Tuesday, August 7, 2012

BUSKER - ENTITI YANG JUJUR


Ahad lepas, aku dan buah hati berjalan di KL, tepatnya di Masjid Jamek. Meneman dia mencari-cari pakaian raya. Aku ni bukanlah seorang yang obses sangat dengan persiapan raya ni. Baju Melayu yang ada pun, aku tak tau dah berapa tahun punya. Lagi-lagi semenjak kebelakangan ni, badan aku dah boleh sarung baju-baju zaman belajar dulu. Lagilah aku tak fikir tentang nak berbaju baru.

Kesesakan yang melampau di ibu kota, menyebabkan aku tak boleh nak fikir banyak kali, melainkan ke KL Sentral untuk tumpang parking, lalu ambil LRT.

Seusai bershoping dan berjalan sakan, tiba masa untuk pulang. Tiba di KL Sentral, aku terdengar nyanyian bersuara jantan dari sorang brader yang macam aku biasa tengok (dalam internet). Ini brader Meor Pesta Jiwa ni!

Dengan dia ditemani gitar, di tengah hiruk-pikuk orang lalu-lalang dalam KL Sentral, waktu tu aku memandang brader ni dari jauh, mendendangkan "Yesterday" dari legenda muzik dunia, The Beatles. Terpana sekejap. Sound gitar beliau pun melekat.

Aku pun terus menuju ke arah beliau. Tanpa mahu menggangguny menghabiskan lagu, aku terus mencangkung membelek buku-buku dan cd lagu-lagu yang dipamerkan di softcase gitar. Biarkan dulu dia habiskan lagu. Mana boleh busker main lagu sekerat, marah audien nanti.

Habis lagu tu.

"Saya folo blog abang. Selalu jugak baca tulisan abang", lebih kuranglah aku cuba berbasa-basi.

"Hahaha", gelak brader Meor tak sampai 3 harkat. "Tu ada album yang baru," sambung dia lagi.

Tanpa mahu mengganggu perjalanan kerjanya menghiburkan orang lalu-lalang, aku terus capai cd bertulis 'Society - Jalan'. RM20. Akad jual beli, salam sekali, dan aku dan kawan pun berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan, aku pasang cd tu, dan sehingga sekarang, cd tu aku mainkan setiap kali dalam kereta nak ke mana-mana. Ini album yang jujur, lagu-lagu yang jujur, dan kita yang mendengar pun perlu ikut jujur.

Lagu tentang cinta, tentang alam, tentang hidup, tentang macam-macam. Memang, kalau kita dengar lagu-lagu arus perdana pun, ceritakan hal yang sama. Tapi bab kejujuran ni, bukan semua mampu luahkan. Memandangkan brader Meor ada cara sendiri untuk berkarya, dengan dia lebih dekat dengan masyarakat, menjadikan tulisan-tulisan dan lagu-lagunya lebih dekat dengan kita, atau setidak-tidaknya kita-kita yang ikut jujur menilai seni. Seni untuk hidup.

Busker adalah entiti yang jujur. Mereka juga unit yang membentuk masyarakat kita yang serba pelbagai. Kalau ikut tulisan Pendeta Zaaba dalam buku 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri', setiap kita ni sepatutnya bergantung atas upaya diri sendiri, tanpa mengharap ehsan orang lain secara berlebih-lebihan meminta-minta, atau bahasa kita sekarang, berdikari. Busker adalah entiti yang berdikari.

Dulu sewaktu aku masih belajar di Serdang, setiap kali pulang ke kampung, aku akan gunakan perkhidmatan bas di Puduraya. Di lorong ke LRT, ada seorang pakcik buta dengan gitar usangnya, mendendangkan lagu-lagu lama. Aku suka ke Pudu awal, sementara tunggu bas dalam sejam dua, melepak sorang-sorang berdekatan pakcik tu, mendengar nyanyian lagu-lagu lama. Skill pakcik tu, superb. Pernah dihebahkan dalam akhbar arus perdana pasal pakcik ni dulu. Sejak dah lama aku tak naik bas dari Pudu, tak tau pakcik ni ada situ lagi ke tak..

Kita jangan salah faham pada mereka. Hadir mereka untuk menghiburkan kita di jalanan. Mereka tak mengharap, tapi kita pun janganlah kemut sangat menghulur. Mereka mungkin tak cantik, tak hensem, tak establish macam artis-artis mainstream.

Tapi mereka jujur, dan kejujuran itu penting untuk seni.







5 comments:

  1. terbaik, gua pun ada Society-Jalan. album ni ada lagu-lagu yang berjiwa lembut. tambah pulak ada sorang awek cun yang nyanyi sama brader meor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sepanjang aku dengar album ni, aku terbayang macam tengah layan lagu-lagu neil young, dylan. malaysia tak tandus bakat seni, cuma lagu-lagu puisi camni tak diberi tempat kat arus perdana.rugi, kan? kita-kita je yang dengar, padahal lagu-lagu camni untuk semua

      Delete
  2. Replies
    1. albumnya memang best,doc..harap boleh tembus jauh ke atas,bagi orang lain layan gak

      Delete
  3. nanti nak kena beli jugak album Society nih!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...