Sunday, May 11, 2014

MENYEMAI PERPADUAN SENYAP

Hari ni saya menghadiri taklimat Kelab Rukun Negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (ni tengh dalam taklimat la ni. Keh keh keh).

Banyak point yang menarik, dan banyak yang belum dibentangkan lagi. Ye lah, tengah taklimat. Antara yang saya dengar sejak mula tadi adalah sejarah perpaduan negara, kontrak sosial dan percentage berkenaan penerimaan, persepsi, kefahaman budaya, kepercayaan dan lain-lain yang membentuk society kita sekarang ini. Ada waktu, kita berada di takat melting point, ada waktu sangat stabil.

Dan antara paling membimbangkan dewasa ini, peratusan racial polarization yang semakin tinggi. Hari demi hari, rupanya kita semakin terlalu perkauman.

Tak boleh dinafikan, keterukan ini banyak disumbangkan oleh ahli politik yang bangkai.

Namun, sebenarnya, tanpa kebergantungan pada kajian ilmiah semata-mata, kita sebagai rakyat marhein perlu menyemai sendiri perpaduan senyap sesama kita tanpa perlu iklan juta-juta.

Yang penting, keywordnya adalah TOLERANSI.

Saya ada cerita nak dikongsikan sewaktu saya solo drive balik dari Padir Gudang ke Bagan Serai, singgah menyubuhkan diri di RnR Tapah. Sewaktu saya nak berwuduk, seorang lelaki India dewasa mengiring seorang Melayu buta ke ruang wuduk. Kemudian meminta saya mengiring lelaki tersebut ke ruang solat. Usai solat, waktu saya keluar, lelaki India tadi masih menunggu lelaki Melayu buta tadi, untuk sama-sama ke bas. Saya bertanya juga, kawan kerja ke. Jawapan lelaki India tadi agak best.

"Baru kenal dalam bas tadi. Ini abang mau pergi semayang. Saya tolong  bawak la."

Dan banyak lagi kisah-kisah perpaduan senyap yang sebenarnya dah disemai antara kita yang berbilang bangsa. Tinggal lagi, ahli politik ni kadang-kadang cakap nakkan perpaduan, tapi mulut longkang. Ah, sama je la, pencadang ke pembangkang ke.

Sudah tiba masa, kita rakyat marhein perlu selalu mengdendangkan kisah-kisah perpaduan senyap yang sedang kita baja. Cerita pada anak-anak, perayaan-perayaan atau kepercayaan bangsa dan agama lain yang perlu kita hormat hak mereka. Selalu-selalu ikut program kebudayaan bangsa lain, selagi tak bercanggah dengan akidah agama kita. Tengok tarian singa, takkan sampai jatuh akidah kita.

Saling membantu, saling menerima, dan saling mengenal antara satu sama lain. Malaysia tengah aman. Kita lah nak mengekalkan keamanan ini.

Friday, May 2, 2014

LAGU GST

Berpagi-pagian hari ni ke sekolah, drive dalam 30 minit untuk ke jeti, sebelum berbot ke sekolah, telinga selalu dihalwakan dengan GST yang agak cacthy jugak.

Kat sini kita boleh nampak usaha gomen nak menyekolahkan rakyat tentang GST dari segenap sudut. Dari kempen, iklan tv bawak ke lagu, kepentingan GST diterapkan (didoktrinkan?) sepenuhnya dalam pelbagai bentuk. Lagu antara bentuk terbaik, macam Dato Rais Yatim buat lagu merdeka tahun sudah tu la, 'Janji Ditepati'. Meluap-luap semangat nak sambut merdeka (hoih).

Bila selalu sangat dengar, saya sampai boleh sing along la lagu tu. Gile betul.

Power sungguh inisiatif gomen nak melaksanakan jugak GST. Suka tak suka, lagu dah ada. Suka tak suka, kena dengar jugak la.

Cuma hati sayup saya mengomel jugak. Bab hudud dan qisas, walaupun gomen komfem-komfem sokong dan mahukannya dilaksana walaupun 'banyak usaha nak memahamkan semua rakyat Malaysia', namun usaha yang dikatakan tu masih dalam peringkat 'mamai', belum pun masuk mode 'mimpi', apatah lagi realiti.

Iklan belum ada dalam TV, lagu pun belum ada dalam radio, walaupun entah  ada ke tak lagu bab hudud dan qisas. Kalau takde, bagi ada la. Inisiatifkan.

Bukan apa. Saya nak jugak gomen usahakan penyebaran kefahaman undang-undang Allah s.w.t dengan kekuatan yang sama macam gomen usahakan nak 'memahamkan' rakyat tentang Gasak Sampai Terburai....sori, Goods and Services Tax atau 'Cukai Bagus'. Macam GST jugak, lagunya penuh dengan keindahan dan faedah GST 'yang diamalkan secara international', lagu tentang Hudud jugak biarlah dengan keindahan dan kefahaman tentangnya.

Sebab usaha nak kempenkan Hudud ni ada, tapi dengan cara yang tak kena.

"Hudud ni bagus, hukum Tuhan, tapi kita belum bersedia lagi sebab kita negara berbilang bangsa".

"Kalau laksana jugak, habeh orang Melayu Kelantan takdak tangan"  (buat slang utaqa sambil baca ayat tadi).

Jangan dakyahkan orang bukan Islam dengan cerita bukan-bukan. Hudud dan Qisas ni, langkah pencegahan. Hang takut, hang jangan buat. Orang tak rasuah, nak takut apa.

Ni orang nampak yang hukumannya saja, mengerikan. Orang tak nampak hikmahnya pulak. Kita mengaku kita Islam, dan baca Al-Quran. Dalam tu pun kita baca, Allah banyak bagi amaran, kita wat dajai, kena seksa, masuk neraka.  Kalau takut masuk neraka, jangan buat dajai.

Waktu Nabi s.a.w dulu, Madinah dulu bukan semata-mata orang Islam, orang yahudi pun ada. Baca sirah sahabat pun, kisah sahabat diadili dengan orang yahudi, yang akhirnya hukum Islam menyebelahi orang yahudi tu sebab hak dia atas harta yang jadi pertikaian. Baca sendiri la, tanya ustaz ni cerita pasal siapa. Semua nak kena suap, jenuh la.

Saya ternanti-nanti, kita dikukuhkan dengan sebenar-benar kefahaman tentang Hudud dan Qisas. Brunei dah, kita bila lagi?

Duk Malaysia Boleh, Malaysia Boleh. Hak Tuhan tak boleh-boleh jugak. Ramai-ramai la kita menjawab nanti 'kat sana'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...