Tuesday, January 31, 2012

SIAPA KUAT?

Sudah agak lama aku mengumpul majalah Seni Beladiri. Senang nak kenal. Kalau agak-agak nampak model cover depan gambar atuk-atuk, itulah dia. Hehe...

Tapi atuk-atuk ni jangan disangka sebarangan atuk. Mereka ini adalah penyambung wasilah orang dulu-dulu, khazanah bangsa Melayu yang sangat dicemburui dan didahagai oleh bangsa lain - Silat.

Aku tertarik dengan artikel penulis majalah ini, Saudara Idzhar Ibrahim yang kental jiwa tomoinya tapi tetap terbuka dengan aliran beladiri yang lain. Dalam kolum 'Aku dan Penaku', beliau mengajak pembaca bersembang tentang isu yang biasa didengar di kedai kopi atau forum internet iaitu - Mana lebih kuat?

Memang, bagi pengamal beladiri yang belum matang, isu siapa kuat kerap kali menjadi modal perbualan. Belum matang bukan bermaksud belum akil baligh, tetapi kerana tidak memahami maksud sebenar senibeladiri itu sendiri. Tak faham maksud, sudah tentu tak faham tujuan, kan?

Banyak. Cerita tentang silat kalahkan tomoi, tomoi laukkan taekwondo, taekwondo sapu wingchun dan macam-macam lagi. Rasanya sape-sape yang pernah belajar sedikit sebanyak, biasa dengar, tahu hal ni dan mungkin antara penyumbang kepada 'bumbang-bumbang' sembang benda ni.

Matlamat asal senibeladiri adalah untuk melatih manusia yang kudratnya sangat terhad untuk membeladiri dengan pergerakan-pergerakan yang bukan norma harian. Well, memang ada yang cakap beladiri yang dipelajari adalah berdasarkan pergerakan asas manusia. Itu definisi masing-masing. terpulang. Pokok pangkalnya, pergerakan yang dipelajari itu digunapakai untuk membela keselamatan diri, luaskan lagi skopnya, membela keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Kudrat manusia memang terhad. Terhad, tapi bukan terbatas, tersekat. Manusia diciptakan Allah s.w.t dengan segala macam akal dan kepandaian untuk meneruskan kelangsungan sebagai khalifah di muka bumi. Jadi, Allah s.w.t ilhamkan manusia dengan antara titisan ilmuNya, iaitu senibeladiri.

Apabila bercakap tentang ilmu, keterbukaan perlu. Bidang ilmu senibeladiri sahaja terlalu luas, luasnya Ya Rabbi......aci kerat jari la, boleh dikatakan hampir setiap bangsa yang wujud di muka bumi ni ada kaedah tersendiri untuk mempertahankan diri.

Dan kita yang kononnya diajar mensyukuri nikmat Tuhan, jarang pula mahu mensyukuri nikmat kepelbagaian ilmu senibeladiri yang dikurniakan Allah kepada kita. Sibuk canang 'aku yang asli', 'aku yang paling kuat', 'tendangan aku paling laju', 'tumbukan aku paling padu'.

Secara peribadi, aku mempelajari senibeladiri untuk, ya lah, membeladiri. Guna andai terdesak. Orang merantau, alang-alang kena bawak bekalan sama, sebab tak kenal tempat orang. Pernah mempelajari 2 permainan antara yang mengasaskan PESAKA ini hari, tapi tak dalam. Pernah juga masuk-masuk bertanding, cari pengalaman. Merasa aikido, sebab hosmet kat Langkawi dulu sensei aikido. Sekarang terlekat dengan permainan buah pukul, sejak-sejak duduk selatan Tanah Melayu.

Belajar macam-macam pun, kuat ke? Tak. Kena lauk jugak, kalau kena kerumun. Cuma aku niat belajar untuk menghargai, dan mengenal keupayaan diri. Ada orang kenal diri dengan menulis, membaca, melukis, mengaji, menyanyi.

InsyaAllah, aku kenal diri dengan senibeladiri.

Siapa kuat? Takde yang lain... Allah s.w.t jua.....Titik.


