Monday, August 6, 2012

KITA YANG SEBENARNYA MENGEMIS DARI PENGEMIS


"Buat apa la ko hulur duit kat orang tu. Jangan biasakan membagi duit kat pengemis ni. Nanti dorang naik lemak." kata seorang kawan.

Aku hanya senyum je.

"Biar dia usaha sikit nak cari makan. Cari la keje ke, apa ke. Ni mengemis, orang luar tengok, nampak sangat Malaysia ni miskin."

Aku senyum je.

Aku teringat cerita seorang sepupu aku, yang aku agak kagumi personalitinya. Dia biasa-biasa sahaja. Bab pelajaran, aku pandai lagi. Tapi dia lebih mencari keberkatan dalam segala hal yang dilakukan, terutama dengan guru-guru yang pernah dia menuntut. Buah hasilnya, aku lihat sekarang. Kerjayanya, kehidupannya, keluarganya. Itu rezeki dia, dan itu cerita lain. Yang aku nak cerita ni, ada satu kejadian yang melibatkan dia dan pengemis.

Pernah suatu ketika, dia telah dihasut untuk mendengar tentang satu skim MLM. Seperti aku, dia juga anti benda alah MLM ni. Jadi dia ikutkan je lah kawan-kawannya ke sebuah gerai, mendengar gebang bergoncang seorang usahawan MLM tentang kesenangan yang boleh diperolehi, tentang kekayaan yang akan dinikmati, siap tunjuk kereta mewah yang dimiliki, kad-kad kredit emas yang pelbagai rupa dan pengalaman pergi haji dan umrah berkali-kali bila join skim (baca : scam) tu. Well, modal sembang yang hampir sama, modus operandi yang menjemukan.

Nak dijadikan cerita, datang seorang pengemis yang kudung tangannya, membawa kole ke hulur ke hilir. Meminta seberapa yang ada, untuk rezeki yang tidaklah boleh menjadikan mereka kaya. Setelah di'rijek' beberapa meja, sampailah pengemis tu ke meja sepupu aku ni.

Geng-geng MLM ni bila dah sembang pasal harta ni, bila pengemis tadi menghulur kole minta derma, kena jerkah.

"Eh, pengemis ni. Pegi tempat lain la. Cari kerja senonoh sikit."

Terkesima sekejap sepupu aku. Lalu tanpa lengah, dihulur duit kertas kaler merah kat kole pengemis tadi, dan bangun berdiri.

"Sembang pasal duit punya lebat. Kumpul harta sana-sini. Kereta pakai macam-macam. Pergi Makkah berkali-kali."

Diam sekejap.

"Tapi orang susah datang minta tolong, haram nak bagi! Eh, aku tak nak kaya la. Kaya harta tapi jiwa takde, apa guna."

Biasala geng MLM ni, dorang pun taknak kalah hujah. Kumpul harta tu kan ibadah.

"Ye lah. Ibadah ke, apa ke. Korang tau tak sebab apa Allah hantar pengemis tu ke sini?"

Diam sekejap. Ada yang hirup air, sebab time ni belum puasa lagi.

"Sebab kita ni pun pengemis juga. Kita sibuk sangat cari harta, padahal dalam harta tu ada hak orang lain. Allah hantar pengemis, sebab nak bagi kita rasa sama, mengemis pahala, mengemis keberkatan dari Allah, nak cuci harta kita yang kita lupa kadang-kadang halal haramnya."

"Tak nak aku join korang. Lagi kaya jadi lagi kedekut, buat apa!"

Pengajaran yang aku dapat dari kejadian ni. Janganlah memandang rendah pengemis-pengemis. Memang ada yang menipu, sindiket lah, apa-apa lah. Tapi kita menghulur tu niat bersedekah Lillahi taala. Apa jadi duit tu, tu urusan dia dengan Allah.

Andai kata sedikit yang kita hulur tu, memudahkan urusan dia, mengenyangkan dia dan keluarga, insyaAllah, ada berkatnya.

Kita selalu sibuk dengan urusan dunia kita. Sekali-sekala Allah hantar orang susah datang depan kita, kan tandanya Allah sayangkan kita, nak memudahkan kita buat kebajikan.

Sekian tazkirah bulan Ramadhan.


5 comments:

  1. saya suka jadi bijak dalam memberi sedekah. Jika kita salah sedekah (scam), nanti orang yang betul memerlukan kita tak dapat nak sedekah sebab peruntukan sedekah itu dah dapat kat orang lain (scam).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya kata doc... sebab saya semudah mungkin tak nak membirokrasikan diri dalam hal ni..kalau terlintas orang meminta, kita hulurkan seadanya.pendek kata, niat kita...

      Delete
  2. ..cerita yang 'cantek'..Aku pernah sekali tu kat CM mamat tu teraba2 dan mengesut kat kaki lima..ksian,so aku ngn wife hulur seadanya..kejap lagi dari dalam van wife aku tunjuk kat mamat tu yang dah boleh berjalan dengan mata yang dah celik...infact banyak kali aku terkena..tapi aku layan dengan kata2 Tuhan nak duga aku ikhlas ke idak..hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bab terkena selalu sangat ni yang buat kita semua berhati-hati..pokok pangkalnya hati..kalau pun kita terbagi kat salah orang, mungkin harta kita tu dah memang bukan kita punya...

      Delete
  3. ...macam aku kata tadi lah...kalo aku merungut atau lebih lagi maki..They got something but i ve got nothing...hehhehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...