Friday, November 18, 2011

SUKAN - KORPORAT DAN SEMANGAT RAKYAT

Tadi berita ada keluar tentang kemenangan Malaysia vs Indonesia dalam acara bola sepak sempena Sukan SEA yang sedang berlangsung sekarang di Jakarta. Well, aku juga menonton perlawanan itu semalam di 'stadium rakyat' - kedai mamak.

Apa yang menarik perhatian aku dengan berita Buletin Utama tadi ialah, potongan berita tentang "Perdana Menteri sempat menonton perlawanan bola sepak". Tertayang di layar TV, wajah PM kita yang ceria di samping orang rumah beliau dan rakan-rakan konglomerat menonton perlawanan tersebut. Sungguh, sangat plastik reaksi mereka.

Berbeza dengan sambutan penonton perlawanan dari kalangan rakyat marhein. Lebih jujur ekspresi mereka. Jeritan, sorakan, makian dan hamunan silih berganti.

Jujurnya, apa-apa sukan sekalipun, bila di tangan warga orpotunis yang menunggu untung, jiwanya hilang. Sukan itu riadah rakyat. Tapi, entah apa yang membejat peningkatan mutu sukan kita. Mujur, 1 Murid 1 Sukan bolehlah dijadikan katalis untuk menyemarakkan tunas sukan negara. Tapi, ada tapinya. Cikgu-cikgu yang paham.....

Sukan itu riadah jasmani. Menakutkan, Malaysia tertinggi tahap obesiti dan diabetis di Asia Tenggara, dan Asia mungkin. Tak mustahil, dunia, sebab kita serba mahu bersorak 'Malaysia Boleh' dalam semua hal. Jangan 'Melayu Boleh' dah la... Lain jadinya...

Majulah sukan untuk negara. Rakyatkan sukan untuk jadikan rakyat bersukan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...