Monday, January 30, 2012

KSSR DAN KENANGAN PPSMI

Aku tak pasti kalau chegu-chegu yang mengajar KSSR perasan atau tak. Atau mungkin aku je yang tersilap perasan.

Murid-murid batch pertama KSSR tahun lepas, sekarang dah melangkah ke Tahun Dua. Boleh menulis, boleh membaca dan mengeja. Tapi agak lambat sikit bab menyalin.

Motif KSSR ni memang mulia. Nak menyamatarafkan kefahaman dan penerimaan murid dalam satu-satu hal. Tapi disebabkan kebergantungan pada eviden-eviden bercetak, murid-murid tak dibiasakan menulis panjang-panjang. Tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Suaikan. Walhal kemahiran menulis tu yang sepatutnya diberi penekanan di peringkat awal.

Takpe. Awal sangat lagi nak menilai hasil pelaksanaannya. Kita yang chegu-chegu ni, usahakanlah yang termampu untuk memberi yang terbaik untuk murid-murid kita. Laksanakan dasar-dasar yang telah dirangka oleh pihak atasan kita, dan sedia menerima perubahan. Dulu duk bumbang-bumbang bantah PPSMI. Tapi sekarang sikit sebanyak nampak hasilnya. Murid yang sempat ber'PPSMI' tak terkujat bila nampak perkataan Bahasa Inggeris.

Guru hanya pelaksana. InsyaAllah, dalam melaksana kita mengenal, mengkaji, memahami. Itukan kerja kita?



KAU PEMALAS, JANGAN AJAR ORANG JADI PEMALAS....

"Dengan menggunakan mesin teknologi tinggi ini, kita dapat mengurangkan paras kolestrol dalam tubuh badan dan melancarkan aliran darah. Hanya dengan satu jam penggunaan, hasilnya seperti 3 jam bersenam."

"Memandangkan kesibukan masyarakat sekarang dengan beban tugas yang menyukarkan mereka meluangkan masa bersenam, ini adalah suatu produk yang baik untuk terus sihat."

Lebih kurangnya lah..... Nak ayat detail, hari-hari ada keluar iklan kat paper.

Ini semua serampang dua mata. Nak bagi orang kita malas bersenam, dan nak sempitkan poket.

Bersenam. Nak sihat, kena la berpeluh. Apala sangat mesin yang kita buat tu, boleh buat kat kita... Badan kita, kita sendiri la yang jaga, yang gerakkan.

Bersenam tak perlu sampai 3 jam. Kalau sibuk sangat, sehari spend dalam 20 minit pun dah cukup. 20 minit yang berkualiti dengan berpeluh, insyaAllah boleh menjamin kesihatan yang baik. Dengan pemakanan yang baik jugak lah. Tak merokok. Tak minum arak. Ini kalau bersenam straight 6hari non stop pun, tapi rokok tibai, arak tonggang gak, pejadah?


Saturday, January 28, 2012

AKU MAHU TERBANG

Slot cerekarama tv3 tadi agak tacing gak cerita dia. Aku Mahu Terbang - kisah pasal sorang budak yang bercita-cita nak jadi pilot.

Dibuli, kehilangan sahabat yang disayangi, kemudian apabila kejayaan semakin menghampiri, hilang pula ibu dan abang yang sangat dikasihi. Dalam duk keras, berkaca jugak mata aku...

Sepatutnya cerita camni kena bagi budak-budak sekarang tengok. Ini, tak sudah-sudah cerita samseng cap ayam, rempit, hantu merepek-repek. Paling tak boleh blah, cerita pasal budak-budak u atau kolej, tapi takde langsung nak suntik elemen budaya ilmu. Duk tunjuk budak u pakai nampak belah dada, ketat kat peha, ralit bercinta. Puuuuiiii!!!

Pastu bila budak-budak sibuk nak join menatang 30 la, 36 la, 77 la,mula nak pening kepala. Eksiden merata, pun sama. 3gp budak-budak u bersepah.

Memang patut ada 'pembersihan' dan 'pemutihan' dalam industri layar kaca dan perak kita. Kalau tak, muntah tengok cerita hantu cam haram. Lagi, lupa. Bujang Terlajak. Longkang, penyesalan paling menyesal pernah aku rasa.


