Baru lepas camping sekolah, untuk murid-murid Tahun 4. Alhamdulillah, berjalan dengan jayanya. Aku diberi tanggungjawab untuk handle sesi ice breaking dan pengenalan bantu mula.
Seperkara yang aku dapati sepanjang camping berlangsung ialah - chegu-chegu heran aku tidur dalam hammock. Gantung tinggi-tinggi pulak tu. Aku pun tumpang heran jugak. Apa dorang tak pernah tengok orang tidur dalam hammock ke?
Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang outdoor, atau hobinya memang outdoor tegar, hammock bukan setakat saja-saja bawak, malah adalah keperluan. Sebabnya, hammock mudah dibawa merata, tidak mengambil space yang banyak di dalam haversack, dan sangat sesuai digunakan di mana-mana sahaja tempat yang berpokok atau bertiang.
Ada macam-macam jenis hammock di pasaran. Bagi aku untuk yang asas, cukup sekadar hammock dan fly sheet untuk berteduh. Menarik tentang hammock ialah, kepuasan yang kita dapat masa tidur. Peh... Tak terucap.
Camping tak semestinya nak pasang khemah. Khemah kadang-kadang lagi leceh. Nak kena lipat, nak kena basuh kalau hujan, kotor. Mungkin kelemahan hammock berbanding khemah ialah tiada ruang untuk menyimpan barang macam dalam khemah. Tapi kalau kita dah plan untuk camping sebaik mungkin, barang tak perlu dibawa macam nak pindah rumah kan. Cukup sekadarnya.
Hammock camping. Best weh. Masa aku masih berkecimpung dalam bidang outdoor education and recreation dulu, ni lah kelengkapan tidur malam aku. Hammock yang digantung ke pokok, fly sheet yang menjadi tempat berteduh dan sleeping bag. Cukup, dan tidur malam dalam hutan adalah tidur yang paling berkualiti lebih dari tilam hotel.
berangan nak beli mende hemok tu. ohsemnya landing dlm tu... :-)
ReplyDeletebeli je...tak mahal mana aih...x sampai ratus-ratus pun..cari je kat kedai-kedai outdoor,ad jual..
Deletehennessy hammock terbaik..dah test dah pakai di camp site lolo di gunung nuang..tak sakit badan bro.
ReplyDeletehehe.setakat ni saya pakai je hammock beli kat pasar malam yang corak askar tu...dah pakai dari 2007,alhamdulillah boleh guna lagi sampai la ni
Deletehennessy hammock terbaik..dah test dah pakai di camp site lolo di gunung nuang..tak sakit badan bro.
ReplyDelete