Friday, September 16, 2011

RAMBUT KAU MACAM KEHAPE...MELAYU LA SUNGGUH!


Aku rasa, ramai yang ingat zaman awal 90'an dulu. Waktu Allahyarham Tok Mat sebagai Menteri Penerangan. Betapa tegasnya kerajaan waktu tu nak membendung masalah keruntuhan akhlak yang antara contohnya adalah bermodelkan artis-artis rock tempatan berambut panjang.

Aku masa tu baru darjah berapa entah. Tengok tv, kalu ada part mana-mana artis rock yang panjang rambutnya, muka dorang kena blur macamla lucah sangat muka tu, ataupun lagi best, digam terus dari keluar tv (istilah 'digam' ni memang aku tak paham masa tu. Pejadah nak pi gam orang?Gam gajah ke, gam kanji yang boleh makan tu?).

Dan aku rasa, ketegasan yang sama patut dilaksanakan sekarang pada ikon-ikon (konon) yang bermaharajalela di kaca-kaca tv. Rambut yang color bagai pelangi, langsung tak mencirikan orang nusantara sendiri. Orang putih sibuk nak tan kulit bagi gelap, kaler rambut bagi hitam, kau pulak pi kaler rambut jadi kuning. Apekah neraka?

Nak diubah banyak-banyak, memang susah bagi sebuah negara bebas dan demokrasi (.........) macam kita ni. Tapi bagi yang sensitif, hatta mewarnakan rambut tu sendiri bukanlah satu perilaku yang boleh dicontohi. Tu belum lagi cerita bab halal haram mewarnakan rambut. Macam-macam....

"Saya walaupun berpakaian seksi begini, rambut diwarnakan, tapi saya tak tinggal solat. Yang penting hati kita, nawaitu, bukan luaran.." Lame... tu belum lagi, "Keluarga saya memberi sokongan pada saya untuk menjayakan adegan berbogel dalam filem ini. ini semua demi seni" dan " Our parents tak kisah kami berpeluk atau pegang-pegang tangan. Kami memang mesra macam adik-beradik, mereka faham"...

Sila ke longkang ngan statement camtu....

SILAT OLAHRAGA : APA YANG TAK KENA?


Silat merupakan seni beladiri yang berakar dari rumpun nusantara. Untuk menggali sejarah satu-satu silat secara terperinci amatlah sukar, kerana terlalu banyak jenis dan cabang persilatan yang wujud di rumpun Melayu nusantara, hatta di seluruh dunia. Begitu juga, untuk menyatukan silat-silat supaya menjadi satu silat yang baku juga amat sukar, kerana kedapatan retak renggang antara satu silat dengan satu silat yang lain akibat dari perbezaan kefahaman, budaya, daerah, dialek, suku dan kaedah (dan lain-lain lagi). Maka, lahirlah silat olahraga yang dijadikan medium perlagaan antara pesilat-pesilat yang berbilang ini untuk tujuan sukan dan riadah dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Untuk tidak berbunyi terlalu ilmiah sangat, kita sembang biasa-biasa je la ye. Aku pun bukanlah orang yang selayaknya nak cerita benda ni. Sekadar buah fikiran dan buah khayalan. Tak dapat tak, silat olahraga didepani oleh dua kelompok pendukung silat ; pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju. Biasala tu. Manusia ni bukan semua benda dia nak setuju kan.

Pihak yang tak bersetuju dengan silat olahraga ni, suka cakap yang silat olahraga ni adalah pembunuh kepada seni silat itu sendiri. Ye la, di gelanggang atau kelas silat, pesilat diajar teknik-teknik pukulan, kuncian, bantingan dan macam-macam lagi untuk memudaratkan musuh bagi melindungi diri. Tapi dalam silat olahraga, konsep 'attack for point' tu tak kena ngan apa yang diajarkan. Ye la, sebab peraturan menghadkan tempat-tempat yang boleh diserang. Sedangkan dalam silibus, kuncian atau pukulan adalah untuk meng'gol'kan musuh.

