Thursday, June 28, 2012

ADA HASILNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT ( 4 ) - KITA MEMANG SUKA BAGI ALASAN, KAN?


"Susah la nak quit rokok ni. Aku dah tak boleh patah balik dah."

"Ko boleh la, ko bujang lagi. Takde anak bini. Aku takde masa la, nak skipping, joging. Nak kerja lagi, jaga anak bini lagi."

"Aku dah try dah main gym. Tapi part jaga makan ni, susah sikit la. Banyak sangat dugaan."

Bab nak sihat ni, macam-macam alasan orang boleh bagi kan? Cuba kalau orang nak bagi duit, ada tak yang bagi alasan nak menolak.

Lainlah kalau memang duit lagi penting dari kesihatan. Itu jam bila sakit, duit beriban pun takde erti dah.

Awal minggu ni, aku ke Tesco. Beli barang lebih kurang. Ada mesin penimbang. Keluar 20 sen dari poket, baki beli ubat gigi.

63.8 kg!

Alhamdulillah. Ada hasilnya, sedikit demi sedikit yang aku usahakan.

Dari part jaga makan, bersenam, dah macam-macam program aku buat research dari pembacaan majalah-majalah kesihatan macam Men's Health dan Men's Fitness dan website kesihatan macam Kevin Zahri. Hasilnya, aku dah adapt dengan cara aku sendiri.

Kena rajin membaca jugakla. Dan rajin jugak cuba apa-apa kaedah senaman yang disarankan. kadang-kadang ada exercise yang nampak fancy sangat, tak terikut nak buat.

Seronok sebenarnya bila kita cuba keep fit. Sebab hasilnya nampak directly, berkadar langsung dengan masa. Apa yang kita makan sorang-sorang, hasilnya nampak di mata awam. Mana boleh sorok.

Keep Fit!

Saturday, June 23, 2012

BANGSA TAMU?

"Mereka bukan dari sini. Mereka bukan bumiputra. Anggaplah mereka tetamu yang wajib kita raikan. "

Tetamu?

Sejak bila tanah ini hak kita?

Bukan hak Allah ke?

Prasangka keterlaluan, sehingga menutup hati dari menerima perbezaan. Dari mereka juga ada saudara seagama kita. Dalam agama kita semua bersaudara, tetapi mengapa dalam berbangsa-bangsa mereka tetamu, orang asing?

Mana lebih patut didahulukan? Agama atau bangsa?

Mana yang jadi keutamaan?

Soalan di kubur awal-awal sudah dibocorkan. Awal-awal kita tahu interviewer yang berdua itu takkan bertanya tentang engkau bangsa apa, kasta mana. Awal tanya adalah siapa Tuhanmu dan seterusnya....

Bukak mata luas-luas. Bukak akal, jangan biar dangkal.

Pasak iman...

Saturday, June 16, 2012

KASIH IBU MEMBAWA KE SHURGA


Ibu...

Mak...

Bonda...

Mother...

Mama...

Ummi...

Kami mahu bahumu buat kami bersandar...
Kami mahu tanganmu untuk kami berpaut..
Kami mahu tapak kakimu...
Kerana di situ letak shurga kami...

Bukan sengaja kami nakal...
Cuma rindukan bebelan bertihmu...
Bukan sengaja kami bebal...
Cuma dambakan didikanmu...

Ibu...

Mak...

Bonda...

Mother...

Mama...

Ummi...

Seluruh dunia, ku mahu kau tahu...
Aku cinta kamu semua...






Friday, June 15, 2012

BAND PALING COOL - BAGI AKU

Banyak band kat dunia ni.

Tapi ada beberapa band yang bagi aku sangat cool, dan aku suka godek-godek bila mengadap laptop.

Aku listkan tanpa nombor, sebab setiap band berdiri dengan kekuatan tersendiri.



Red Hot Chili Peppers (simplest sound, but kick a** skill)



Rage Against The Machine (band yang paling ditunggu to reform back)
Metallica (perlukah dicerita?)


L' Arc En Ciel (band yang banyak 'warna' dalam muzik. macam-macam dorang dah eksperimentasi)

Cromok (hail to the king! al-fatihah buat arwah din...)

Wings (serius tergelak masa tengok kaset pakcik aku dulu)


Megadeth (teringin nak tengok Marty Friedman join balik...sigh)

Persamaan setiap band pilihan aku adalah - semuanya 4-piece band. Aku suka tengok setiap unit beraksi dengan instrument asas masing-masing, menampakkan lagi skill dan kepakaran setiap unit mengendalikan instrument dan saling melengkapi antara satu sama lain.





