Aku rasa, ramai yang ingat zaman awal 90'an dulu. Waktu Allahyarham Tok Mat sebagai Menteri Penerangan. Betapa tegasnya kerajaan waktu tu nak membendung masalah keruntuhan akhlak yang antara contohnya adalah bermodelkan artis-artis rock tempatan berambut panjang.
Aku masa tu baru darjah berapa entah. Tengok tv, kalu ada part mana-mana artis rock yang panjang rambutnya, muka dorang kena blur macamla lucah sangat muka tu, ataupun lagi best, digam terus dari keluar tv (istilah 'digam' ni memang aku tak paham masa tu. Pejadah nak pi gam orang?Gam gajah ke, gam kanji yang boleh makan tu?).
Dan aku rasa, ketegasan yang sama patut dilaksanakan sekarang pada ikon-ikon (konon) yang bermaharajalela di kaca-kaca tv. Rambut yang color bagai pelangi, langsung tak mencirikan orang nusantara sendiri. Orang putih sibuk nak tan kulit bagi gelap, kaler rambut bagi hitam, kau pulak pi kaler rambut jadi kuning. Apekah neraka?
Nak diubah banyak-banyak, memang susah bagi sebuah negara bebas dan demokrasi (.........) macam kita ni. Tapi bagi yang sensitif, hatta mewarnakan rambut tu sendiri bukanlah satu perilaku yang boleh dicontohi. Tu belum lagi cerita bab halal haram mewarnakan rambut. Macam-macam....
"Saya walaupun berpakaian seksi begini, rambut diwarnakan, tapi saya tak tinggal solat. Yang penting hati kita, nawaitu, bukan luaran.." Lame... tu belum lagi, "Keluarga saya memberi sokongan pada saya untuk menjayakan adegan berbogel dalam filem ini. ini semua demi seni" dan " Our parents tak kisah kami berpeluk atau pegang-pegang tangan. Kami memang mesra macam adik-beradik, mereka faham"...
Sila ke longkang ngan statement camtu....
dia minat punk ke?
ReplyDelete"Dan aku rasa, ketegasan yang sama patut dilaksanakan sekarang pada ikon-ikon (konon) yang bermaharajalela di kaca-kaca tv. Rambut yang color bagai pelangi, langsung tak mencirikan orang nusantara sendiri. Orang putih sibuk nak tan kulit bagi gelap, kaler rambut bagi hitam, kau pulak pi kaler rambut jadi kuning. Apekah neraka?"
ReplyDeletebetul bro, rsa cm pelik sgt , org putih sibuk nak perang kt kulit nak jd asian look , tp yg asian plak nak jd western look.. haish!! hehehe