Tuesday, May 22, 2012

PENCARIAN BARU - SENI WARISAN MELAYU BANJAR

Tak senang duduk, tak senang tidur!

Begitulah aku dua, tiga malam ni.

Macam terngiang-ngiang di fikiran, suruhan untuk aku meneruskan pencarian lagi, mencari seni beladiri Melayu.

Alhamdulillah. Keberadaan aku di bumi Johor ni pun, berkait rapat dengan keinginan untuk mencari dan mendalami seni buah pukul, memandangkan zon selatan ni, dari Melaka bawak ke Singapura, terkenal dengan permainan pukulan. Ya, bagi yang mengkaji, ada beza fizikal permainan secara umum antara utara dan selatan tanah air, juga timur dan pantai barat, juga Sabah dan Sarawak. Kita cerita setakat dalam Malaysia, cukupla. Uniknya silat kita....

Setiba di Johor, bertemu jodoh dengan peranakan Buah Pukul Mersing yang masyhur, iaitu Lian Padukan. Bawah didikan Ayahanda Dr. Hj Hasyim Salleh dan guru-guru lain, Alhamdulillah, aku dan adik-beradik lain melalui khatam istiadat dengan jayanya.

Khatam bukan semata penamat. Ia permulaan kepada pencarian....lagi...

Dari perbualan dengan kenalan, pembacaan, dan lain-lain sumber, aku dapati ada semacam suatu persamaan pada seni Melayu. Banyak yang berpunca dari Banjar.

Tentang Banjar, aku kira boleh saja google kalau mahu tau maksudnya, asalnya, tempatnya, budayanya. Pukul rata, bangsa Melayu Banjar ini merupakan suatu kaum yang sangat mentaati ajaran Islam dan antara bangsa pendekar yang sangat disegani. Ramai ulama-ulama besar nusantara berdarah Melayu Banjar. Peh, berbunyi racist pulak aku. Bukan, cuma meletak fakta. Bukan bangsa yang aku banggakan, cuma ilmunya.

Kononnya - ya, kononnya - dalam Silat Seni Gayong ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - dalam permainan Sendeng, khususnya pukulan 7 hari, ada inti permainan orang Banjar. Kononnya - ya, kononnya - banyak rahsia persilatan adalah dari permainan orang Banjar, yang selama ini gah diperkatakan adalah orang-orang Bugis.

Aku mentah lagi. Aku tak hanya mahu mempercayai apa yang di'konon'kan. Cuma, memandangkan apa yang aku warisi hanyalah darah orang-orang Banjar, aku kepingin sangat nak mendalami seni beladiri orang Banjar. Jumpa dalam Youtube pun, Seni Silat Kuntau Banjar. Memang berseni.

InsyaAllah, ini pencarian yang aku letakkan dalam list. Termasuk tomoi. Dah minat Buakaw, mestila kena belajar tomoi gak kan.

Terbukalah mencari ilmu. InsyaAllah, ilmu itu juga terbuka menerima kita seadanya....











Saturday, May 19, 2012

ISLAM MELAYU ATAU MELAYU ISLAM?

Kalau masuk ke mana-mana group silat dalam fb, antara benda yang lantang diperkatakan adalah, "Kita hendaklah mempertahankan kedaulatan Melayu kerana bertahannya Melayu, bertahanlah Islam!" Contoh ayat, dengan olahan semula.

Entah.

Bagi aku, ini tak lebih dari kokokan ultra melayu. Racist melampau. Yup, aku Melayu, tapi aku anti-racism. Sebabnya?

Apabila kita menjadi penjunjung budaya ilmu, perlukah kita meletakkan warna kulit dan perbezaan agama atau budaya menjadi sempadan? Tidak. Lagi-lagi kalau kita yang menyampaikan, apakah nak yang Melayu je pandai, yang lain-lain biarkan bingai? Tak....

Aku ingat lagi, disebabkan ketegasan Madam Katial (lupa camne nak eja, tau sebut je), aku tau sifir, tau mengira. Setakat kena sebat, berdiri atas kerusi, muka kena tepek ngan pemadam papan hitam (zaman guna kapur lagi) adalah rutin yang dah berjadual waktu kelas matematik. Abah aku marah, sebab orang India buat gitu kat anak dia? Tak.. Dipesannya pulak kat cikgu tu, pukullah, sebatlah, cubitlah, piatlah anaknya ini. Sebab abah aku tau, chegu India itu guru, pemegang amanah ilmu.

