Wednesday, June 13, 2012

BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM (buku)

Baru usai cuti sekolah 2 minggu.

Pulang dari kampung, aku singgah rumah adik aku yang bekerja di Cheras. Kebetulan, di rumah adik aku ada buku ni. Tajuk yang membuatkan mata terpaku, dan hati mahu tahu, apa isi dalam yang terbuku...

Aku pinjam untuk memuaskan nafsu membaca yang menggebu.

Habis baca, apa yang boleh aku katakan, keterbukaan itu penting. Selama ini, di tanah air kita sendiri, kita dimomokkan bahawa agama Islam adalah hak mutlak orang Melayu. Sehinggakan memperjuangkan survival bangsa Melayu disangka perjuangan membela agama Islam. Benarkah begitu?

Ada bezanya antara 'cintakan budaya bangsa' dengan 'memperjuangkan bangsa'. Dan lahirnya Rasulullah s.a.w bukanlah untuk memperjuangkan kemuliaan bangsa arab....

Mengakulah, yang kita selalu bersikap prejudis dengan saudara cina kita, dan india di tanah air kita. Tapi kalau yang pan-pan asia, kacuk sana-sini bukan main kita kagumkan.

Garapan Haji Ann Wan Seng mudah difahami dan dihadam. Beliau berbangsa Cina, dan memilih untuk menganut Islam sebagai pegangan hidup dunia akhirat tidak memerlukan beliau dan saudara-saudara muallaf kita yang lain menukar nama dan budaya bangsa mereka, selagi itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Kita kenal bahawa bangsa Cina bangsa yang hebat dalam perniagaan dan bersikap terbuka dan mudah menerima perubahan, juga mudah mengadaptasi dengan persekitaran. Namun kita di Malaysia kadang-kadang dimomokkan oleh ahli-ahli politik ultra Melayu kononnya agama Islam akan terbenam sekiranya Melayu tenggelam. Hadith mana lu pegang? Mai tunjuk sikit.

Rugi kan... Kita menutup ruang dakwah untuk diterima bangsa lain, semata-mata kononnya Islam di Malaysia milik mutlak orang Melayu. Masuk Islam sama dengan masuk Melayu. Choi....

Kita laungkan, kita pelajari di sekolah dan surau-madrasah bahawa Islam agama sejagat. Tapi implementasi, haram takde, lagi-lagi oleh pak-pak menteri puaka.

Allah ciptakan kita berbeza-beza dan berbangsa-bangsa untuk kita saling mengasihi dan melengkapi, dalam usrah besar bernama ummah.....

Terbukalah, kerana ruang dakwah dewannya luas. Jangan disempitkan pintunya, buka cukup-cukup muat sorang je masuk.... Rugi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...