Tuesday, November 13, 2012

TULISAN JAWI - KEMBALIKAN JATI DIRI


Saya teringat ada sekali tu, saya dapat relief satu kelas tahun satu. Guru yang sepatutnya mengajar cuti bersalin. Ustazah. Ikut jadual, waktu pendidikan Islam.

Saya suruh keluarkan apa-apa bahan bacaan yang berkaitan dengan pendidikan Islam. Ada yang keluar buku teks, buku latihan, buku komik Ana Muslim dan buku cerita kisah nabi-nabi. 

Kebetulan, murid yang di meja depan sekali keluarkan buku kisah Nabi Musa alaihi salam. Tulisan jawi penuh. Saya saja test, suruh dia baca kuat-kuat, kongsikan dengan kelas.

Alhamdulillah, dia baca dengan terang, jelas lagi lancar. Takde sasul-sasul sikit pun. Saya tersenyum, seronok ada lekat dalam hati. Tulisan jawi masih ada pewarisnya.

Saya berpandangan, orang yang boleh baca jawi dengan lancar adalah orang yang boleh membaca Al-Quran dengan lancar. Dah tentu-tentu tulisan jawi adalah pinjaman dari tulisan Arab. Bab ni, saya berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memperkasakan kembali pendidikan agama Islam dengan adanya JQAF.

Saya perhatikan, rata-rata kanak-kanak sekarang boleh membaca jawi, walaupun sedikit merangkak-rangkak. Kalau yang bersekolah agama tu, lagi lancar bacaan mereka. Bandingkan pula dengan orang dewasa kelahiran tahun 70an, 80an, hingga 90an. Ramai yang tak boleh pun baca jawi. Ramai. Jawi pun tak terbaca, macam mana pula dengan al-Quran.

Bagi ibu bapa, prihatinlah. Kalau boleh dekat rumah tu, selain memperkenalkan alphabet pada anak-anak, kenalkan juga huruf-huruf jawi. Ramai yang bangga bila anak-anak boleh fasih menyebut huruf-huruf ABC bawak ke Z, tapi saya rasa lebih membanggakan kalau anak-anak boleh menyebut huruf-huruf hijaiyah dari 'alif ' bawak ke 'nya'. 

Ramai budak-budak boleh hafal bulan-bulan masihi, tapi berapa kerat sangat yang hafal bulan-bulan Hijrah dalam Islam. Tak payah kata budak-budak, kaum bapak pun ramai yang tak hafal kan. Tau yang ada cuti umum je. Muharam, Ramadhan, Syawal, Zulhijjah....

8 comments:

  1. bila menulis dalam tulisan jawi ni, feel dia memang rasa semacam. walau pun ejaan entahkan betul entahkan tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul tu...tulisan jawi ni ejaan betul tak betul tu,lain kira.yang penting boleh tulis dan baca

      Delete
  2. Untungnya duduk Johor...ada sekolah agama...budak2 masih boleh membaca jawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah la..johor ni sebenarnya bumi bertuah jugak..selain sekolah agama,banyak jugak orang2 alim yang still menyebar ilmu

      Delete
  3. takes me 2-3 mins to read that simple jawi... berkarat dah skill rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...skill berkarat boleh polish bro...

      Delete
  4. rasanya bacaan jawi saya juga agak teruk...hahaha....

    teringat dulu ada paper jawi - utusan melayu, watan etc. arwah atok aku selalu beli. dan aku selalu jugak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...solw2..kalau tak mula dari sekarang,bila lagi nak asah balik..kalau kita teruk,bia la anak2 kita nanti jadi lagi baik dari kita..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...