Tuesday, January 31, 2012

SIAPA KUAT?

Sudah agak lama aku mengumpul majalah Seni Beladiri. Senang nak kenal. Kalau agak-agak nampak model cover depan gambar atuk-atuk, itulah dia. Hehe...

Tapi atuk-atuk ni jangan disangka sebarangan atuk. Mereka ini adalah penyambung wasilah orang dulu-dulu, khazanah bangsa Melayu yang sangat dicemburui dan didahagai oleh bangsa lain - Silat.

Aku tertarik dengan artikel penulis majalah ini, Saudara Idzhar Ibrahim yang kental jiwa tomoinya tapi tetap terbuka dengan aliran beladiri yang lain. Dalam kolum 'Aku dan Penaku', beliau mengajak pembaca bersembang tentang isu yang biasa didengar di kedai kopi atau forum internet iaitu - Mana lebih kuat?

Memang, bagi pengamal beladiri yang belum matang, isu siapa kuat kerap kali menjadi modal perbualan. Belum matang bukan bermaksud belum akil baligh, tetapi kerana tidak memahami maksud sebenar senibeladiri itu sendiri. Tak faham maksud, sudah tentu tak faham tujuan, kan?

Banyak. Cerita tentang silat kalahkan tomoi, tomoi laukkan taekwondo, taekwondo sapu wingchun dan macam-macam lagi. Rasanya sape-sape yang pernah belajar sedikit sebanyak, biasa dengar, tahu hal ni dan mungkin antara penyumbang kepada 'bumbang-bumbang' sembang benda ni.

Matlamat asal senibeladiri adalah untuk melatih manusia yang kudratnya sangat terhad untuk membeladiri dengan pergerakan-pergerakan yang bukan norma harian. Well, memang ada yang cakap beladiri yang dipelajari adalah berdasarkan pergerakan asas manusia. Itu definisi masing-masing. terpulang. Pokok pangkalnya, pergerakan yang dipelajari itu digunapakai untuk membela keselamatan diri, luaskan lagi skopnya, membela keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Kudrat manusia memang terhad. Terhad, tapi bukan terbatas, tersekat. Manusia diciptakan Allah s.w.t dengan segala macam akal dan kepandaian untuk meneruskan kelangsungan sebagai khalifah di muka bumi. Jadi, Allah s.w.t ilhamkan manusia dengan antara titisan ilmuNya, iaitu senibeladiri.

Apabila bercakap tentang ilmu, keterbukaan perlu. Bidang ilmu senibeladiri sahaja terlalu luas, luasnya Ya Rabbi......aci kerat jari la, boleh dikatakan hampir setiap bangsa yang wujud di muka bumi ni ada kaedah tersendiri untuk mempertahankan diri.

Dan kita yang kononnya diajar mensyukuri nikmat Tuhan, jarang pula mahu mensyukuri nikmat kepelbagaian ilmu senibeladiri yang dikurniakan Allah kepada kita. Sibuk canang 'aku yang asli', 'aku yang paling kuat', 'tendangan aku paling laju', 'tumbukan aku paling padu'.

Secara peribadi, aku mempelajari senibeladiri untuk, ya lah, membeladiri. Guna andai terdesak. Orang merantau, alang-alang kena bawak bekalan sama, sebab tak kenal tempat orang. Pernah mempelajari 2 permainan antara yang mengasaskan PESAKA ini hari, tapi tak dalam. Pernah juga masuk-masuk bertanding, cari pengalaman. Merasa aikido, sebab hosmet kat Langkawi dulu sensei aikido. Sekarang terlekat dengan permainan buah pukul, sejak-sejak duduk selatan Tanah Melayu.

Belajar macam-macam pun, kuat ke? Tak. Kena lauk jugak, kalau kena kerumun. Cuma aku niat belajar untuk menghargai, dan mengenal keupayaan diri. Ada orang kenal diri dengan menulis, membaca, melukis, mengaji, menyanyi.

InsyaAllah, aku kenal diri dengan senibeladiri.

Siapa kuat? Takde yang lain... Allah s.w.t jua.....Titik.


