Wednesday, November 7, 2012

SPPBS 2 - ANGGAPLAH KITA MAIN MINESWEEPER

Aduan pasal kelembapan sistem on SPPBS ni dah merata dah, dah terlalu banyak dah. Cikgu-cikgu keletihan, siang malam bawak ke pagi buta pun duk online nak key in band murid-murid. Pun tak jalan. Saya dari balik sekolah dalam pukul 7 tadi, solat maghrib, belum sempat mandi, dah menghadap SPPBS. Menghampakan, sampai sekarang boleh masuk 2 orang murid  je. 

Bila ada cikgu mengadu kat official fb Kementerian Pelajaran Malaysia, dia reply:

Kami menghargai sebarang pandangan dan maklum balas yang tuan/puan berikan. Sukacita sekiranya tuan/puan dapat mengemukakan maklumat lengkap secara rasmi dengan menghubungi khidmat pelanggan kami di talian 03 7723 7070 atau emel kepada kpkpm@moe.gov.my. Terima kasih.

Entahlah... Kalau gitu official page FB ni buat apa ada...

Saya cuba hiburkan hati, dengan menganggap mengisi band ke dalam SPPBS adalah bermain minesweeper. Ala, game zaman baru kenal-kenal komputer, selain solitare.

Klik, klik, klik, tiba meletup!

Yang ni dia punya meletup ada sadis sikit.

klik, klik, klik...

Sila masukkan Nama login dan Kata laluan untuk memasuki laman ini 

Rakan-rakan yang menghadap SPPBS je yang faham...

* Baca dengan santai ye, cikgu-cikgu. Bukan nak komplen, tapi mintak difahami....


7 comments:

  1. Kesian gak ek, baca kat Facebook pun ramai gak cikgu-cikgu yg mengeluh

    ReplyDelete
  2. cikgu2 bukan mengeluh dengan kerja...cuma mengeluh dengan sistem onlinenya..

    ReplyDelete
  3. system online tak upgrade ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tanya MOE bro..aku percaya dorang dah cuba nak upgrade..tu pun kalau cuba lah..

      Delete
    2. hehehe....jawaban mesti macam dalam FB...harap maklum...

      Delete
  4. exactly..setiap kali tekan simpan, automatic terus pegi ke page home semula..sgt lah lembap..cikgu2 d sekolah saya siap gigih stay malam kat sekolah tp line mcm tu la jugak..sigh~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tapi kalau buat sekarang, rasanya line ok kot.sebab cikgu-cikgu semua sibuk dah balik kampung.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...