Entah la...
Saya sendiri pun tak tau nak cakap apa dah.
Ayat nak menyedapkan hati orang ramai - "Jangan hanya memandang luaran filem yang dihasilkan. Cuba nilai mesej yang cuba disampaikan."
Tahi.
Filem-filem macam ni la buat mak ayah pening kepala. Polis-polis pening kepala. Cikgu-cikgu lagilah pening kepala. Ni cerita pasal budak sekolah nak jadi samseng pulak. Lagilah tahi.
Sejak kebelakangan ni, makin ramai pulak budak muda nak jadi samseng. Sejak-sejak cerita KL Gangster. Taik rempit jangan ceritalah. Makin banyak filem pasal rempit - konon nak bagi pengajaran - makin takde tanda-tanda gejala rempit nak surut.
Bila budak-budak makin pailang, senang je nak cari hala nak pointing finger.
Ni semua salah CIKGU!
Yang cikgu ni baru nak belajar-belajar faham SPPBS lah, KSSR KSSM lah, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan lah, macam-macam lagi lah. Tak sempat nak belajar, nak faham benda-benda ni, budak-budak makin ramai tukar cita-cita dari nak jadi doktor ke nak jadi ayahanda, dari nak jadi engineer ke nak jadi abang long.
Saya berpendapat, orang filem sekarang takde tanggungjawab pada masyarakat untuk membina masyarakat. Yang orang filem tahu, filem nak grand, pulangan nak box office. Filem yang membina akal, makin takde. Saya ingat last filem saya tengok yang membina akal, Bunohan. Ni kang ada cakap saya jilat ludah sendiri, sebab Bunohan pun ada pasal lawan-lawan, bunuh-bunuh. Tapi setidaknya akal saya terbina lah, daripada tengok cerita gangster-gangster taik ni.
Cerita cikgu cubit budak, masuk front page Metro. Cerita cikgu kena tibai dengan budak, dengan mak bapak budak, ada orang kisah?
Biasalah, ni semua salah cikgu!
Filem kita wajah kita.... Memang pun. Samseng bersepah di kalangan kita kan. Baiah junjung Quran bagai, tapi mengaji - haram tak reti.
kita boleh tau filem yang mendidik dan filem yang kosong... kosong...
ReplyDeleteDr. Ben.=) kita semua dah sedaya upaya berbakti pada masyarakat dengan kerjaya kita..pembikin filem pulak,kita mengharapkan filem yang juga berbakti pada masyarakat..bukan filem yang kosong...kosong...
ReplyDeleteaku memang dah cukup2 meluat dgn film skrg ni. aku rindu jasmin, uwei, tookoo!
ReplyDelete