengan keindahan dan faedah GST 'yang diamalkan secara international', lagu tentang Hudud jugak biarlah dengan keindahan dan kefahaman tentangnya.

Sebab usaha nak kempenkan Hudud ni ada, tapi dengan cara yang tak kena.

"Hudud ni bagus, hukum Tuhan, tapi kita belum bersedia lagi sebab kita negara berbilang bangsa".

"Kalau laksana jugak, habeh orang Melayu Kelantan takdak tangan" (buat slang utaqa sambil baca ayat tadi).

Jangan dakyahkan orang bukan Islam dengan cerita bukan-bukan. Hudud dan Qisas ni, langkah pencegahan. Hang takut, hang jangan buat. Orang tak rasuah, nak takut apa.

Ni orang nampak yang hukumannya saja, mengerikan. Orang tak nampak hikmahnya pulak. Kita mengaku kita Islam, dan baca Al-Quran. Dalam tu pun kita baca, Allah banyak bagi amaran, kita wat dajai, kena seksa, masuk neraka. Kalau takut masuk neraka, jangan buat dajai.

Waktu Nabi s.a.w dulu, Madinah dulu bukan semata-mata orang Islam, orang yahudi pun ada. Baca sirah sahabat pun, kisah sahabat diadili dengan orang yahudi, yang akhirnya hukum Islam menyebelahi orang yahudi tu sebab hak dia atas harta yang jadi pertikaian. Baca sendiri la, tanya ustaz ni cerita pasal siapa. Semua nak kena suap, jenuh la.

Saya ternanti-nanti, kita dikukuhkan dengan sebenar-benar kefahaman tentang Hudud dan Qisas. Brunei dah, kita bila lagi?

Duk Malaysia Boleh, Malaysia Boleh. Hak Tuhan tak boleh-boleh jugak. Ramai-ramai la kita menjawab nanti 'kat sana'.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-69785503080809279972014-04-30T19:25:00.003-07:002014-04-30T19:28:10.796-07:00KEBEBASAN WAK LU!Agak ironi juga sebenarnya, apabila melihat orang yang memperjuangkan kebebasan berfikir dan progresif dalam beragama, berhujah seolah-olah memaksa kita ikut 'bebas' bersama mereka.

'Kebebasan' wak lu!

Juga melihat betapa tahinya apabila mujahidin ditentang, musuh Islam ditatang. Sudah sunnah orang berjuang, barangkali.

Apa-apa hal,

Selamat menyambut Rejab, para sobat sekalian. Tak lama dah, Rejab, Syaaban bawa ke Ramadhan. Harap kita semua sempat bertemu Ramadhan buat sekian kalinya.

Dan selamat menyambut Hari Buruh. Ya, 'Buruh'. Sejarahnya pun berkenaan brotherhood kaum buruh yang menentang kapitalis hamjad. Hari Pekerja mainstream sangat bunyinya. Tak deep. Hari Penjawat Awam dengan tema Penjawat Awam Tiang Seri Negara, lagi tak masuk.Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-85863870373337230492014-04-28T19:51:00.000-07:002014-04-28T19:51:41.455-07:00LAYAR LAGU : CINTA (NITRUS)

Band ni antara yang menghuni 'soft spot' dalam hati saya. Bagi saya, mereka 'rock' dengan cara mereka sendiri. Tulisan lagu mereka tidak klise, malah berani saya katakan, mereka merupakan antara rujukan utama band-band pop berbahasa Melayu.

Dari segi penulisan lirik, susunan lagu, sound, melodi dan macam-macam lagi, mereka di kelas tersendiri. Cumanya, mereka agak underrated sikit, dan itu bukan masalah pada saya.

Lagu Cinta ni waktu saya di ambang suam-suam belia, menuju ke dewasa. Fasa 2004 - 2009 merupakan waktu kegilaan saya menatap lirik-lirik lagu, mengenepikan sedap tak sedap melodi sesebuah lagu. Kematangan muzikal barangkali. Lagu-lagu puisi menggamit perhatian, dari Bob Dylan bawa ke Meor Aziddin Yusof. Atas sebab itu agaknya, Peterpan antara yang bertakhta, dan Nitrus turut sama, walaupun mereka bukanlah khusus berlagu puisi. Namun, lirik dan lagu keduanya tidak saling alah antara satu sama lain. Ini pandangan peribadi sayalah.

Fasa ini juga saya memesrakan diri membaca tulisan-tulisan Azizi Abdullah (Sasterawan Negara yang dinafikan, hanya kerana arwah orang PAS), A. Samad Said, Keris Mas, Baha Zain, dan lain-lain. Dr. Anwar Ridhwan? Saya kurang masuk sangat, baca-baca lah jugak.

Dan bermalam-malam di gelap hari, berteman secawan kopi, melayan lagu Cinta dari Nitrus. Fuh, power sungguh!

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-72147055623815092772014-04-24T08:41:00.000-07:002014-04-28T19:23:03.973-07:00KREATOR DAN MENTALITI MASYARAKAT KITA : SUATU PANDANGANKonsert Kreator kensel! Woi, Kreator kensel! Kambing betul la!