Monday, January 30, 2012

KSSR DAN KENANGAN PPSMI

Aku tak pasti kalau chegu-chegu yang mengajar KSSR perasan atau tak. Atau mungkin aku je yang tersilap perasan.

Murid-murid batch pertama KSSR tahun lepas, sekarang dah melangkah ke Tahun Dua. Boleh menulis, boleh membaca dan mengeja. Tapi agak lambat sikit bab menyalin.

Motif KSSR ni memang mulia. Nak menyamatarafkan kefahaman dan penerimaan murid dalam satu-satu hal. Tapi disebabkan kebergantungan pada eviden-eviden bercetak, murid-murid tak dibiasakan menulis panjang-panjang. Tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Suaikan. Walhal kemahiran menulis tu yang sepatutnya diberi penekanan di peringkat awal.

Takpe. Awal sangat lagi nak menilai hasil pelaksanaannya. Kita yang chegu-chegu ni, usahakanlah yang termampu untuk memberi yang terbaik untuk murid-murid kita. Laksanakan dasar-dasar yang telah dirangka oleh pihak atasan kita, dan sedia menerima perubahan. Dulu duk bumbang-bumbang bantah PPSMI. Tapi sekarang sikit sebanyak nampak hasilnya. Murid yang sempat ber'PPSMI' tak terkujat bila nampak perkataan Bahasa Inggeris.

Guru hanya pelaksana. InsyaAllah, dalam melaksana kita mengenal, mengkaji, memahami. Itukan kerja kita?



KAU PEMALAS, JANGAN AJAR ORANG JADI PEMALAS....

"Dengan menggunakan mesin teknologi tinggi ini, kita dapat mengurangkan paras kolestrol dalam tubuh badan dan melancarkan aliran darah. Hanya dengan satu jam penggunaan, hasilnya seperti 3 jam bersenam."

"Memandangkan kesibukan masyarakat sekarang dengan beban tugas yang menyukarkan mereka meluangkan masa bersenam, ini adalah suatu produk yang baik untuk terus sihat."

Lebih kurangnya lah..... Nak ayat detail, hari-hari ada keluar iklan kat paper.

Ini semua serampang dua mata. Nak bagi orang kita malas bersenam, dan nak sempitkan poket.

Bersenam. Nak sihat, kena la berpeluh. Apala sangat mesin yang kita buat tu, boleh buat kat kita... Badan kita, kita sendiri la yang jaga, yang gerakkan.

Bersenam tak perlu sampai 3 jam. Kalau sibuk sangat, sehari spend dalam 20 minit pun dah cukup. 20 minit yang berkualiti dengan berpeluh, insyaAllah boleh menjamin kesihatan yang baik. Dengan pemakanan yang baik jugak lah. Tak merokok. Tak minum arak. Ini kalau bersenam straight 6hari non stop pun, tapi rokok tibai, arak tonggang gak, pejadah?


Saturday, January 28, 2012

AKU MAHU TERBANG

Slot cerekarama tv3 tadi agak tacing gak cerita dia. Aku Mahu Terbang - kisah pasal sorang budak yang bercita-cita nak jadi pilot.

Dibuli, kehilangan sahabat yang disayangi, kemudian apabila kejayaan semakin menghampiri, hilang pula ibu dan abang yang sangat dikasihi. Dalam duk keras, berkaca jugak mata aku...

Sepatutnya cerita camni kena bagi budak-budak sekarang tengok. Ini, tak sudah-sudah cerita samseng cap ayam, rempit, hantu merepek-repek. Paling tak boleh blah, cerita pasal budak-budak u atau kolej, tapi takde langsung nak suntik elemen budaya ilmu. Duk tunjuk budak u pakai nampak belah dada, ketat kat peha, ralit bercinta. Puuuuiiii!!!

Pastu bila budak-budak sibuk nak join menatang 30 la, 36 la, 77 la,mula nak pening kepala. Eksiden merata, pun sama. 3gp budak-budak u bersepah.

Memang patut ada 'pembersihan' dan 'pemutihan' dalam industri layar kaca dan perak kita. Kalau tak, muntah tengok cerita hantu cam haram. Lagi, lupa. Bujang Terlajak. Longkang, penyesalan paling menyesal pernah aku rasa.


