Silat merupakan seni beladiri yang berakar dari rumpun nusantara. Untuk menggali sejarah satu-satu silat secara terperinci amatlah sukar, kerana terlalu banyak jenis dan cabang persilatan yang wujud di rumpun Melayu nusantara, hatta di seluruh dunia. Begitu juga, untuk menyatukan silat-silat supaya menjadi satu silat yang baku juga amat sukar, kerana kedapatan retak renggang antara satu silat dengan satu silat yang lain akibat dari perbezaan kefahaman, budaya, daerah, dialek, suku dan kaedah (dan lain-lain lagi). Maka, lahirlah silat olahraga yang dijadikan medium perlagaan antara pesilat-pesilat yang berbilang ini untuk tujuan sukan dan riadah dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Untuk tidak berbunyi terlalu ilmiah sangat, kita sembang biasa-biasa je la ye. Aku pun bukanlah orang yang selayaknya nak cerita benda ni. Sekadar buah fikiran dan buah khayalan. Tak dapat tak, silat olahraga didepani oleh dua kelompok pendukung silat ; pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju. Biasala tu. Manusia ni bukan semua benda dia nak setuju kan.
Pihak yang tak bersetuju dengan silat olahraga ni, suka cakap yang silat olahraga ni adalah pembunuh kepada seni silat itu sendiri. Ye la, di gelanggang atau kelas silat, pesilat diajar teknik-teknik pukulan, kuncian, bantingan dan macam-macam lagi untuk memudaratkan musuh bagi melindungi diri. Tapi dalam silat olahraga, konsep 'attack for point' tu tak kena ngan apa yang diajarkan. Ye la, sebab peraturan menghadkan tempat-tempat yang boleh diserang. Sedangkan dalam silibus, kuncian atau pukulan adalah untuk meng'gol'kan musuh.
Jadi, timbul la alasan-alasan macam "silat kami tak boleh main S.O (silat olahraga la tu), sebab pukulan kami membunuh!", "ape benda la main S.O ni. Takde seni langsung. Bergasak macam koboi tak tentu hala!'', "Setakat kau belajar S.O, kau tendang aku, aku kunci kau selamber ngan kuncian nombor 3, lepas wat elakan nombor 8'' dan lain-lain bunyi yang.....macam-macam la.
Well, bagi aku cukup mudah. Berbalik kepada tujuan asal silat olahraga ni diciptakan - sukan. Matlamat sukan adalah untuk menyatupadukan, selain menyihatkan. Silat kan terang-terang banyak sangat aliran. Aku mengkelaskan silat kepada aliran berjurus tari, kuncian, buah pukul, kebatinan dan sukan (S.O). Jadi, untuk menyatukan silat yang pelbagai ni, medan silat olahraga disediakan sebgai tempat yang sah dan sihat untuk berlaga. Takkan sampai ke sudah nak pi gelanggang orang,kasi pecah? Sebab tu Melayu tak pernah nak maju. Dalam politik pon duk bergasak, silat pon tak boleh nak sekepala.
Lagi, terus terang aku katakan, banyak gelanggang atau kelas silat yang menumpukan lebih kepada silibus dan kesenian, namun kurang dari segi kecergasan fizikal. Aku pernah menyertai kelas bagi satu silat yang agak establish gak, yang diajarkan lebih kepada menanti dan kuncian. Aku akui, ilmu yang diajarkan tu hebat. Aku tak nafikan kuncian dalam silat itu hebat. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah penuntut pon cergas, boleh bukak 'langkah seribu' kalau terdesak. Camtu la kalau mentaliti penuntut didoktrinkan yang silat kau lah yang paling handal, boleh tibai hat lain. Kot lima nam orang kerumun, ingat boleh nak 'sardinkan' dorang camtu je?
Dalam silat olahraga, latihan kecergasan adalah 'core and root' sepertimana sukan-sukan lain. Joging tu dah tentu wajib, di samping pengasahan teknik-teknik serangan, pertahanan, sapuan, jatuhan dan lain-lain. Juga aspek pemakanan dan nutrisi. Memang makan masa, dan memerluka komitmen yang tidak sedikit.
Silat olahraga juga tidak membakukan pergerakan pesilat sebenarnya, jika kita fasih dalam silat yang dianuti. Kalau main buah pukul, bergeraklah cara buah pukul. Kalau silat ada tari, gayakan tari sewaktu berpola langkah. Teknik dan silibus dalam silat yang dianuti juga, tak salah kalau diadaptasi dalam silat olahraga, selagi tak menyalahi peraturan. Kita kan nak bersukan, bukan nak bergaduh.
Kadang-kadang orang pon tak faham. Kononnya silat olahraga ni, tak berseni. Yang tak berseni tu, mungkin pesilat itu sendiri. Selagi kita berlangkah silat, kita tetap bersilat. kan yang sampai itu tangan dan kaki. Kenapa la nak berbunyi macam-macam....
Contoh atlet silat olahraga yang berjaya adalah bekas Juara Dunia dan Kebangsaan, aktor Ruzaidi Abd. Rahman. Cuba dengar-dengar cerita tentang latihan beliau, cabaran yang beliau hadapi, permainan lain yang beliau kuasai. Bukankah itu contoh pesilat yang sebenar? tegap bertapak, tangkas melangkah, hebat menyerang, dan panjang akal. Gelanggang silat olahraga adalah simulasi kepada pertempuran atau pergaduhan sebenar. Bandingkan pesilat olahraga yang melalui pertandingan yang banyak dan rutin latihan yang ketat dengan pesilat yang berbengkung warna macam-macam, banyak menghafal buah dan kuncian tanpa pengalaman 'contact' yang sebenar. Terpulang...
Masing-masing boleh untuk tidak bersetuju, sepertimana kita boleh seia sekata. Bagi aku, silat olahraga adalah sukan yang bagus dalam membentuk kecergasan dan disiplin pesilat, selain mengendurkan ego pesilat itu sendiri. Takde taksub-taksub pada perguruan, sebab kita bersatu dalam sukan. Silat itu kan ilmu. Ilmu itu sifatnya luas. Yang luas itu, terimalah dengan hati yang terbuka.....