Thursday, June 14, 2012

SABAR...AKAN TIBA JUGA WAKTUNYA...


Sekarang ni, aku ralit menonton video-video temu bual dengan guru-guru lama silat seni gayong ADMAR yang dikendalikan oleh pihak GayongTV. Satu pencapaian yang layak menerima pujian, kerana memperkenalkan dan memberi peluang kepada khalayak dan pengamal baru seni silat gayong kepada guru-guru tua yang bergolok gadai dalam jatuh bangun seni silat ini.

Antara intipati yang aku pelajari dari teguran guru-guru tua ini ialah, murid-murid kini terlalu mengejar kehebatan dan status pencapaian tanpa mementingkan kefahaman dan penguasaan yang asas.

Metafora mudah - boleh ke nak buat karangan 120 patah perkataan (standard UPSR) kalau ABC pun tak kenal?

Kita rakus mengejar kenaikan bengkung, sandang bagai-bagai walhal bab bertapak pun bertatih-tatih lagi. Asas elakan pun masih ke laut. Gulungan 10 pun sekadar dihafal. Apatah lagi kuncian, tau nama-namanya yang literal, tapi kefahaman, yilek.

Nak cepat khatam Qulhu 70000. Nak main seni yoi. Nak hebat dengan seni belian. Bab nak hebat memang dikejarkan sangat.

Terus terang, aku dah lupa banyak pun pelajaran gayong, setakat yang sempat aku pelajari. Salah aku juga, berpencak dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Untungnya, apabila minat yang mendalam dalam seni beladiri, kita jadi terbuka untuk mempelajari dan menyerap pakai ilmu lain.

Barulah semalam aku faham, betapa pentingnya penguasaan tapak apabila bertapak dalam bersilat. Bertapak, tajuk mudah sebenarnya, alih kaki ke sini ke sana. Tapi, apabila bab mengalih kaki ni kita fahami sungguh-sungguh, subhanallah, asas gerakan, elakan dan gulungan 10 sudah cukup untuk dibuat bekal. Tapak tak betul, camne nak sampai buah? Dan aku temui kepentingan penguasaan tapak dalam bergayong ni daripada permainan buah pukul aliran selatan tanah air.

Sungguh-sungguh sayang kalau kita mengenepikan yang asas, kerana terlalu mengejarkan bengkung, pelajaran peringkat atasan dan status. Dan lebih-lebih lagi rugi kalau kita mengetahui ('mengetahui' lain erti dari 'menguasai') ilmu peringkat tertinggi, tetapi mengabaikan kefahaman pelajaran asas.

Tu sebab guru-guru tua dulu hebat lagi handal. Tumbuk pintal tali tu saja berapa lama berlatih, hari-hari. Satu tu je, dilatih berulang-ulang kali, untuk jangka masa yang lama. Kita? 3 minggu latihan (seminggu sekali bergelanggang, 2 jam setiap kali) kalau buat benda sama, dah bosan. Demand minta pelajaran baru. Mentang-mentang bayar yuran (kalau bayar).

Pentingnya bersabar. Bila bersabar, kita teliti. Rajin mengkaji, kenapa tumbuk begitu, apa lapis buah ini, kenapa main pentas begitu, dan lain-lain. Belajar dan bersabar. Lambat-laun, ilmu yang dimahukan akan jadi milik kita - selagi kita mempelajarinya dengan penuh kefahaman.

Kefahaman.... Haah. Ramai dah lupa word ni....


Wednesday, June 13, 2012

BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM (buku)

Baru usai cuti sekolah 2 minggu.

Pulang dari kampung, aku singgah rumah adik aku yang bekerja di Cheras. Kebetulan, di rumah adik aku ada buku ni. Tajuk yang membuatkan mata terpaku, dan hati mahu tahu, apa isi dalam yang terbuku...

Aku pinjam untuk memuaskan nafsu membaca yang menggebu.

Habis baca, apa yang boleh aku katakan, keterbukaan itu penting. Selama ini, di tanah air kita sendiri, kita dimomokkan bahawa agama Islam adalah hak mutlak orang Melayu. Sehinggakan memperjuangkan survival bangsa Melayu disangka perjuangan membela agama Islam. Benarkah begitu?

Ada bezanya antara 'cintakan budaya bangsa' dengan 'memperjuangkan bangsa'. Dan lahirnya Rasulullah s.a.w bukanlah untuk memperjuangkan kemuliaan bangsa arab....

