Saturday, December 24, 2011

SEKALI-SEKALA BANGGA DIRI, TAK SALAH RASANYA

Selalunya, istilah bangga diri merujuk kepada sesuatu yang negatif. Konotasinya juga tidak menyenangkan sesetengah pihak.

Bangga diri dikelaskan juga dengan istilah lain seperti ujub, riak, takbur, bongkak, sombong dan lain-lain istilah lain yang dikira sesuai. Rujuk kamus.

Juga, bangga diri yang negatif juga termasuk dalam sifat mazmumah, dan merupakan suatu penyakit yang memerlukan rawatan hati yang berterusan.

Namun, hari ini aku mengumumkan betapa berbangganya aku, malah kagum dengan diri sendiri, dengan sebenar-benar kekaguman, bahawa...

AKU BUKAN PEROKOK!

Selama ini kita didoktrinkan dengan betapa coolnya hisap rokok, betapa setiap sedutan membawa ilham, betapa kejantanan lelaki adalah pada rokok.

Sekarang, hari ini, apa kata kita mula kempen, setelah kempen demi kempen gomen membawa kegagalan...

BERBANGGALAH, KITA BUKAN PEROKOK!

Tuesday, December 20, 2011

MANGGA PUNYA HAL




Aku ke kedai buku tadi. Nak fotostat pelan dalaman sekolah, untuk taklimat pengurusan inventori sekolah esok. Kena siap segalanya awal. Mudah.

Dalam pada menunggu siap pelan tu difotostat, aku hinggap di ruang majalah. Ada macam-macam majalah. Dari yang mendidik, hingga ke lagha. Jadi aku pun mulalah membelek majalah-majalah yang ada. Dari yang mendidik, hinggalah yang lagha, sementara menunggu siap. Hinggalah aku membelek majalah paling lagha dalam banyak-banyak yang lagha....

Saja je belek pun, bukan apa. Tengok cover kemain lagi warna-warni kan (ceh).. Tiba-tiba, sekonyong-konyong aku ditegur oleh suara halus.

"Eh, chegu! Lama tak jumpa! Salam, salam." kata sorang murid aku, kebetulan temankan ayah dia nak fotostat IC. Musim-musim orang nak isi borang RM500 kan.

Aku apa lagi, gelabah letak majalah lagha tu ke rak pameran. Jatuh. Nak tak nak, tunduk gak kutip.

"Chegu, kakak saya pun suka baca majalah ni gak. Tapi seksi-seksi artis dalam tu kan? Takut saya tengok" naif sorang kanak-kanak. Bapaknya sengih-sengih dah masa aku hulur salam.

Aku? Terkulat-kulat, senyum tak bape senyum. Cis! Rasa cam apa entah.

Moral: Orang nampak ke, tak nampak ke, jangan usik majalah lucah! Walaupun dapat approval dari kementerian macam MANGGA! Memalukan....

KITA YANG TERLUPA

Sebelum berbunyi serius, layan gelak dulu...



Dalam minggu ni, kecoh perihal turun bendera, perihal mahasiswa menuntut kebebasan dari AUKU, dan macam-macam hal. Perihal perkahwinan pelajar melayu gay tu, memang buat kita mengucap panjang jugak. Cukup.

Kita terlupa. Susah untuk kita tidak bias dalam satu-satu hal. Susah juga kita untuk sama-sama sependapat, serasa dan sekepala dalam banyak hal. Hal bola sepak pun boleh buat gaduh. Bab muzik pun macam-macam cerita. Kalau singgah ke dunia seni beladiri, pun itu-itu juga. Cerita siapa lagi asli, siapa lagi gah, kuncian mana yang tak terlucutkan, dan buah pukulan mana lagi kuat.. Tak sunyi dari mencanang gagah. Bab politik, lagi lah. Mual.

Siapa terlupa? Kita lah. Kita yang terlupa. Tuduh orang lain lupa. Wal hal, kita sendiri lupa. Lupa suluh diri depan cermin. Sibuk cari jerawat di muka orang. Lupa kurap di pipi sendiri.

Dalam rumah, kita bangga langsir kita menawan. Cantik. Warna menarik. Tak salah, sekali-sekala. Buka jendela. Intai-intai rumah jiran juga. Pun cantik juga langsir-langsir mereka. Ropol-ropol, bunga-bunga. Datang dekat, ziarah, kenal-kenal. Tanya mana kain dibeli, siapa yang jahitkan, berapa bajetnya? Kan untung. Buang bangga diri, dapat kenalan dari hal langsir hiasan.

Entah. Zaman apa ini? Kita yang terlupa....

Sunday, December 18, 2011

LUDAH? PANGLIMA?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=eA5K8WDTWQc

Nak tengok jugak, handal mana ilmu 'panglima' ni sampai mudah-mudah nak meludah. meludah mahasiswa? Peh. Bukan calang-calang manusia nak dibuat musuh ni. Mahasiswa kot.

Benda dah terlepas ke internet ni, alamat berzamanla tanggung muka. Jadi bahan ketawa. serius, ini kelakar. Dan melihatkan gaya bercakap pun, tahu ilmu tara mana.

