Wednesday, April 30, 2014

KEBEBASAN WAK LU!

Agak ironi juga sebenarnya, apabila melihat orang yang memperjuangkan kebebasan berfikir dan progresif dalam beragama, berhujah seolah-olah memaksa kita ikut 'bebas' bersama mereka.

'Kebebasan' wak lu!

Juga melihat betapa tahinya apabila mujahidin ditentang, musuh Islam ditatang. Sudah sunnah orang berjuang, barangkali.

Apa-apa hal,

Selamat menyambut Rejab, para sobat sekalian. Tak lama dah, Rejab, Syaaban bawa ke Ramadhan. Harap kita semua sempat bertemu Ramadhan buat sekian kalinya.

Dan selamat menyambut Hari Buruh. Ya, 'Buruh'. Sejarahnya pun berkenaan brotherhood kaum buruh yang menentang kapitalis hamjad. Hari Pekerja mainstream sangat bunyinya. Tak deep. Hari Penjawat Awam dengan tema Penjawat Awam Tiang Seri Negara, lagi tak masuk.

Monday, April 28, 2014

LAYAR LAGU : CINTA (NITRUS)



Band ni antara yang menghuni 'soft spot' dalam hati saya. Bagi saya, mereka 'rock' dengan cara mereka sendiri. Tulisan lagu mereka tidak klise, malah berani saya katakan, mereka merupakan antara rujukan utama band-band pop berbahasa Melayu.

Dari segi penulisan lirik, susunan lagu, sound, melodi dan macam-macam lagi, mereka di kelas tersendiri. Cumanya, mereka agak underrated sikit, dan itu bukan masalah pada saya.

Lagu Cinta ni waktu saya di ambang suam-suam belia, menuju ke dewasa. Fasa 2004 - 2009 merupakan waktu kegilaan saya menatap lirik-lirik lagu, mengenepikan sedap tak sedap melodi sesebuah lagu. Kematangan muzikal barangkali. Lagu-lagu puisi menggamit perhatian, dari Bob Dylan bawa ke Meor Aziddin Yusof. Atas sebab itu agaknya, Peterpan antara yang bertakhta, dan Nitrus turut sama, walaupun mereka bukanlah khusus berlagu puisi. Namun, lirik dan lagu keduanya tidak saling alah antara satu sama lain. Ini pandangan peribadi sayalah.

Fasa ini juga saya memesrakan diri membaca tulisan-tulisan Azizi Abdullah (Sasterawan Negara yang dinafikan, hanya kerana arwah orang PAS), A. Samad Said, Keris Mas, Baha Zain, dan lain-lain. Dr. Anwar Ridhwan? Saya kurang masuk sangat, baca-baca lah jugak.

Dan bermalam-malam di gelap hari, berteman secawan kopi, melayan lagu Cinta dari Nitrus. Fuh, power sungguh!

  

Thursday, April 24, 2014

KREATOR DAN MENTALITI MASYARAKAT KITA : SUATU PANDANGAN

Konsert Kreator kensel! Woi, Kreator kensel! Kambing betul la!

Mesej dari sepupu saya. Ada jugak carutan, tapi tak la saya sertakan. Chegu ni, blog wajib la bebas carut, walaupun saya teringin jugak sebenarnya mengacung jari ke pihak setahi itu.

Entahla. Mungkin kita terpaksa menerima hakikat kematian scene muzik negara kita, atas campur tangan merapik orang-orang yang tak mahu pun mengkaji terlebih dahulu.

Konsert dibatalkan atas sebab 'Black Metal'. Hamjad, metal jugak dituduhnya.

Waktu konsert laknat Future Music yang budak-budak mati kena dadah hari tu pun, ada yang tak sayang mulut kaitkan metal dengan kejadian tersebut. Walhal, haram saya tak nampak 1 pun nama band metal pada flyer konsert tu. Kalau Dead Maul tu lah, apa ke gilenya. Yang saya kenal setakat dalam flyer tu, Sheila Majid dan Yuna. Mujur astro awani ada cover tentang straight edge yang anti segala permasalahn sosial tu.

Tak tau pulak saya kalau masa Metallica hari tu, ada yang mati sebab pit. Yang ramainya, ikut solat jemaah ramai-ramai kat masjid terdekat sebelum ke konsert.

Orang metal ada etika.

Kita pun berakal. Muzik itu muzik, keras mana pun, kita raikan sekadarnya semata-mata minat. Hidup tetap kita tau panduan sebenar-benar yang patut kita ikut.

Saya cuma menyatakan kesian saya pada sepupu saya, dengan ucapan,

"Meh sini bagi aku tiket ko tu. Aku nak frame"

Monday, April 21, 2014

LOGIK VS IMAN

Baru-baru ni saya berborak la dengan sorang kawan. Kawan saya ni, agak progresif jugak dalam berfikir, dan dia jugak orang yang berpelajaran, sedang meniti bait-bait Ph.D.

