Tak salah berpersatuan. Persatuan tu bagus. Persatuan lambang penyatuan. Kelab pun sama.
Persatuan ni lahir dari orang-orang yang matlamatnya sama, tujuannya sama, minatnya sama. Maka lahirlah persatuan-persatuan yang banyak. Sebab minat manusia ni banyak lagi pelbagai. Contohnya Persatuan Pengumpul Stem, Parti Tupperware, Kelab Basikal, Persatuan Pengakap, dan banyak lagi. Persamaan setiap kelab dan persatuan ialah, semuanya mendatangkan kebaikan iaitu perkongsian hobi.
Tapi, semua ke?
Ada juga persatuan atau pertubuhan yang terlalu ultra perkauman. Ada juga kelab dan persatuan berlindung di bawah payung nama agama. Pun tak salah. Bayar yuran, daftar ROS kan. Apa de hal.
Yang salahnya, kalau bila kau dah masuk persatuan macam tu, tiba-tiba bahasa kau lu-gua lu-gua (kalau persatuan rockers metallers seMalaysia, boleh ampun). Selisih bahu sikit, jeling macam rimau. Tegur sikit langsung kena jerkah, "Lu sapa? Abang Long mana payung? Sekali gua panggil adik-beradik gua, lu tau la!"
Hamboih...
Aku pun Abang Long maaaa... untuk 5 orang adik-beradik. Guna payung warna kaler-kaler pelangi, ada dalam kereta.
Apa-apa pun, tahniahlah untuk kau. Berat tanggungjawab nak amar ma'aruf nahi mungkar tu. Bukan sebarang orang berani nak tanggung. Kena ada ciri-ciri samseng je boleh pikul amanah tu. Aku ni jangan kata ciri-ciri samseng, cirit-cirit samseng pun takde. Budak sekolah pun gelak tengok aku buat muka garang, kalau marah dorang tak pakai baju sukan time PJ.
Sebab kau berpersatuan, itu yang buat kau berani kan. Kat mamak, meja kau susun macam nak buat pameran tupperware, panjang. Penuh dengan adik-beradik kau. Cuba kau sorang-sorang?
Kau pernah dengar lagu ni tak?
Bila kawan ramai keliling kita
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang2
Pengecut pemalu
Macam semua orang
Tapi bila sorang2 Ppengecut pemalu
Macam semua orang
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang2
Pengecut pemalu
Macam semua orang
Tapi bila sorang2 Ppengecut pemalu
Macam semua orang
Nak amar ma'aruf nahi mungkar, ikut cara Nabi dah ajar elok... Try join jemaah tabligh. Mana tau, banyak benda yang kau boleh belajar. Aku pun belum join lagi, tu la ajak kau nak join jemaah sama-sama.
aya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Gelang si paku gelang,
Gelang si rame-rame
Tentang marilah tentang,
Marilah tentang bersame-same
sorang budak dari persatuan rockers metallers seMalaysia ada kata... "persatuan rasist yg berselindung atas nama agama must be destroyed! die! die! die!" hahaha
ReplyDeletehehe...kang nanti dorang jerit balik,''kill 'em all!''..kita balas pulak, ''....and justice for all..''..hehe
Delete