Jadi, timbul la alasan-alasan macam "silat kami tak boleh main S.O (silat olahraga la tu), sebab pukulan kami membunuh!", "ape benda la main S.O ni. Takde seni langsung. Bergasak macam koboi tak tentu hala!'', "Setakat kau belajar S.O, kau tendang aku, aku kunci kau selamber ngan kuncian nombor 3, lepas wat elakan nombor 8'' dan lain-lain bunyi yang.....macam-macam la.

Well, bagi aku cukup mudah. Berbalik kepada tujuan asal silat olahraga ni diciptakan - sukan. Matlamat sukan adalah untuk menyatupadukan, selain menyihatkan. Silat kan terang-terang banyak sangat aliran. Aku mengkelaskan silat kepada aliran berjurus tari, kuncian, buah pukul, kebatinan dan sukan (S.O). Jadi, untuk menyatukan silat yang pelbagai ni, medan silat olahraga disediakan sebgai tempat yang sah dan sihat untuk berlaga. Takkan sampai ke sudah nak pi gelanggang orang,kasi pecah? Sebab tu Melayu tak pernah nak maju. Dalam politik pon duk bergasak, silat pon tak boleh nak sekepala.

Lagi, terus terang aku katakan, banyak gelanggang atau kelas silat yang menumpukan lebih kepada silibus dan kesenian, namun kurang dari segi kecergasan fizikal. Aku pernah menyertai kelas bagi satu silat yang agak establish gak, yang diajarkan lebih kepada menanti dan kuncian. Aku akui, ilmu yang diajarkan tu hebat. Aku tak nafikan kuncian dalam silat itu hebat. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah penuntut pon cergas, boleh bukak 'langkah seribu' kalau terdesak. Camtu la kalau mentaliti penuntut didoktrinkan yang silat kau lah yang paling handal, boleh tibai hat lain. Kot lima nam orang kerumun, ingat boleh nak 'sardinkan' dorang camtu je?

Dalam silat olahraga, latihan kecergasan adalah 'core and root' sepertimana sukan-sukan lain. Joging tu dah tentu wajib, di samping pengasahan teknik-teknik serangan, pertahanan, sapuan, jatuhan dan lain-lain. Juga aspek pemakanan dan nutrisi. Memang makan masa, dan memerluka komitmen yang tidak sedikit.

Silat olahraga juga tidak membakukan pergerakan pesilat sebenarnya, jika kita fasih dalam silat yang dianuti. Kalau main buah pukul, bergeraklah cara buah pukul. Kalau silat ada tari, gayakan tari sewaktu berpola langkah. Teknik dan silibus dalam silat yang dianuti juga, tak salah kalau diadaptasi dalam silat olahraga, selagi tak menyalahi peraturan. Kita kan nak bersukan, bukan nak bergaduh.

Kadang-kadang orang pon tak faham. Kononnya silat olahraga ni, tak berseni. Yang tak berseni tu, mungkin pesilat itu sendiri. Selagi kita berlangkah silat, kita tetap bersilat. kan yang sampai itu tangan dan kaki. Kenapa la nak berbunyi macam-macam....

Contoh atlet silat olahraga yang berjaya adalah bekas Juara Dunia dan Kebangsaan, aktor Ruzaidi Abd. Rahman. Cuba dengar-dengar cerita tentang latihan beliau, cabaran yang beliau hadapi, permainan lain yang beliau kuasai. Bukankah itu contoh pesilat yang sebenar? tegap bertapak, tangkas melangkah, hebat menyerang, dan panjang akal. Gelanggang silat olahraga adalah simulasi kepada pertempuran atau pergaduhan sebenar. Bandingkan pesilat olahraga yang melalui pertandingan yang banyak dan rutin latihan yang ketat dengan pesilat yang berbengkung warna macam-macam, banyak menghafal buah dan kuncian tanpa pengalaman 'contact' yang sebenar. Terpulang...

Masing-masing boleh untuk tidak bersetuju, sepertimana kita boleh seia sekata. Bagi aku, silat olahraga adalah sukan yang bagus dalam membentuk kecergasan dan disiplin pesilat, selain mengendurkan ego pesilat itu sendiri. Takde taksub-taksub pada perguruan, sebab kita bersatu dalam sukan. Silat itu kan ilmu. Ilmu itu sifatnya luas. Yang luas itu, terimalah dengan hati yang terbuka.....




