Monday, July 9, 2012

ORANG TUA CONTOH - AKU NAK JADI CAMTU (1)


Aku dari Nilai, balik ke Pasir Gudang naik bas. Dan macam-macam berlaku. Sangat menguji kesabaran. Biarlah...

Sedikit terubat hati ini, bila sampai Pasit Gudang. Terpaksa ambik teksi nak balik rumah. Asal mula duduk dalam teksi, masing-masing jadi kayu, tak tau nak sembang apa.

Maka, sebagai pemandu teksi berpengalaman, orang lama, pakcik drebar ni pun mulakan perbualan dengan aku. Tanya tentang kampung, asal, tujuan datang Pasir Gudang hinggalah melarat ke musim buah yang macam dah tak bermusim sekarang.

Rancak pulak cerita pasal buah. Aku pun keluarlah teori sebab apa durian sekarang tak bermusim macam dulu. Mungkin sebab sekarang ni dah banyak durian kacuk, D itulah, D inilah. Sebab luruhnya cepat dan keluar banyak hasil, tapi tetap durian baka juga yang dicari kerana keaslian rasanya. Orang Perak dan durian, apa nak dikata, yeob..

Langsung pakcik ni mencelah,

"Tak jugak kot. Sebab manusia makin ramai kat dunia ni. Jadi Allah perbanyakkan hasil bumi, bagi kita semua kenyang makan macam-macam. Kita syukur je lah."

Terkedu aku. Kagum pun ada. Terus sambung pasal cerita cuacalah, kerjalah, apa-apalah.

Betul cakap orang. Sembang dengan orang lama ni, walau dari apa jenis latar belakang sekalipun, mesti akan terselit juga sembang ingat-mengingat ni. Orang lama, selalu nak menyampai pesan.

Pakcik teksi ni orang tua contoh - dan aku nak jadi camtu..

2 comments:

  1. another good post.
    pasir gudang, lama tak g sana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...