Mengakulah, yang kita selalu bersikap prejudis dengan saudara cina kita, dan india di tanah air kita. Tapi kalau yang pan-pan asia, kacuk sana-sini bukan main kita kagumkan.

Garapan Haji Ann Wan Seng mudah difahami dan dihadam. Beliau berbangsa Cina, dan memilih untuk menganut Islam sebagai pegangan hidup dunia akhirat tidak memerlukan beliau dan saudara-saudara muallaf kita yang lain menukar nama dan budaya bangsa mereka, selagi itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Kita kenal bahawa bangsa Cina bangsa yang hebat dalam perniagaan dan bersikap terbuka dan mudah menerima perubahan, juga mudah mengadaptasi dengan persekitaran. Namun kita di Malaysia kadang-kadang dimomokkan oleh ahli-ahli politik ultra Melayu kononnya agama Islam akan terbenam sekiranya Melayu tenggelam. Hadith mana lu pegang? Mai tunjuk sikit.

Rugi kan... Kita menutup ruang dakwah untuk diterima bangsa lain, semata-mata kononnya Islam di Malaysia milik mutlak orang Melayu. Masuk Islam sama dengan masuk Melayu. Choi....

Kita laungkan, kita pelajari di sekolah dan surau-madrasah bahawa Islam agama sejagat. Tapi implementasi, haram takde, lagi-lagi oleh pak-pak menteri puaka.

Allah ciptakan kita berbeza-beza dan berbangsa-bangsa untuk kita saling mengasihi dan melengkapi, dalam usrah besar bernama ummah.....

Terbukalah, kerana ruang dakwah dewannya luas. Jangan disempitkan pintunya, buka cukup-cukup muat sorang je masuk.... Rugi...

Monday, June 4, 2012

KONSERT KENANGAN SUDIRMAN


Entah...

Sebagai peminat muzik, aku mengkagumi dendangan legenda negara kita seperti Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman.

Lagu yang terus malar segar, dan hampir mustahil bagi pemegang kad pengenalan sah Malaysia (bangla, indon, nepal boleh turut serta) tidak mengenali kedua-dua tokoh seni ini.

Tapi....

Konsert Kenangan Sudirman....

Aku tak rasa itu yang Allahyarham perlukan atau mahukan 'di sana'....

Al-Fatihah...

Sunday, June 3, 2012

NAMA 'ROCK', TAPI CERITA PASAL APA NTAH

Hehe...

Orang macam-macam jenis orang ada kat dunia ni. Ada yang suka tengok kita bahagia. Ada yang tumpang bangga dengan kejayaan kita. Ada yang sanggup bersusah-payah untuk menaikkan kita, tanpa mengharap balasan. Itu contoh-contoh sikap yang ada pada guru-guru kita.

Tak kurang, ada yang suka menjatuhkan kita. Gelak guling-guling tengok kita bermasalah.

Ada jugak jenis yang tak boleh tengok kita lain sikit dari dia. Bila dah rasa diri betul, kalau orang lain tu 'lain' dari dia, jatuh hukum salah.

"Lu tulis blog lu 'rock my soul'. Ini apa gua baca lu cite pasal silat, pasal kesihatan bagai? Poyo."

"Lu bukan rock punya kaki la. Lu poser. Jangan mengaku rockers woi."

Heran aku...

Sejak bila pulak ko bagi aku makan....

Ko bayarkan brokben aku ke?

Terima kasih atas ingatan. Lepas ni, lagi banyak aku nak cite pasal agama, pasal politik, pasal porno, pasal jalan-jalan cari makan, pasal gosip artis dah kawin tapi bercerai-berai, pasal pukul orang sana sini sebab bajet gengster, pasal berhimpun itu haram tapi k-pop tayang pangkal peha itu halalan toyiban, pasal PM takde telur nak berdebat, pasal nak buat blog tutorial, pasal hijabista yang memunahranahkan tuntutan menutup aurat, dan macam-macam pasal lagi.

Kau nak rock ye...

Kuacung jari ke mukamu! Jari mana, tak tau....

Teringat pulak jamming lagu 'Surti dan Tejo' zaman ngaji dulu. Part last tu memang superb bila jerit ramai-ramai....Ba dam, tusss~

Saturday, June 2, 2012

ADA HASILNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT ( 3 ) - JANGAN SALAHKAN PERKAHWINAN

Dua orang sepupu aku, kedua-duanya dah berkeluarga, dan menghadapi masalah yang sama - obes. Kedua-duanya berbual tentang benda yang sama, nak kurus dengan Herbalife.