Thursday, September 15, 2011

BAJU BUNDLE

Antara kegilaan aku sekarang selain komik, gitar, silat, basikal dan lain-laian adalah baju-baju bundle. Pantang nampak mana-mana kedai bundle, kompem nak singgah. Malam lepas aku singgah Big Bundle kat Pasir Gudang, dapatla yang 4 helai RM 10. Memang la murah, tapi nak dapat design yang 'rare' tu yang susah.

'Rare' and 'cool'.. Tu la kepuasan pemakai-pemakai baju bundle...

Tuesday, August 23, 2011

Menatap Matahari

selak langsir jendela...
biarkan seketika...
nyaman udara pagi...
memamah tubuh yang menggigil...

buka seluas-luasnya...
tingkap yang menutup rapat...
biarkan seketika...
hangat mentari pagi....
memeluk dingin diri...

tataplah matahari...
silau...
sinar yang langsung ke hati..

ah...
satu lagi pagi yang indah..
permulaan yang cantik untuk melangkah...

Monday, August 22, 2011

al-fatihah...

al-fatihah buat penulis besar, sasterawan negara yang dinafikan...

allahyarham azizi abdullah a.k.a Tuk Ya...

semoga rohnya dicucuri rahmat...

insyaAllah...

permata rakyat....

hari demi hari makin hilang...

insyaAllah...

yang patah kan tumbuh...

yang hilang kan berganti....


Friday, August 19, 2011

Ramadhan...

sekian kalinya mengecap nikmat ramadhan...
yang tak kutahu apakah mungkin di hadapan..
kutemui semula kau, ramadhan..

menggali khazanah ramadhan...
ibarat meneroka luas lautan...
dalamnya penuh luah rezeki berlimpahan...
rajinkan diri menyelam ke dasarnya...
jangan setakat berpuas hati mencicipi masin air di permukaan...

ramadhan kian detik berlalu pergi...
membahagi dua insan di bumi...
kau ditinggal pergi penuh rugi...
atau dihayati penuh erti....

ramadhan kau anggap gedung jualan..
sana sini terjual produk bermewahan atau mengenyangkan...
kalaulah kau,kita dan aku sedar...
permata 1000 bulan yang dijanjikan ada dihidangkan...
mata tiada lagi pada dunia, hati tidak akan lesu pada nafsu...

ramadhan...
selamat datang atau selamat jalan.....

sekarang....

haih....awatla pemalas sangat aku sekarang ni...jarang-jarang sangat aku ada nafsu nak update benda ni..blog ni pon asal ada,sebab aku duk sibuk folo blog orang lain...

alhamdulillah...sekarang hidup semakin bertambah ceria..aiceh..aku dah ketemu apa yang aku cari2 selama ni..lama aku duk dengar,duk godek2 dalam internet,majalah,tanya2 orang..agaknya Allah nak ketemukan aku dengan apa yang aku cari,sebab tu aku tercampak ke Johor kot..

sekarang, aku tengah mula belajar silat Lian Padukan..salah satu cabang daripada aliran Buah Pukul Mersing..mmmmm...nak cite banyak2,nantila kot..aku pon baru sangat,baru mula ngan jurus..senjata lapan pon duk kekok lagi,belum ckup hidup ngn sistem yg baru aku dalami ni,.insyaAllah,berdikit-dikit berlatih,adala hasilnya...

music wisely,aku stil ngadap gitar tong aku ni...buruk2 dia pon,ni la satu2 cinta hati yg xpnh kondem klu aku nyanyi tak sedap..haah,aku nyanyi memang haram tak sedap..bolehla...n kadang2 aku rndu zmn2 aku ngaji dulu...zaman skola,zaman matrik,zaman kat u,dan zaman aku kat maktab...banyak aku buat kawan ngan sebab minat yang sama - muzik..

apa2 hal, mula sekarang,aku harap langkah kaki aku semakin ke depan...banyak yang aku angankan,aku citakan,dan aku harapkan dalam hidup aku...insyaAllah,ada usaha,ada jaya...

1st,nak belaja jadi rajin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...