Saturday, August 9, 2014

6 GITARIS ASIA TENGGARA YANG SAYA SUKA

Ok, back to bisnes.

Saya rasa, lama jugak dah saya tak berborak tentang kecintaan saya yang satu ni - gitar.

Hari ini, berbetulan dengan kembalinya semangat saya nak 'bercumbu' dengan gitar, saya 'list'kan gitaris-gitaris Asia Tenggara yang saya suka dengar dan perati rapat cara permainan, 'feel', 'soul', 'sound', susunan muzik dan 'attitude'  mereka. Sebelum ni, pernah saya tulis tentang gitaris antarabangsa yang saya suka jugak.

Susunan di bawah bukanlah mengikut 'siapa terbaik', memandangkan mereka mempunyai keunikan tersendiri dalam bergitar.


Dewa Budjana, yang biasa kita tengok bersama band GIGI. Mempunyai reputasi yang sangat tinggi dalam scene muzik Indonesia, terutama scene jazz. Saya kagum dengan kepelbagaian muzik dia, dengan GIGI yang berbusana popular dan mainstream, kepada jazz yang berwarna-warni, dan sudah semestinya dia juga 'ngerock' dengan gayanya yang tersendiri.


AG Coco yang biasa kita tengok bersama kumpulan Hujan. Bakat muda (muda ke? Baya aku je dia nih. Dia muda, kira saya pun muda la) yang paling menonjol buat masa ini di Malaysia. Live performance dia pun tak pernah menghampakan, dan paling menyeronokkan apabila menonton konsert akustik Hujan. Tapi tengok dia berlakon dalam drama 'doploh sen' time raya hari tu, boleh bikin menangis!


Eross yang biasa kita tengok bersama Sheila On 7. Attitudewise, saya suka dia. Sempoi, simple, underrated (ker?) namun skill, fuhhh. Baru ni saya tertonton permainan gitar dia dalam Youtube, Mostly Jazz kot, menganga jugaklah. Solo yang luar dari norma lagu-lagu Sheila on 7, yang menonjolkan sisi handal dia sebagai gitaris yang tergolong power.


Karl yang biasa kita tengok bersama Cromok. Well, apa yang boleh kita perkatakan tentang dia ni. Legenda Metal Malaysia. Melodi, feel, sound, susunan solo...... Apa lagi haaa?

Kid yang biasa kita tengok bersama Search. Kesimpulan saya tentang permainan gitar dia - EARGASM! Saya membesar bermain gitar dengan cita-cita 'nak jadi macam dia', namun cita-citaku hampa. Tone dia, skill dia, dan paling saya suka, pilihan-pilihan note dia dalam menyusun solo. 'Isabella' adalah introduksi yang sesuai bila nak perkenalkan 'siapa Kid?


Sek yang biasa kita tengok bersama gigaband Thailand, Loso. Energinya yang tak bersempadan ketika live show. Masa ke Langkawi kira-kira awal tahun ni, saya sempat menonton persembahan livenya d Dataran Lang sempena 'Magical Langkawi'. Boleh menyanyi sing-along lagu 'Som Sarn' bersama dia dan rockers-rockers Siam yang hadir adalah sesuatu yang amat memorable, di samping menonton permainan jari dia yang lincah di medan fret board. 'Sejak bila abang pandai cakap Siam ni?' adalah soalan bini saya yang saya jawab dengan sengih yang panjang.

Ramai lagi gitaris handal di rantau Asia Tenggara ni, sehingga tak celus corong telinga saya nak mendengar semuanya. Apa pun, minat itu subjektif.

Hangpa pulak, minat kat siapa?

4 comments:

  1. tak tau sangat gitaris Asia Tenggara selain Malaysia/Singapura...mungkin saya boleh sebut Khalid Mobin (Rusty Blade) dan Addy (Craddle/Teacher's Pet) dari Singapura...

    ReplyDelete
  2. Secara personal, sentuhan arwah samad bagi saya lebih 'mahal' dari man kidal. Pada saya lah. Sebut khalid mobin, tak boleh lupa sama md noor hendrix. Addy craddle, saya 1st time dengar dalam album koleksi shredder ternama Malaysia yang saya lupa nama albumnya, ada i dont belong here - karl, fantasia bulan madu - hillary, shahrul ekamatra, n lain-lain saya tak ingat. Album tu diusahakan oleh orang penulis awal ROTTW.... Alahai, saya lupe jugak nama dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...