Thursday, June 14, 2012

SABAR...AKAN TIBA JUGA WAKTUNYA...


Sekarang ni, aku ralit menonton video-video temu bual dengan guru-guru lama silat seni gayong ADMAR yang dikendalikan oleh pihak GayongTV. Satu pencapaian yang layak menerima pujian, kerana memperkenalkan dan memberi peluang kepada khalayak dan pengamal baru seni silat gayong kepada guru-guru tua yang bergolok gadai dalam jatuh bangun seni silat ini.

Antara intipati yang aku pelajari dari teguran guru-guru tua ini ialah, murid-murid kini terlalu mengejar kehebatan dan status pencapaian tanpa mementingkan kefahaman dan penguasaan yang asas.

Metafora mudah - boleh ke nak buat karangan 120 patah perkataan (standard UPSR) kalau ABC pun tak kenal?

Kita rakus mengejar kenaikan bengkung, sandang bagai-bagai walhal bab bertapak pun bertatih-tatih lagi. Asas elakan pun masih ke laut. Gulungan 10 pun sekadar dihafal. Apatah lagi kuncian, tau nama-namanya yang literal, tapi kefahaman, yilek.

Nak cepat khatam Qulhu 70000. Nak main seni yoi. Nak hebat dengan seni belian. Bab nak hebat memang dikejarkan sangat.

Terus terang, aku dah lupa banyak pun pelajaran gayong, setakat yang sempat aku pelajari. Salah aku juga, berpencak dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Untungnya, apabila minat yang mendalam dalam seni beladiri, kita jadi terbuka untuk mempelajari dan menyerap pakai ilmu lain.

Barulah semalam aku faham, betapa pentingnya penguasaan tapak apabila bertapak dalam bersilat. Bertapak, tajuk mudah sebenarnya, alih kaki ke sini ke sana. Tapi, apabila bab mengalih kaki ni kita fahami sungguh-sungguh, subhanallah, asas gerakan, elakan dan gulungan 10 sudah cukup untuk dibuat bekal. Tapak tak betul, camne nak sampai buah? Dan aku temui kepentingan penguasaan tapak dalam bergayong ni daripada permainan buah pukul aliran selatan tanah air.

Sungguh-sungguh sayang kalau kita mengenepikan yang asas, kerana terlalu mengejarkan bengkung, pelajaran peringkat atasan dan status. Dan lebih-lebih lagi rugi kalau kita mengetahui ('mengetahui' lain erti dari 'menguasai') ilmu peringkat tertinggi, tetapi mengabaikan kefahaman pelajaran asas.

Tu sebab guru-guru tua dulu hebat lagi handal. Tumbuk pintal tali tu saja berapa lama berlatih, hari-hari. Satu tu je, dilatih berulang-ulang kali, untuk jangka masa yang lama. Kita? 3 minggu latihan (seminggu sekali bergelanggang, 2 jam setiap kali) kalau buat benda sama, dah bosan. Demand minta pelajaran baru. Mentang-mentang bayar yuran (kalau bayar).

Pentingnya bersabar. Bila bersabar, kita teliti. Rajin mengkaji, kenapa tumbuk begitu, apa lapis buah ini, kenapa main pentas begitu, dan lain-lain. Belajar dan bersabar. Lambat-laun, ilmu yang dimahukan akan jadi milik kita - selagi kita mempelajarinya dengan penuh kefahaman.

Kefahaman.... Haah. Ramai dah lupa word ni....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...