Monday, April 28, 2014

LAYAR LAGU : CINTA (NITRUS)



Band ni antara yang menghuni 'soft spot' dalam hati saya. Bagi saya, mereka 'rock' dengan cara mereka sendiri. Tulisan lagu mereka tidak klise, malah berani saya katakan, mereka merupakan antara rujukan utama band-band pop berbahasa Melayu.

Dari segi penulisan lirik, susunan lagu, sound, melodi dan macam-macam lagi, mereka di kelas tersendiri. Cumanya, mereka agak underrated sikit, dan itu bukan masalah pada saya.

Lagu Cinta ni waktu saya di ambang suam-suam belia, menuju ke dewasa. Fasa 2004 - 2009 merupakan waktu kegilaan saya menatap lirik-lirik lagu, mengenepikan sedap tak sedap melodi sesebuah lagu. Kematangan muzikal barangkali. Lagu-lagu puisi menggamit perhatian, dari Bob Dylan bawa ke Meor Aziddin Yusof. Atas sebab itu agaknya, Peterpan antara yang bertakhta, dan Nitrus turut sama, walaupun mereka bukanlah khusus berlagu puisi. Namun, lirik dan lagu keduanya tidak saling alah antara satu sama lain. Ini pandangan peribadi sayalah.

Fasa ini juga saya memesrakan diri membaca tulisan-tulisan Azizi Abdullah (Sasterawan Negara yang dinafikan, hanya kerana arwah orang PAS), A. Samad Said, Keris Mas, Baha Zain, dan lain-lain. Dr. Anwar Ridhwan? Saya kurang masuk sangat, baca-baca lah jugak.

Dan bermalam-malam di gelap hari, berteman secawan kopi, melayan lagu Cinta dari Nitrus. Fuh, power sungguh!

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...