Wednesday, January 25, 2012

BIJAK-BIJAK LA BUAT STATEMENT OI....

"Budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini."

Apa punya bingaila statement ni. Ni statement takut orang Melayu jadi pandai.

Sejak bila pulak berdebat tu budaya Barat? Kalau pun budaya Barat, salah ke? Abih budaya orang Melayu yang tunggu subsidi, kaki kipas dan jilat tapak kaki tu indah sangat?

Ah! Meluat kadang-kadang bila tengok orang tua yang ada title Datuk tapi bila bercakap macam budak tak lepas LINUS.

Puuuuiiiii!!!





Tuesday, January 24, 2012

TERLALU INTELEK PUN SUSAH

Di sebuah kedai buku, yang penuh dengan mahasiswa-mahasiswi me'redeem' kupon buku rm200...

"Buku apa yang ko belek tu?'', tanya seorang sahabat.

"Ni ha. Buku Memoir Shamsiah Fakeh. Menarik gak isi dalamnya. Niat nak angkat, balik."

"Belila. Aku jarang baca buku-buku Bahasa Melayu ni." sambil sahabat ni membelek buku biografi Steve Jobs tulisan Walter Isaacson.

"Aku suka buku Bahasa Inggeris tebal macam ni. Buka minda Melayu yang terperap."

Terdiam sejenak. Ini hujah yang aku kira bias kepada karya berbahasa ibunda. Kambing apa gini...

"Buku-buku bahasa Melayu pun hebat-hebat. Banyak jugak karya penulis kita diangkat dan diterjemah untuk pembaca luar."

"Well. Terpulang. Nanti kalau ko dah mula melangkah ke alam PhD cam aku, mungkin ko tau camne aku berfikir, camne orang-orang cam aku berfikir."

mmmmmmm...

Aku mati hujah. Aku sengaja mematikan hujah dengan diam. Ini boleh jadi perdebatan yang sia-sia perihal bahasa kalau disulami dengan emosi.

Memang diakui, kedapatan antara kita yang lebih memandang tinggi karya yang bukan berbahasa sendiri. Berlebih-lebih dari menghayati karya tempatan. Lebih kenal Sidney Sheldon dari Allahyarham Azizi Abdullah...

Suatu senario yang boleh dikongsi. Pernah sewaktu aku menumpang di rumah seorang sahabat di Port Dickson, kira-kira tahun 2003 mungkin. Aku 'plucking' intro lagu Misteri Mimpi Syakilla. Kan syahdu je bunyinya. Sahabat aku yang ketika itu sedang dalam foundation untuk menyambung pengajian ke UK, tertarik mendengar lagu tersebut.

"Eh, sedap la lagu ni. Lagu sape ni? Ajar aku beb."

"Misteri Mimpi Syakilla la. Aih, ko ni tak pernah dengar radio ke? Lagu Wings kot, takkan tak pernah dengar..."

"Mmmmm.. takpela. Aku ingatkan Rainbow ke, Deep Purple ke, The Who punya Behind Blue Eye ke. Aku jarang dengar lagu Melayu. Band sini yang aku boleh masuk pun, Butterfinger je kot."

Mentaliti budak-budak sekolah Sains kot. Bajet gempak. Mentang-mentangla aku sekolah SMKA je.

Berbalik ke hal buku, dan apa-apa hal sekali pun. Terlalu menghargai hak orang luar, sampai lupa menilai hak sendiri yang lebih tinggi. Itulah orang kita....


Monday, January 23, 2012

MACAM MANA BOLEH TERJEBAK TENGOK CITE NI NTAH...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Entah macam mana, hari ni saraf-saraf otak aku jadi gagal nak berinteraksi dengan saraf-saraf tubuh yang lain.

Ini semua sebab terjebak tertengok cerita 'Bujang Terlajak'. Peh.. Punya la aku niat nak menyumbang sesuatu untuk industri filem tanah air. Hujungnya, cerita ni langsung tak menyumbang apa-apa pada aku. Setakat gelak dengar orang gelak.

Hadoi la nyer pun.....

Sunday, January 22, 2012

ORANG TUA - KITA NANTI NAK JADI YANG MACAM MANA?