Dah jadi chegu, baru mengerti susahnya nak buat anak-anak pandai membaca, mengira, menulis, menaakul (benda-benda yang KSSR nak). Susah, tapi itukan amanah. Cuma itulah, bila tengok mak ayah zaman sekarang yang membela anak sampai menyerang guru, nak saman guru, dan macam-macam lagi. Apa korang ni tak sekolah ke dulu, tak pernah kena marah langsung ke dulu masa kecik-kecik kat sekolah? Yang korang hidup berjaya jadi engineer, jadi doktor, jadi pensyarah, jadi macam-macamlah, sebab kena marah dengan chegu tu lah, yang nak memandaikan korang. Tak kira Cina ke , India ke, Kadazan ke, Serani ke. Kalau taknak anak pandai, takpe. Keep blaming your children's teachers. Eh, aku cite apa tadi?

Islam Melayu ke, Melayu Islam? Islam yang utama. Bab Melayu bukan Melayu ni, takde nombor pun takpe. Bila kita jadikan Islam sebagai paksi, bab kaum-kaum ni tak penting lagi. Rasulullah tak ajar kita beza-beza pendapat sebab kaum. Tak ajar pun kita mendahulukan kedaulatan kaum. Kalau mungkin ada aku terlepas pandang bab sirah dan hadith, sila perbetulkan, dan tegurlah aku.

Aku emosi, bila tengok satu kejadian dalam kelas tahun 2. Seorang budak - Iban - pucat lesi. Bila aku tanya, dia cakap dahaga. Aku mintalah kawan sebelah dia hulurlah sikit air, sian kat kawan. Dia cakap apa?

"Tak boleh chegu. Dia orang Iban."

Terkedu aku. tanya balik, kenapa tak boleh...

"Tak boleh chegu, mak kita cakap, kita tak boleh bagi barang, kongsi makan dengan orang bukan Melayu. Kotor."

Kepada mak ayah budak ni, korang baru saja mencipta satu lagi waris ultra melayu PERKASA. Jari tengah aku acungkan ke muka kamu!


Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU


Aku jarang menangis. Kononnya air mata lelaki itu mahal. Jangan dibazirkan pada tempat yang tak sepatutnya.

Tapi...

Bukan di tarikh 16 Mei. Tarikh keramat setiap insan yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, mudarris, sensei, sifu dan lain-lain lah.

Cukup apabila anak-anak comel datang tersenyum dan bersalam mengucup tangan dengan iringan ucapan "Selamat Hari Guru, Chegu..."

Bukan hadiah yang dinanti. Bukan penghargaan yang ditanti. Cukup sebuah ingatan...

"Chegu... Ni je saya mampu bagi, hadiah untuk chegu.. Mak ayah kirim salam..." Seisi dunia sekali pun, takkan mampu dinilai dengan sebiji karipap lemau yang dihulur dengan penuh keikhlasan dari anak didik.

"Chegu, hari tu marker pen chegu habis kan. Ni saya beli kat kedai 2ringgit. Selamat Hari Guru, chegu..."

............................................................................................................................................................

Bagi para guru. Kita mungkin berkongsi perasaan yang sama, apabila kita sungguh-sungguh lagi ikhlas menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia". Menangis dalam hati...

Selamat Hari Guru semua. Al-Fatihah buat guru teragung, Muhammad s.a.w, ibu bapa kita, guru-guru kita yang terdahulu mendidik kita dan semua dari kita.

Sekadar perkongsian pesanan dari Guru Utama Lian Padukan, Dr. Haji Hashim. Kita hidup di dunia biarlah buat 3 perkara. Buatlah jasa. Tak mampu buat jasa, balaslah jasa. Tak mampu balas jasa, kenanglah jasa.

Selamat Hari Guru. Adeh, lambat sehari. Brokben wat hal....


Tuesday, May 8, 2012

GUA ROCK, GUA BERIMAN - APA MASALAH?


GUA ROCK, GUA BERIMAN - Ini tagline dari antara gitaris tersohor tanah air yang sudah menemui jalan keinsafan, Bro Sham Kamikaze.

Beliau pernah melalui jalan-jalan yang terlalu peribadi untuk diceritakan. Akhirnya, beliau dengan keputusan beliau sendiri, menamatkan kejahilan dengan penghijrahan.

Sepanjang penghijrahan beliau, sedikit demi sedikit anak-anak muda juga menuruti belakang beliau, semakin mendekati apa yang selama ini media-media yang ada di negara kita cuba jauhkan - agama.

