Sunday, January 27, 2013

PEJUANG BANGSA DAN AGAMA? SIGH.....

Saya tak dapat tak, memang menyampah dengan segelintir manusia dari kalangan kita yang bangsanya Melayu dan agamanya Islam. Lagi sekali saya menyatakan betapa menyampahnya saya.

Berpangkat gelar macam-macam. Konon diharap nak menjaga hal-hal masyarakat dan ketuanan Melayu. Anak buah kelililing pinggang, taat macam lembu.

Tapi....

Merokok, pakai rantai, gelang bagai-bagai, siap ada yang bersubang. Buat simbol jari dah macam ninjutsu. Anak bini yang perempuan tak bertudung. Dan pada merekalah kita bergantung harap menjaga hal agama dan bangsa kita?

Sorang tu, cukup terkenal, penyanyi dan pelakon, malah duta persekutuan seruan Islam Perak. Front page metro, dia boleh tanya lagi, salahkah saya buka kelab? Bingai yang susah nak diajar. 

Rock sekalipun, banyak mana anak buah sekalipun, tapi kalau tak rasa bersalah buka kelab, saya tak tau lah nak cakap apa lagi. Hormat saya untuk orang macam ni, hanya pada talent dia sahaja, tapi tidak pada lain. 

Tolonglah... Kadang-kadang bila semakin banyak pertubuhan atau persatuan yang nak membela Melayu, saya tengok sebenarnya kita jadi semakin lari dari Islam itu sendiri. Budaya samseng semakin menjadi-jadi. Bangsa lain dianak tiri, macam mereka takde hak untuk ada di bumi Malaysia ni. Sedangkan ini juga tanah air mereka. Ketuanan Melayu? Kaji bab mengenal diri, kita ni takde apa hak pun kat dunia ni. Kosong. Fana. Diri kita binasa tak ada sisa. Semuanya hak Allah. Bangga melebih-lebih, sampai lupa sama-sama asal dari air mani.

Belajarlah hormat agama dan masyarakat. Jangan nak guna nama bangsa dan agama untuk jadi samseng. Jalan mendepang, sembang kencang bila ramai-ramai. Bila sorang-sorang? 

Dalam kubur nanti, semua kita sorang-sorang.....

4 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dengan isi kandungan penulisan ,Bro.Ramai dari golongan 'samseng' ini hanya berselindung atas nama Islam tapi sebenarnya yang penting bagi mereka hanyalah untuk melindungi "ketuanan sesetengah bangsawan" dikalangan mereka.
    Perilaku mempertahankan ketuanan bangsa sendiri sahaja dan menafikan hak bangsa yang lain ,seakan-akan sama dengan tindakan Kaum Yahudi yang mengatakan darah bangsa lain adalah 'halal' untuk ditumpahkan.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah dijemput untuk menyertai sebuah persatuan kononnya terdiri dari otai2 Ipoh...Yang principalnya dulu masa muda2 kerjanya dok merosakkan anak dara orang...Walau pun itu cerita lama...apa yang ada sekarang tak banyak beza...Cuma pendekatannya yang berbeza...So saya dengan lapang hatinya menolak semua itu...

    ReplyDelete
  3. saya cuma menyatakan pendapat saya..boleh jadi saya salah..apa pun,mungkin segelintir saja yang tahinya, yang lain-lain ok..harap mereka berpegang pada baiah mereka untuk mendaulatkan alif ba ta, bukan nak lesen jadi samseng semata-mata..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...