Wednesday, January 25, 2012

BIJAK-BIJAK LA BUAT STATEMENT OI....

"Budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini."

Apa punya bingaila statement ni. Ni statement takut orang Melayu jadi pandai.

Sejak bila pulak berdebat tu budaya Barat? Kalau pun budaya Barat, salah ke? Abih budaya orang Melayu yang tunggu subsidi, kaki kipas dan jilat tapak kaki tu indah sangat?

Ah! Meluat kadang-kadang bila tengok orang tua yang ada title Datuk tapi bila bercakap macam budak tak lepas LINUS.

Puuuuiiiii!!!





Tuesday, January 24, 2012

TERLALU INTELEK PUN SUSAH

Di sebuah kedai buku, yang penuh dengan mahasiswa-mahasiswi me'redeem' kupon buku rm200...

"Buku apa yang ko belek tu?'', tanya seorang sahabat.

"Ni ha. Buku Memoir Shamsiah Fakeh. Menarik gak isi dalamnya. Niat nak angkat, balik."

"Belila. Aku jarang baca buku-buku Bahasa Melayu ni." sambil sahabat ni membelek buku biografi Steve Jobs tulisan Walter Isaacson.

"Aku suka buku Bahasa Inggeris tebal macam ni. Buka minda Melayu yang terperap."

Terdiam sejenak. Ini hujah yang aku kira bias kepada karya berbahasa ibunda. Kambing apa gini...

"Buku-buku bahasa Melayu pun hebat-hebat. Banyak jugak karya penulis kita diangkat dan diterjemah untuk pembaca luar."

"Well. Terpulang. Nanti kalau ko dah mula melangkah ke alam PhD cam aku, mungkin ko tau camne aku berfikir, camne orang-orang cam aku berfikir."

mmmmmmm...

Aku mati hujah. Aku sengaja mematikan hujah dengan diam. Ini boleh jadi perdebatan yang sia-sia perihal bahasa kalau disulami dengan emosi.

Memang diakui, kedapatan antara kita yang lebih memandang tinggi karya yang bukan berbahasa sendiri. Berlebih-lebih dari menghayati karya tempatan. Lebih kenal Sidney Sheldon dari Allahyarham Azizi Abdullah...

Suatu senario yang boleh dikongsi. Pernah sewaktu aku menumpang di rumah seorang sahabat di Port Dickson, kira-kira tahun 2003 mungkin. Aku 'plucking' intro lagu Misteri Mimpi Syakilla. Kan syahdu je bunyinya. Sahabat aku yang ketika itu sedang dalam foundation untuk menyambung pengajian ke UK, tertarik mendengar lagu tersebut.

"Eh, sedap la lagu ni. Lagu sape ni? Ajar aku beb."

"Misteri Mimpi Syakilla la. Aih, ko ni tak pernah dengar radio ke? Lagu Wings kot, takkan tak pernah dengar..."

"Mmmmm.. takpela. Aku ingatkan Rainbow ke, Deep Purple ke, The Who punya Behind Blue Eye ke. Aku jarang dengar lagu Melayu. Band sini yang aku boleh masuk pun, Butterfinger je kot."

Mentaliti budak-budak sekolah Sains kot. Bajet gempak. Mentang-mentangla aku sekolah SMKA je.

Berbalik ke hal buku, dan apa-apa hal sekali pun. Terlalu menghargai hak orang luar, sampai lupa menilai hak sendiri yang lebih tinggi. Itulah orang kita....


Monday, January 23, 2012

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK TENGOK CITE NI NTAH...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Entah macam mana, hari ni saraf-saraf otak aku jadi gagal nak berinteraksi dengan saraf-saraf tubuh yang lain.

Ini semua sebab terjebak tertengok cerita 'Bujang Terlajak'. Peh.. Punya la aku niat nak menyumbang sesuatu untuk industri filem tanah air. Hujungnya, cerita ni langsung tak menyumbang apa-apa pada aku. Setakat gelak dengar orang gelak.

Hadoi la nyer pun.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...