Mesej dari sepupu saya. Ada jugak carutan, tapi tak la saya sertakan. Chegu ni, blog wajib la bebas carut, walaupun saya teringin jugak sebenarnya mengacung jari ke pihak setahi itu.

Entahla. Mungkin kita terpaksa menerima hakikat kematian scene muzik negara kita, atas campur tangan merapik orang-orang yang tak mahu pun mengkaji terlebih dahulu.

Konsert dibatalkan atas sebab 'Black Metal'. Hamjad, metal jugak dituduhnya.

Waktu konsert laknat Future Music yang budak-budak mati kena dadah hari tu pun, ada yang tak sayang mulut kaitkan metal dengan kejadian tersebut. Walhal, haram saya tak nampak 1 pun nama band metal pada flyer konsert tu. Kalau Dead Maul tu lah, apa ke gilenya. Yang saya kenal setakat dalam flyer tu, Sheila Majid dan Yuna. Mujur astro awani ada cover tentang straight edge yang anti segala permasalahn sosial tu.

Tak tau pulak saya kalau masa Metallica hari tu, ada yang mati sebab pit. Yang ramainya, ikut solat jemaah ramai-ramai kat masjid terdekat sebelum ke konsert.

Orang metal ada etika.

Kita pun berakal. Muzik itu muzik, keras mana pun, kita raikan sekadarnya semata-mata minat. Hidup tetap kita tau panduan sebenar-benar yang patut kita ikut.

Saya cuma menyatakan kesian saya pada sepupu saya, dengan ucapan,

"Meh sini bagi aku tiket ko tu. Aku nak frame"Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-76611094974467810542014-04-21T20:36:00.001-07:002014-04-28T19:23:36.646-07:00LOGIK VS IMAN Baru-baru ni saya berborak la dengan sorang kawan. Kawan saya ni, agak progresif jugak dalam berfikir, dan dia jugak orang yang berpelajaran, sedang meniti bait-bait Ph.D.

Agak menarik jugak perborakan kami, di mana dia berjaya melanjutkan perbualan ke bab agama. Cuma yang tak saya selesa, dia memulakan perborakan dengan persoalan, kenapa orang Islam solat tunggang tonggek mengomel cakap arab macam-macam?

Banyak lagi la. Awalnya saya ingatkan ini mukadimah kepada sebuah perbincangan usuludin. Namun bila berlama-lama mendengar, rasa lain pulak.

Terus terang saya mengaku, saya bab agama ni jatuh di daerah jahil. Masih merangkak. Lagi-lagi bila mendengarkan dia mengomel tentang kita-kita yang taqlid buta ni, beragama mengikut sahaja apa yang telah diturunkan tok nek turun temurun. Belum lagi dengar nama-nama buku dan tokoh yang mustahil saya ingati dan pernah dengari.

Namun saya berbaik sangka, kerana rendahnya ilmu saya. Mungkin persoalan yang bermain di fikirannya di landaskan oleh logik. Dia mencari logik dalam beragama.

Saya kemudian melanjutkan satu pertanyaan, yang kemudian menjadikan dia diam dalam sela masa yang agak lama.

"Ko biasa baca tak, orang selalu share kat fesbuk. Bab kelebihan surah al-kahfi yang Nabi pesankan untuk elak fitnah dajjal laknatullah. Ko percaya tak apa Nabi cakap? Setakat baca ayat-ayat arab, dajjal lari. Ko percaya tak?"

Diam.,,

Saya cakap jugak pada dia. Logik hebat mana pun bunyinya, alah pada iman. Iman tu kalau mengikut saja pun, kita ikut Nabi, bukan ikut sebarang orang.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3988812291704920025.post-52166752235216571282014-04-20T20:50:00.001-07:002014-04-28T19:24:00.251-07:00LAYAR LAGU : CREEP (RADIOHEAD)

Ini lagu tema zaman saya student lagi. Masa saya sekolah, masa saya U, bawak ke zaman awal bekerja. Hidup saya ibaratnya berlatarkan lukisan-lukisan Yoshito Usui dalam Crayon Shin Chan dan lagu Creep ini adalah theme song saya.

Imej Thorm Yorke dalam video klip rasmi lagu tersebut turut mencorak imej saya, dan saya kira ramai anak muda juga terpengaruh gaya begitu, dan terlihat gaya begitu masih relevan hingga ini. Cuma saya lekeh lagi la. Baju semua bundle je. Nak bersegak-segak pun, mana ada makwe.

Tapi akhirnya, saya diselamatkan oleh seorang jelitawan dari Kedah pada 11/2013 lepas. Keh keh keh. Nak nyanyi lagu ni depan bini pun segan dah. Tapi bini saya terpaksa menerima juga latar hidup saya yang dipenuhi kartun-kartun Shin Chan. Dalam pada terkurung dalam jasad seorang cikgu ni, rupanya saya masih tercari-cari jalan menuju kematangan.

Apa pun, saya tetap syukuri hidup ini sangat-sangat. Allah terlalu kasihkan saya rupanya, dan kamu-kamu semua. Dan terima kasih jugak pada Radiohead, kerana sudi menyumbang soundtrack untuk kisah hidup saya fasa yang dulu.

Wanhttp://www.blogger.com/profile/12134634943880214232noreply@blogger.com0