Saturday, July 21, 2012

SELAMAT MENDAFTAR COURSE DI 'UNIVERSITI TARBIYYAH RAMADHAN'


Alhamdulillah...

Kau, aku, kita semua - sekali lagi berkesempatan mendaftar kursus yang sama di instituisi yang sama - Universiti Tarbiyyah Ramadhan.

Bukan semua orang berpeluang, kan. Ikut kesempatan. Ada yang sempat, tapi disia-siakan...

Yuran? Free oii.. Bab ni Allah tak berkira dengan kita. Kita je yang berkira-kira. Nak buat tarawih berapa rakaat, masjid surau mana imam baca laju, moreh mana yang best.

InsyaAllah... Kau, aku dan kita-kita semua akan cuba lalui 'semester' ini dengan jayanya. Aku dah daftar subjek tadi. Tilawah al-Quran, tarawih berjemaah, dan ada subjek-subjek elektif lain. Korunk dah kew? (bahasa mau rempit sikit, baru rasa muda, kan?)

Takpe, aku tau korang-korang, hangpa-hangpa dan depa-depa semua dah pakat nak ambik subjek yang best-best. Aku setakat ikut kemampuan aku. Ada sahabat dah bercita-cita nak ambik subjek yang susah sikit katanya. Nak beramal setiap malam sampai jumpa Lailatul Qadr. Untuk aku, subjek tu susah sikit. Killer paper, orang banjar cakap. Dah repeat banyak tahun dah. Aku doakan sahabat aku cemerlang dengan subjek pilihan dia.

Apa-apa hal, gud luk beb. Semoga tarbiyyah kita 'semester' ni berterusan istiqamah sebati sampai bila-bila pun. Walaupun masuk daftar setahun sekali je pun, 'ijazah' tu nak guna pakai lama. Jangan biar hilang.

Peringatan untuk diri sendiri, dan korunk-korunk semua.....

2 comments:

  1. woit, moga lulus dan grad dengan warna berterbangan.

    ReplyDelete
  2. moga kita-kita berjaya di 'semester' ini .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...