Approach beliau mudah. Beliau ada muzik, sesuatu yang dekat dengan anak muda. Selama ini muzik itu semata-mata hiburan. Sekarang beliau mengajak anak muda dan sidang pendengar mendengar muzik, untuk mendekatkan diri dengan kebenaran. Kaedah atau uslub dakwah itu kan pelbagai, kenapa mesti disempitkan, kan?

GUA ROCK, GUA BERIMAN - Salahkah anak muda, atau anak tua (rockers kental kan banyak dari golongan tua, jangan tipulah) yang rock, turut merasai kemanisan iman? Atau iman itu hanya milik ulama, ustaz-asatizah, imam-imam, kadi-kadi?

Siapa pun kita, label apa pun yang disandang, bila dihiasi dengan iman, insyaAllah, kemanisannya dapat dirasa.

GUA ROCK, GUA BERIMAN - Kalau tukar jadi Gua Hip Hop, Gua Beriman pun - pada aku yang bukan ulama, ustaz-asatizah, imam-imam atau kadi - tiada salahnya. Rapping sambil memuji kebesaran Allah, meratapi kejahilan manusia mengenal Tuhan dengan satu lagu yang panjang liriknya boleh buat full album punk rock, tiada salahnya.

Ada ilmu, tapi suka nak cari salah orang. Betul cakap bos aku, benda paling senang kat dunia ni, kondem salah orang. Benda yang paling susah nak buat, puji kebaikan orang.

HARAM - HALAL

Demonstrasi jalanan - haram

Porno dan Majalah Mangga - HALALAN TOYYIBAN

enough said.....

ALHAMDULILLAH - SATU LAGI PENCAPAIAN DALAM HIDUP

Alhamdulillah - lafaz yang tiada lagi selain ini, yang sepatutnya keluar dari mulut apabila kita mensyukuri sesuatu.

Sabtu malam Ahad tadi, aku dan adik-beradik seperguruan dari Johor, Selangor dan Melaka selamat menjalani majlis khatam perguruan yang kami anuti.

Satu demi satu ujian digagahi. Sakit perit bukan lagi soal. Yang penting kemahiran, kefahaman, keberanian dan keyakinan berjaya diuji dengan selamatnya.

Bukan kehebatan yang dicari. Bukan kemegahan yang mahu dibanggai. Cuma mahu mengenal kemampuan diri.

InsyaAllah. Setakat pengetahuan yang dikumpulkan, mahu dikongsi pada yang mahu mencari.

Target selepas ini - Muay Thai. Johor ni, lagi-lagi Pasir Gudang, cukup susah nak jumpa tomoi. Sekali lagi... Bukan kehebatan yang dicari. Bukan kemegahan yang mahu dibanggai. Cuma mahu mengenal kemampuan diri...

Gini caranya, bila entah aku nak further master ye... Kawan-kawan sebaya pulun sampai PhD dah ni...


Thursday, May 3, 2012

ADA HASILNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT (kesihatan)




Pulun - alhamdulillah, sekarang aku memang di fasa memulun. Pulun nak sihat, insyaAllah.

Antara usaha dalam pulun nak jadi sihat, aku banyak membaca majalah seperti Men's Health atau Men's Fitness, juga merujuk pada blog-blog seperti Kevin Zahri atau Zaki Khan . Banyak input yang boleh dipelajari, dari membaca. Haah, nak jadi sihat, biarlah dengan ilmu. Ada jugak yang terjebak semata-mata Atkin's, pun takde masalah. Tapi kan best kalau badan tak semata-mata mengecut. Biarlah sedikit muscular dan lean. Ah, yang penting sihat kan.

Joging, dah jadi macam kebiasaan. Tapi sekarang jarang ada masa untuk joging. Aku lebihkan skipping, atau setidak-tidaknya lompat bintang. Untuk kardio. Skipping, sila google Buddy Lee. Apa ke gila manusia main skipping camni?

Sikit-sikit, buat juga latihan beban. Tak dilupakan, jaga makan. Rokok memang awal-awal bukan makanan aku. Piramid makanan cuba jaga elok. Tapi kadang-kadang (selalu sebenarnya) tewas jugak, bila ke kenduri-kendara. Susah kot nak tolak pelawaan nasi briyani gam kambing.

Jadi, dari langkah beringat ni la - alhamdulillah - berat aku 76kg, paling berat pernah direkodkan, sekarang dah menyusut ke 68. Target nak capai 60, sebab itu BMI aku paling cantik molek. Target jangka pendek dulu, nak capai 65 kg.

Bila chegu-chegu lain dah menegur "Nampak kurus sikit la kau sekarang",semangat jadi lain macam membara. Kasi pulun cukup-cukup kali ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...