Sunday, March 24, 2019

PANAS SUNGGUH LA NI

Memang sungguh-sungguh panas la ni. Bukan main-main punya panas. Saya dengan anak-anak pun dah 2,3 kali ke klinik, sebab cuaca panas bebenor.

Macam biasa kalau ke klinik, pesan yang dipanjangkan doktor adalah hal yang sama. Minum air banyak, kurangkan aktiviti outdoor.

Saya pulak Jumaat lepas pulun joging sampai 10km, dengan harapan cuti ni nak reduce paling kurang 5 kilo, dan persediaan event lari-lari tak lama lagi. Nampaknya yang mungkin hilang adalah 5 hari tanpa aktiviti.

Harap cepatlah saya dan anak-anak sihat. Dah berjanji nak bawak depa ni ke dua event besar. Tengok Upin Ipin Keris Siaman Tunggal yang dengar katanya sedap ditonton dan LIMA '19.

Sekian, setelah sekian lama tak menulis di sini. Entah-entah tahun depan pulak baru jengah balik blog ni. Punyalah sibuk (pemalas) la ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...