Monday, April 21, 2014

LOGIK VS IMAN

Baru-baru ni saya berborak la dengan sorang kawan. Kawan saya ni, agak progresif jugak dalam berfikir, dan dia jugak orang yang berpelajaran, sedang meniti bait-bait Ph.D.

Agak menarik jugak perborakan kami, di mana dia berjaya melanjutkan perbualan ke bab agama. Cuma yang tak saya selesa, dia memulakan perborakan dengan persoalan, kenapa orang Islam solat tunggang tonggek mengomel cakap arab macam-macam?

Banyak lagi la. Awalnya saya ingatkan ini mukadimah kepada sebuah perbincangan usuludin. Namun bila berlama-lama mendengar, rasa lain pulak.

Terus terang saya mengaku, saya bab agama ni jatuh di daerah jahil. Masih merangkak. Lagi-lagi bila mendengarkan dia mengomel tentang kita-kita yang taqlid buta ni, beragama mengikut sahaja apa yang telah diturunkan tok nek turun temurun.  Belum lagi dengar nama-nama buku dan tokoh yang mustahil saya ingati dan pernah dengari.

Namun saya berbaik sangka, kerana rendahnya ilmu saya. Mungkin persoalan yang bermain di fikirannya di landaskan oleh logik. Dia mencari logik dalam beragama.

Saya kemudian melanjutkan satu pertanyaan, yang kemudian menjadikan dia diam dalam sela masa yang agak lama.

"Ko biasa baca tak, orang selalu share kat fesbuk. Bab kelebihan surah al-kahfi yang Nabi pesankan untuk elak fitnah dajjal laknatullah. Ko percaya tak apa Nabi cakap? Setakat baca ayat-ayat arab, dajjal lari. Ko percaya tak?"

Diam.,,

Saya cakap jugak pada dia. Logik hebat mana pun bunyinya, alah pada iman. Iman tu kalau mengikut saja pun, kita ikut Nabi, bukan ikut sebarang orang.

2 comments:

  1. betul jugak bro.. bab fadhilat ni kadang tak dapat dijangkau oleh akal dan logik sebab melibatkan perkara ghaib atau prophetic revelation macam fitnah al-masih ad-dajjal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kita kan imani perkara2 ghaib, yang logik tak dapat capai..cuma saya tengok pergerakan so-called islam progresif makin membuak2 di kalangan belia skg, lagi2 di kalangan terpelajar..pengaruh buku2 yang macam2..padahal quran pun tak habis kupas lagi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...