Panglima? Panglima cakapnya bersahaja. Penyampaiannya bermakna. Datangnya menunduk, berisi bak padi.

Ini... Panglima apa gini, 'tuih-tuih' sesuka hati. Layak dapat "pang" lima kali, iye.

Saturday, December 17, 2011

ROCK? BATU?

Waktu dah pandai pakai tie, dah pandai pakai kasut kilat-kilat, dah reti gosok seluar slack sampai tajam bucu, tiba-tiba adik aku yang baru lepas SPM,

"Along, nak rambut panjang cam Along dulu boleh tak? Orang dah belajar main gitar sekarang. Nak jadi rock cam Along."

Time ni naluri kecikguan aku rasa cam down je, lantas keluar statement selamat,

" Tak payah rambut panjang, selekeh-selekeh pun boleh je jadi rock. Rock ni bukan kat luaran, yang penting jiwa kita, dan kita tau apa kita buat." Bunyi cam ilmiah sikit.

Bos kat rumah tiba-tiba menambah,

"Haaa. Elokla. Rock tu batu. Senang, jadi 'batu' awal-awal. Tinggal nak pahat je jadi nesan."

Peh. Adik aku boleh pulak hilang time ni. Aku la terkulat-kulat. Memang bos tak boleh tengok anasir rock tu melekat kat dinding rumah dia. Ada je nak dipakunya.

Ye abah. Meh la, tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus kat fesbuk ni....

DIAM

Diam....

Kadang-kadang jeritnya membingitkan jiwa..

Walau tanpa nada...

Diam...

Kadang-kadang menjadi tanda...

Setuju dalam terpaksa...

Diam...

Kadang-kadang lebih baik...

Dari sibuk berperang kata...

Diam...
..................................

Friday, December 16, 2011

OLEY!! MENJAWAB TENTANG HUDUD


Minggu ni, aku rasa rakyat marhein usai menonton sebuah filem pendek bertajuk "Oley!!" yang menjawab dengan mudah berkenaan isu hudud, yang sebelumnya teruk dihentam oleh kaki-kaki sembang di kedai kopi.

Penilaian aku mudah. Islam itu mudah. Perkara yang mudah untuk difahami. Tapi ada juak yang terpaksa melapisnya dengan perkara-perkara yang menyusahkan akal, dan adakah bersembang di kedai kopi dengan kawan-kawan yang majmuk semangat satu Malaysianya, menghentam kewajaran perlaksanaan hukum Tuhan hanya kerana itu dukungan parti lawannya, menyelesaikan masalah?

Oley!! - Suatu visual bijak menghurai kekusutan. Pendek, tidak pun sinis, dan tidak pula menjengkelkan. Hudud, itu dari Tuhan.


Wednesday, December 7, 2011

PELARI MARATHON UMUR 100 TAHUN? MEMANG SUPERB...

Ini uncle, wa kasi salute spring satu kali!! Baca sini

Uncle di atas (tok wan, onyang, atau apa-apa yang selayaknya, tapi aku nak panggil bradeh!) di atas berjaya menamatkan larian marathon sejauh 41.9 km dalam usia beliau sekarang 100 tahun.

Panjang umur satu hal, well, rezeki Allah bagi. Tapi berjaya mengekalkan kesihatan di tahap ini, satu hal lagi. Dan ye, kesihatan tu juga rezeki. Apa makna kaya bisnes MLM juta-juta, tapi tak sihat, hati pun selalu sakit. Ye dak?

Uncle ni meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok (aku ada), tidak minum arak (ada jugak, berjaya 2 hal), berfikiran positif (ni kadang-kadang goyang gak ni. Faktor yang perlu perhatian serius) dan makan kari halia (Huh? Ini... Perlu kajiaan terperinci lagi bertulis. Sorang tolong wat jurnal bab ni, nak baca plis).

Mmmmmmm... Ni yang semangat nak start balik wat fitness. Lama cuti ni, badan jadi lemau.


Saturday, December 3, 2011

HABIS JUGAK...TAPI...

Tamat juga persidangan persatuan bulan sabit merah jambu. Makanya pulanglah makcik-pakcik ke rumah dengan azam yang baru, semangat yang baru, 'darah' yang baru, dan lagu yang baru...

Jadi, mulai esok, apa yang bakal baru untuk kita? Makin intelekkah? Makin majukah?

Yang sibuk disidangkan, hal selamat tak selamat kaum kita, hal jangan buat pilihan yang 'salah'. Hal 'ketuanan' yang tak sudah-sudah. Menyampah.

Anak-anak, begitu juga. Entahkan terbela. Juak-juak sibuk bersidang, yang menadah tangan minta sedekah makin berkandang-kandang. Juak-juak sibuk berbincang, yang fakir makin berladang-ladang.

Belum campur orang yang tak nak berfikir. Makin ramai yang layak makan penendang.

Teringat waktu krisis ekonomi. Sibuk dicanang, Ubah Gaya Hidup.

Kotak dipangkah juga tingkap meninjau gaya hidup masa depan. Pilihan. Tak salah cuba-cuba pangkah tingkap lain. Kalau tahi juga, akan datang pangkah yang lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...