Cuti persekolahan ni, aku menumpang rumah makcik di Nilai. Alang-alang sangat nak balik kampung. Ingat nak ronggeng-ronggeng kat area KL je.

Seronok sembang ngan makcik. Macam-macam hal. Macam-macam petua.

"Nanti hang dah ada anak bini, jangan lupa tempah tiket pi syurga awal-awal."

Huh?

"Nanti walaupun dah ada family, jangan teragak-agak nak bela mak abah hang sama. Kalau mak abah dah mula sakit-sakit, tak larat, ambik mai bawak tinggal sama."

InsyaAllah....

Rajin-rajinlah duduk bersembang ngan orang tua-tua. Kadang-kadang dalam sembang saja-saja, ada pesan yang nak dipanjangkan. Mereka dulu lagi melihat dan bergaul dengan ragam dunia. Memandang mereka, sebenarnya kita memandang diri kita sendiri, orang tua yang macam mana kita nak jadi nanti.

Aku nak jadi orang tua yang kental jati diri, dan tak lokek kongsi ilmu dengan anak-anak muda. Harapnya.

Bukan macam hat Kilauan Emas ni. Ngeri rupanya kalau orang tua hilang malu dan duk menyanyi.

BEBAS BERKATA JANGAN SAMPAI JADI BEBAS MEMAKSA

Kadang-kadang, pandangan kita disangkal. Takpe. Kadang-kadang, pandangan kita kelihatan dangkal. Takpe.

Sebab, kita takde hak nak memaksa orang bersetuju segalanya dengan kita. Memang ada kawan yang handal berhujah, petah bermadah, berpencak pena dan berkungfu di papan kekunci laptop. Tapi, semata-mata handal, tak semestinya benar.

Biar. Yang penting, kenal diri sendiri dahulu.

Tuesday, January 10, 2012

HARI BERMALAS-MALASAN?

Hari Rabu ni, hari bermalas-malasan ke? Atau hari kurangkan bercakap, lebihkan kerja?

Boleh jadi. Sebab tu ada Wordless Wednesday.

Ah. Cakap banyak takde. Dumbell tetap mau kasi angkat, basikal tetap mau kasi kayuh.

Cakap nak sixpack. Ni dah nak tengah bulan 1, pack line pun takde.



BERSUARA BUKAN RAJA...YANG MENDENGAR BUKAN HAMBA


Sangat kebetulan, terjumpa lagu ni.

Aku ingat lagi, waktu Manterra promo album 1st dorang kat THR.fm. Waktu tu dengan DJ rock yang agak femes, Isma Halil Hamzah. Disebabkan lagu ni la, aku terpaut dengan seluruh isi album tersebut. Liriknya, berkenaan akta 10-1A yang boleh dirujuk langsung dalam Perlembagaan.

Manterra keluar di waktu muzik Amuk sedang menggila. Alah, bukan orang lain yang main pun. Pusing-pusing, depa gak.

Quote "bersuara, bukan raja...yang mendengar, bukan hamba'' sangat bermakna bagi kita, rakyat marhein. Muzik kan antara medium terbaik untuk menyampaikan mesej, menjengah minda pendengar. Ada yang kritis, mesej mungkin sampai. Ada yang hanya memandang kosmetik muzik tersebut dari segi skil pemuzik, struktur lagu dan genre. Tak salah. Takde yang salah pada muzik dari segi teorinya.

Mari lihat. Apakah muzik boleh menjadi antara penyumbang kepada sejarah revolusi negara kita. Oh, jangan sebut revolusi. Apatah lagi reformasi. Itu taboo...

Mari lihat. Apakah muzik boleh menjadi antara penyumbang kepada sejarah 'penghijrahan' negara kita.....






Saturday, January 7, 2012

SEDIH APABILA KEHILANGAN, WALAUPUN HANYA SEEKOR KUCING

Keluarga kami bukanlah keluarga yang sangat cintakan haiwan. Jadi, nak bela-bela haiwan peliharaan ni, memang bukan keutamaan. Sehinggalah kehadiran seekor kucing betina menumpang makan di rumah kami.

