Friday, November 18, 2011

APA PERLUNYA HOBI?

Hobi itu sebenarnya keperluan untuk seseorang membiaskan diri daripada tugasan rutin yang kadang-kala meletihkan. Juga untuk mengenali sisi diri dari sudut pandang yang lain.

Ada yang berkayuh, berjogging, camping, main dam haji, baca buku, mengaji, mengkaji, kumpul emas banyak-banyak, main gitar tak tentu hala, upgrade kereta bagai nak gila dan macam-macam hal. Pendek kata, hobi itu minat. Dari minat itu boleh jadi mencerminkan pesona seseorang. Bayangkan seorang jaguh Tomoi yang keras dalam ring dan handal dengan sikuan dan lututan (lututan?) sebagai senjata, hobinya menganyam labuci dan menghias rumah. Pejadah sweet bunyinya, bukan? Dan seorang doktor gigi, hobinya memasak (penangan Master Chef).

Aku setuju kalau hobi dijadikan suatu medan escapism dari rutin harian yang berat. Otak kadang-kadang mahu diringankan dari beban tugas. Aku? Aku memilih bermain gitar, joging, berbasikal, bersilat, membaca, dan ada lagi rasanya, sebagai hobi. Tiada yang spesifik. Selagi kena dengan minat aku, itulah dia.

Terfikir juga aku. Ada juga kemungkinan seseorang bermasalah mental, stress dengan beban tugas, adalah disebabkan ketiadaan hobi atau minat. Jadi, tiada tempat untuk disalurkan penat.

Hobi join MLM? Itu pelik. Errrr... minat masing-masing kan. Ape de hal...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...