Sorang dulu memang fit. Atlet sekolah, main bola sepak. Sekarang ni, aku tak tau dia boleh lagi ke main bola padang penuh. Sorang lagi, laki sepupu pompuan aku, kira sepupu ipar la. Memang besar sejak dari aku kenal dia. Sekarang ada sikit susut, tapi aku tak tau celah mana.

Aku, alhamdulillah, sebelum sempat nak obes, aku dah beringat. Terima kasih kepada kutukan membina dan membinasa keyakinan diri dari hosmet.

Aku kongsikan sikit tips, sebab tak nak la sepupu-sepupu aku ni kering duit poket mengharap pada supplement yang menjanjikan bulan dan bintang, tapi indahnya tiada.

Aku ceritakan tentang diet Atkins, yang tak lah sepenuhnya aku amalkan. Tapi sebagai permulaan, proses induksi dalam diet atkins aku folo rapat, sebab nak membiasakan diri dengan amalan penjagaan makan. Seksa oi, tak makan nasik. Tapi taklah seksa sangat, sebab stil boleh makan sumber protein. Kira ada jugak mengunyah, apa de hal. Dan sekarang, aku tak bergantung sangat pada diet ni sebab dah dapat berat yang aku nak. Makan jugak nasik, lagi-lagi musim kenduri ni. Cuma terkawal. Tumpuan sekarang lebih kepada pembinaan otot. Lagi banyak otot, lagi tinggi metabolisme.

Kemudian, aku kongsikan sedikit tentang weight training yang banyak membantu dalam proses nak reduce weight. Dulu aku hanya bergantung pada joging semata-mata nak berpeluh. Sekarang, joging dah kurang. Buat kardio ala kadar dengan skipping dan lompat bintang (sekarang dah 200 sekali hadap, 3 kali sehari), terus angkat dumbell. Buat swing, squat, around the waist, curl dan macam-macam ah. Google je 'Dumbbell Exercise' kalau nak idea lebih kurang. Bosan je, aku keluar berkayuh.

Supplement? Aku tak berkenaan sangat. Apa jadah whey2 sume tu, aku tak ambik. Kalau pun aku ambik, mungkin aku nak ambik multivitamin je kot.

Bumbang-bumbang aku cerita pasal kecergasan, kesihatan, pemakanan. Dah gaya macam Kevin Zahri gayanya. Aiceh. Tapi respon lepas tu yang tak berapa best tu....

"Alaaaa.. Hang bolehla. Bujang lagi. Banyak masa nak buat semua tu. Kami ni dah kawin. Mana nak kerja lagi, nak jaga anak bini lagi."

Pejadah. Perkahwinan pulak yang dipersalahkan. Apa kalau dah kawin, kau hilang kelayakan nak hidup sihat bergaya ke?

Sepatutnya, dah kahwin la ada masa untuk semua tu. Tak payah nak pikir usha orang sana sini. Tak payah nak risau orang pandang kau hensem ke tak, segak ke tak. Yang penting, pikirkan nak sihat, sebab nak jaga anak bini. Kalau sihat dan segak, lagi bagus. Kan dah jadi contoh yang molek untuk anak bini.

Ini, dah la obes, hisap rokok pulak. Pastu salahkan perkahwinan sebab obes, konon bini dah masak, takkan tak nak makan. Makan je la, tapi exercise janganlah tinggal.

Obesiti mendedahkan kita pada penyakit yang macam-macam. Itu bukan mitos, memang dah terbukti dari segi klinikal. Bila dah badan tak sihat, macam mana nak fokus pada kerja, nak jaga anak bini lagi. Nak harapkan supplement boleh kurus, entahlah. Kau beli benda ratus-ratus. Lepas tu kau ikut nasihat supplier benda tu. Makan benda ni 3 kali sehari. Jangan makan nasik, benda lain banyak-banyak. Kawal makan. Lepas tu jangan lupa exercise.

Cuba kau buang ayat ''makan benda ni 3 kali sehari'', dan stick pada ''jangan makan nasik, benda lain banyak-banyak. kawal makan. lepas tu jangan lupa exercise". Tak ke sama je?

"Alaaaa.. Hang bolehla. Bujang lagi. Banyak masa nak buat semua tu. Kami ni dah kawin. Mana nak kerja lagi, nak jaga anak bini lagi."

Haih......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...