Awalnya mak aku sekadar memberi sisa-sisa makan kepadanya. Hari demi hari, makin kerap kucing tersebut datang bertandang. Dari kasihan, jatuh sayang. Dari menumpang makan, akhirnya kucing tersebut menumpang berteduh di rumah kami. Sehinggalah ia melahirkan 3 ekor anak yang sangat-sangat-sangat comel. Kelahiran yang menambah keceriaan kepada keluarga kami.

Hari demi hari, kucing-kucing itu membesar. Seronok sangat melihat 'anak-anak' angkat mak aku, membesar elok di depan mata. Makin hari makin lincah. Nakal, memang resam kucing. Berak merata, tapi selalu sangat kena leter dengan mak, kucing-kucing ni pandai mencari tempat lain nak melepas hajat. Asalkan mak tak nampak.

Kucing-kucing ni sangat manja dengan kami sekeluarga. Tahu waktu bila nak dihidang makan. Tak pernah berkira dengan apa yang dihidang. Kalau tiba-tiba datang menggesel kaki, gigit-gigit jari kaki, kita boleh tahu, ia minta dibelai, dimanja. Dalam 3 ekor ni, seekor kurang upaya. Badan bergetar-getar, dah macam parkinson. Jadi, lebih perhatian diberi padanya.

Namun...

Panggilan adik malam semalam, memberitahu yang kucing Karan (kami tak bagi nama pada kucing-kucing ini, disebabkan badannya yang bergetar-getar macam kena renjatan, itulah gelarannya), telah pergi meninggalkan kami. Diserang sekumpulan anjing liar yang entah dari mana datangnya.

Aku menangis. Lebih-lebih lagi apabila diberitahu yang mak aku menangis, abah menangis, dan adik-adik yang lain menangis. Aku menangis mengenangkan betapa takutnya ia apabila diserang, dengan ketidakupayaannya melarikan diri. Memang kami tidak membela kucing-kucing itu dalam rumah, kerana lebih suka kucing-kucing itu tidak hilang sifat 'kucing'nya...

Aku tak tahu apa hukum menfidyahkan al-fatihah kepada haiwan peliharaan. Syukurlah, nenek moyangnya adalah haiwan kesukaan Rasulullah. Dan nama pun haiwan, tidak terbeban dengan dosa pahala dan amalan. Sekurang-kurangnya kami tahu, Allah lebih tahu apa yang direncanakan kepadanya, walaupun ia hanya seekor kucing.

Friday, January 6, 2012

TERLALU BEBAS DALAM SEGALA HAL JUGA BAHAYA

Aku melihat minggu ini sebagai minggu yang pelbagai rasa. Pahit, masam, manis, masin. Dan kalau kau pulak dunia memang mengadap internet je, lagi macam-macam kau dapat.

Perihal budak genius melingkup, perihal pendakwah yang difitnah, demonstrasi mahasiswa, ragam hari pertama persekolahan bermula, dan macam-macam lagi. Ingin aku sentuh, perihal pendakwah yang difitnah.

Kita melihat, sambutan Tahun Baru 2012 di Selangor sangat unik. Kehadiran Ustaz Ahar Idrus dengan beregukan Zizan Raja Lawak, berjaya menggamit kehadiran 80000 manusia, lebih kurangnya lah. Dengan penuh sangka baik, sekurang-kurangnya 80000 manusia sudah terselamat daripada maksiat malam Tahun Baru. Itu cerita lain.

Yang menjadi hal, apabila tiba-tiba tersebar fitnah merata tentang ustaz seorang ni. Ok, ramai yang dah baca. Persepsi. Dicuit sensasi.

Pernah di suatu waktu di kedai makan, aku terdengar dua orang di sebelah meja berperi tentang orang-orang tabligh. Seorang sinis mengatakan, jemaah tabligh ini tak lebih dari sesuatu yang sia-sia. Meninggalkan keluarga, pekerjaan, dan lain-lain tanggungan, semata-mata pergi berjalan-jalan kononnya menyampaikan dakwah.