Agak menarik jugak perborakan kami, di mana dia berjaya melanjutkan perbualan ke bab agama. Cuma yang tak saya selesa, dia memulakan perborakan dengan persoalan, kenapa orang Islam solat tunggang tonggek mengomel cakap arab macam-macam?

Banyak lagi la. Awalnya saya ingatkan ini mukadimah kepada sebuah perbincangan usuludin. Namun bila berlama-lama mendengar, rasa lain pulak.

Terus terang saya mengaku, saya bab agama ni jatuh di daerah jahil. Masih merangkak. Lagi-lagi bila mendengarkan dia mengomel tentang kita-kita yang taqlid buta ni, beragama mengikut sahaja apa yang telah diturunkan tok nek turun temurun.  Belum lagi dengar nama-nama buku dan tokoh yang mustahil saya ingati dan pernah dengari.

Namun saya berbaik sangka, kerana rendahnya ilmu saya. Mungkin persoalan yang bermain di fikirannya di landaskan oleh logik. Dia mencari logik dalam beragama.

Saya kemudian melanjutkan satu pertanyaan, yang kemudian menjadikan dia diam dalam sela masa yang agak lama.

"Ko biasa baca tak, orang selalu share kat fesbuk. Bab kelebihan surah al-kahfi yang Nabi pesankan untuk elak fitnah dajjal laknatullah. Ko percaya tak apa Nabi cakap? Setakat baca ayat-ayat arab, dajjal lari. Ko percaya tak?"

Diam.,,

Saya cakap jugak pada dia. Logik hebat mana pun bunyinya, alah pada iman. Iman tu kalau mengikut saja pun, kita ikut Nabi, bukan ikut sebarang orang.

Sunday, April 20, 2014

LAYAR LAGU : CREEP (RADIOHEAD)



Ini lagu tema zaman saya student lagi. Masa saya sekolah, masa saya U, bawak ke zaman awal bekerja. Hidup saya ibaratnya berlatarkan lukisan-lukisan Yoshito Usui dalam Crayon Shin Chan dan lagu Creep ini adalah theme song saya.

Imej Thorm Yorke dalam video klip rasmi lagu tersebut turut mencorak imej saya, dan saya kira ramai anak muda juga terpengaruh gaya begitu, dan terlihat gaya begitu masih relevan hingga ini. Cuma saya lekeh lagi la. Baju semua bundle je. Nak bersegak-segak pun, mana ada makwe.

Tapi akhirnya, saya diselamatkan oleh seorang jelitawan dari Kedah pada 11/2013 lepas. Keh keh keh. Nak nyanyi lagu ni depan bini pun segan dah. Tapi bini saya terpaksa menerima juga latar hidup saya yang dipenuhi kartun-kartun Shin Chan. Dalam pada terkurung dalam jasad seorang cikgu ni, rupanya saya masih tercari-cari jalan menuju kematangan.

Apa pun, saya tetap syukuri hidup ini sangat-sangat. Allah terlalu kasihkan saya rupanya, dan kamu-kamu semua. Dan terima kasih jugak pada Radiohead, kerana sudi menyumbang soundtrack untuk kisah hidup saya fasa yang dulu.


Wednesday, April 16, 2014

TAKZIAH KEPADA KELUARGA 'TIGER OF JELUTONG'


Apa-apahal, mendiang masih lagi seorang manusia, walaupun berlainan agama.

Kita biasa baca dan dengar kisah Rasulullah s.a.w yang menunjukkan besarnya jiwa Baginda yang berdiri apabila dilintasi rombongan yang mengusung jenazah seorang Yahudi, bagi menghormati jiwa seorang insan.

Kita pun, janganlah dicerca-cerca jasadnya. Kita pun tak tahu lagi kesudahan kita nanti bagaimana jalannya.

Beliau juga masih salah seorang negarawan yang sama-sama mencorak isah politik di negara kita, walau di sebelah mana pun pendirian politik beliau.

Takziah untuk keluarga "Tiger of Jelutong".

Sunday, April 13, 2014

BERSAWANG!

Tada!

Alhamdulillah, selesai tugas membersihkan sawang-sawang yang memenuhi ruang catatan saya ni.

Gila punya lama tak update. Mula cadang nak cukupkan kan setahun. Tapi jari dah gatal, dah naik bernanah tak menaip lama. Keh keh keh.

Apa-apa hal, dalam tempoh hiatus saya ni, banyak benda dah berlaku. Perubahan fasa hidup, peningkatan usia, penghijrahan tempat bertugas dan lain-lain.

Untuk yang cuba-cuba mengorat saya (takde pun), saya maklumkan di sini, saya dah kahwin. Dah berbini oi.

Alhamdulillah. Camni ghopenye kawen, punya syok gini, awatla teman dok awen awei-awei.

Jodoh. Mana kita tau dah waktu jodoh kita kan. Sama jugak mati, kita tak tau bila.

Yang penting, hidup yang ada ni kita gunakan sebaik mungkin.

InsyaAllah, saya nak cuba rajinkan diri menulis. Banyak sangat periwayatan kebelakangan ni. Macam-macam hal jadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...