Raya Haji sudah, aku sudahkan masa cuti raya aku dengan berbas dari Pasir Gudang ke Alor Setar, menumpang kawan hingga ke Kuala Perlis dan berferi ke Pulau Lagenda - mana lagi kalau bukan Langkawi. Haah, langkawi yang kita boleh tengok burung helang besar kat tepi jeti tu. Mana ada tempat lain lagi dah.
Ini semata-mata memenuhi jemputan (bakal) mak mentua aku dan adik-adik 'kawan' aku nih. Sikit punya seram sejuk dari awal minggu lepas. Aku tak lah risaukan sangat nak mengadap 'mak' dan adik-adik. Tapi yang paling mengerikan ialah, mengadap merafak pada (bakal) ayah mentua aku ni.
Sedikit sebanyak dari cerita-cerita pra-pertemuan yang dikumpulkan, mendatangkan 'nervous' yang bukan kepalang. "Ayah garang tau.", "Ayah tak suka kalau ceq kawan ngan laki nih" dan "Ayah kadang-kadang dia gelak, tapi belum tentu dia suka" sikit sebanyak mewarnakan muka aku kepada warna 'pucat'.
Alhamdulillah, sebaik menjejak kaki ke Langkawi, aku disambut elok oleh keluarga 'kawan' aku. Mak memang sangat talkative, tak larat aku nak layan gelak. Adik-adik pun bukan main lagi buas, bergurau macam bertomoi je lagaknya. Hidup serba sederhana di kampung. Aku, sebagai orang dagang, tolongla jugak buat sikit-sikit kerja rumah. Buat ampai baju, potong kayu api, tolong potong bawang cili, tolong itu ini. Family ni baru pindah rumah baru. Jadi memang banyak yang nak kena tolong gak la.
Well, ayah-ayah memang gini agaknya bila dia tau yang datang tu nak mengendeng anak dia. Memang serius. Kena pandai bukak topik sikit-sikit, baru ada point nak sembang. Dalam hati, jenuh aku baca apa-apa surah dan doa yang diharap bolehla lembut hati orang tua ni. InsyaAllah..
Aku cuma harapkan yang terbaik. Aku pun dah cuba yang terbaik, iaitu dengan jadi diri aku sendiri, tanpa berwayang-wayang warak depan bakal family aku. Tapi memang serius. Ngadap bakal pak mentua lebih memecah adrenalin dari masuk ring nak bergasak. Lebih ngeri dari duk sebelah penguji JPJ masa test lesen.
Aku doakan yang terbaik untuk aku dan 'kawan' aku tu. Moga ada feedback positif dari ayah dia... Amin...
ok la tu... saya punya pengalaman dulu boleh kata separa nightmare jugak. Nasib baik jadi bini dah sekarang hahah
ReplyDeletehaha...memang ngeri lagi mengerikan,doc..first time kot melalui situasi ni..masih menunggu feedback,'interview' hari tu lepas ke tak.haha..
ReplyDelete