Seorang lagi sangkal. Katanya, menilai penampilan jemaah dan menghukum mereka sebegitu adalah pemikiran dalam tempurung yang jumud. Dengan memisalkan, andai kata Muhammad s.a.w dahulu tidak berkhalwat mengasingkan diri ke Gua Hira', dengan meninggalkan Khadijah, adakah sampai pada kita Islam sekarang? Adakah sahabat-sahabat mulia di sisi Rasulullah s.a.w dahulu bersenang-lenang di rumah melayan anak bini, menjadikan Islam sampai kepada kita? Tidak, kawan. Bersangka baiklah. Jemaah tabligh hanya meneruskan kelangsungan perjalanan dakwah silam. Yang penting, kita yang menerima. Mahu atau tidak. Cebisan ilmu dari hasil curi dengar dan menghadap sup tulang.

Melihat perkembangan dunia dakwah yang menarik minat anak muda hari ini, hasil wujudnya teknologi, adalah sesuatu yang sepatunya didukung oleh semua pihak. Namun, biasalah, resam pejuang dan pendakwah. Mana ada jalan yang mudah.

Bahayanya terlalu bebas. Bebas berfikir, dan bebas berkata-kata. Fitnah mudah berleluasa. Terserah kita, mahu ikut yang mana. Sebab tu ada agama sebagai landasan. Meletakkan kita tepat pada treknya.

Thursday, January 5, 2012

PARENT ZAMAN SEKARANG

Parent zaman sekarang
Hantar anak ke sekolah bukan untuk dipandaikan
Tapi mintak tolong ada orang tengokkan
Sementara seharian mencari makan

Parent zaman sekarang
Anak mintak itu ini dibagi
Nak tegur anak sendiri pun tak berani
Takut anak lari rumah merajuk hati, bawa diri

Parent zaman sekarang
Kerja itu ini tak mencukupi
Kerja laki bini mahu tampung itu ini
Sudahnya anak diharap pada bibik

Parent zaman sekarang
Banyak mana A itu jadi ukuran
Siang malam di tusyen anak ditempatkan
Hilang manis zaman kanak-kanak yang meriangkan

Parent zaman sekarang
Anak sendiri ditatang dimanja bak berlian
Orang lain menegur mencubit itu larangan
Biar anakku bebal, orang lain mengusik aku haramkan!

Parent zaman sekarang
Anak depan mata bak malaikat
Tak tahu di luar anak bak lahanat
Merempit entah mana hala, sedang parent sibuk beribadat

Parent zaman sekarang
Jaga anakmu wahai tuan
Jika perlu ditangan, tangankan
Sedari usia pucuk rebung, sifat terpuji kau tanamkan
Jangan tunggu sekeras buluh baru mahu diingatkan
Itu jam, menyesal pun tak menyelesaikan
Menangis pun tak takkan mendamaikan

Parent zaman sekarang
Atau kau lagi suka menghamun
"Ah, lantaklah! Anak aku!!"
?



Sunday, January 1, 2012

"ALWAYS WITH ME, ALWAYS WITH YOU" DAN LEBIH KURANGNYA TENTANG AZAM TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru. Semoga 2012 menjanjikan lebih banyak kebaikan untuk kita semua. InsyaAllah.

Abaikan seketika piket kaum muda di UPSI.


Berpagi-pagian, setelah usai menunaikan solat subuh, sedikit senaman dan regangan. Letih kayuhan sihat di Batu Pahat masih bersisa. Sekadar peneman menghirup udara segar, aku bukak lagu instrumental feveret aku, dari antara gitaris feveret aku - Gitar Guru, Joe Satriani.

Bagi aku lagu ni sangat catchy, dan bunyinya tidaklah kedengaran terlalu kompleks untuk dihayati. Note-note yang dipilih juga ibarat butir perkataan yang menyampaikan maksud lagu. Romantik.

Malas nak cerita pasal azam tahun baru. Tapi lebih kurangnya, tahun ni aku nekad nak meng'sixpack'kan balik perut, join sebanyak mana event cycling yang ada, khatam dan fahamkan permainan silat yang sedang aku pelajari, jadi cikgu yang baik (lebih baik, harapnya), perbanyakkan ibadah selain menjaga sebaiknya ibu ibadah yakni solat, dan praktis lagu Always with me, always with you se'perfect' mungkin untuk dipersembahkan kepada si 'bakal' nanti. =).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...