Saturday, October 29, 2011

SEKADAR TERFIKIR......

Banyak orang mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh

Saya tidak bersetuju.

Apa gunanya ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat?

Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik.

Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad S.A.W ialah...

Menyempurnakan akhlak yang baik.



Ayat di atas dipetik dari ucapan seorang guru yang terkemuka di tanah air kita. Bait-bait ayat diucap membuatkan aku terfikir juga. Di saat ramai rakan-rakan duk pulun berhabis untuk jual-beli emas, join MLM dan MLMS (MLM Syariah??.haih...) dan macam-macam lagi bentuk perniagaan dengan harapan untuk 'mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam'....

Apa yang kita dah habiskan, dah susahpayahkan untuk mengembalikan 'kegemilangan akhlak terpuji umat Islam'? Dengan klip 3gp? Dengan KL Gangster? Dengan Hantu Mak Limah Balik Rumah? Dengan Vokal...Bukan Sekadar Rupa?

Sekadar terfikir... Jangan ambik pot,ok?



Tuesday, October 25, 2011

BUKAN SELALU....

Gambar soalan darjah 2 - Complete the circuits


Bukan selalu. Kadang-kadang. Jarang-jarang.
Bukan selalu. Ingat-ingat lupa. Bila ingat baru nak terpa.
Bukan selalu. Cuma leka. Alpa
Bukan selalu. Tengok kiri kanan. Tengok atas bawah.
Bukan selalu. Merasa naik ke puncak. Menjunam jatuh, terdongak-dongak.

Selalunya, kita dapat. Tapi nak lebat.
Selalunya, kita sempat. Tapi tak beringat.
Selalunya, kita kuat. Tapi tak hebat.

Selalukan yang bukan selalu.
Ingatkan yang selalu lupa.
Bangkitkan yang selalu tidur.
Pekak tak semesti bisu, bisu tak semesti pekak.
Cuma lembab bertindak, teragak-agak.
Kena gempak, baru nak gerak.



Monday, October 24, 2011

MUAY THAI - SEBAB APA HEBAT?

Buakaw Por. Pramuk - bintang menyinar dunia muay thai

Muay Thai - atau Tomoi dalam sebutan lidah Melayu - adalah stand-up fighting method yang sangat digeruni. Pengamal Muay Thai yang handal lagi berpengalaman biasanya mempunyai kemahiran senjata lapan (2 penumbuk, 2 siku, 2 lutut dan 2 kaki) yang sangat hidup dan baik.

Libasan kaki yang sempurna, sikuan tajam yang merbahaya, serangan lutut yang keras dan tumbukan bertalu-talu, siapa mampu menafikan kehebatan seni ini? Aku tak reti nak sebut istilah-istilah serangan dalam Muay Thai ni. Yang aku selalu dengar 'chok, chok' je, dari mulut pengulas perlawanan. Dulu masa masih berkhidmat di Langkawi dan Sungai Petani, aku selalu gak pi tengok pertandingan Tomoi kat sana.

Bagi 'outsider' macam kita ni, Muay Thai ni adalah sejenis seni mempertahankan diri dan sukan yang sangat merbahaya. Full contact tanpa kisah apa-apa, aku ingat kalau kena libas ngan Buakaw sekali kat keting, wajib pengsan on the spot. Tapi bagi orang yang tak pernah ikut latihan intensif Muay Thai la. Sebenarnya, seni Muay Thai ni adalah suatu seni yang sangat indah dan, ye lah, berseni. Lenggok permainannya kalau diperhati betul, bukan setakat perlanggaran keras dua orang lelaki six pack yang gagah-gagah, tapi permainan akal yang penuh helah dalam menguji dan mengkaji kelemahan lawan. Hard drill yang dilalui pun berperingkat-peringkat, menyediakan peninju Muay Thai ni dari segi fizikal dan mental untuk bertarung menghiburkan penonton.

Sebab apa Muay Thai hebat - bagi pandangan aku? Sebab, abih semua martial art kat dunia deem yang depa boleh tumbangkan Muay Thai. Mana-mana silat, kalau yang mengajarnya arrogant, akan cakap Muay Thai takde apa. Kita punya silat lagi handal. Kes Muay Thai ni sama macam Tae Kwan Do. Asyik kena bahan ngan pengamal silat yang ego. Muay Thai dan Taekwando, di Malaysia ni, dah jadi penanda aras betapa hebatnya suatu seni beladiri tu - kebanyakannya dari aliran silat. Tapi aku tak pernah jumpa lagi, setakat ni la dari berkenal-kenal ngan pengamal senibeladiri Muay Thai dan Taekwando, depa ni sembang yang depa boleh 'fight-all-the-other-martial-artist-and-put-them-to-rubbish'. Bagi mereka, latihan yang berterusan dan masuk pertandingan yang competitive tu perlu untuk menjadi seorang insan yang bermotivasi dan berakhlak tinggi, daripada duk canang cerita kehebatan sendiri.

Bunyi macam mengejek silat kan? Tak. Bukan semua. Ni bukan salah aliran, tapi silap guru yang bagi pelajaran. Ada kedapatan guru-guru silat yang taksub dan takjub akan aliran yang dianuti, hingga sanggup mengenepikan kehebatan aliran lain. Walhal, senibeladiri tu kan untuk membeladiri, mengikut acuan budaya pendiri.

Muay Thai memang terbukti hebat. Kita pun ada peninju Muay Thai yang boleh dibanggakan ke peringkat antarabangsa. Contoh, Eddie Selindang Kuning (pernah menewaskan Zidov Akuma, peserta The Contender Asia) dan Faisal Siku Emas (wakil Malaysia dalam rancangan Muay Thai Challenger) dan ramai lagi.

Terbukalah menerima ilmu lain. Yang digunakan, tangan-kaki-akal juga....

Sunday, October 23, 2011

SILAT - WARGA EMAS DAH BUKTIKAN


Hebak mung ni,hebak! Aku rasa ramai yang dah baca berita ni. Seorang tua di Jertih berjaya menumpaskan perompak - berparang - dengan bekalan pengalaman silatnya.

Ini bukan persembahan yang dah dikareografikan. Ini bukan jurus atau buah hafalan. Ini real-life punya situasi. Bayangkan seorang perompak yang terdesak, yang ada senjata di tangannya, kalau disergah bila melakukan jenayahnya, takkan teragak-agak melibas merata. Juga bayangkan, tuan rumah yang langsung tak muda mana, bila haknya diceroboh, keselamatannya dilanggar dan nyawanya dan isteri diancam, tak teragak-agak mempertaruhkan nyawanya bergelut dengan penjenayah. Ini hidup mati punya lawan, bukan cerita gempak abang long nak berebut kawasan!

Salam salut untuk Tok Ghani. Bila dah baca berita ni, aku terus tertanya-tanya. Apa makan Tok Ghani ni? Apa permainan Tok Ghani menuntut ni, umur sekian macam pun ampuh lagi?

"Walaupun uzur, saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dengan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya." Petikan kata-kata Tok Ghani.

Di waktu uzur, yela, orang tua, beliau tetap bersemangat melawan perompak tu. Mesti ada petua di situ. Menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat. Aku tak tau apa jadi kat perompak tu, kalau Tok Ghani muda remaja lagi. Silat dah sebati, sebab latihan yang rapi.

Belajar silat ni bukan nak hebat, nak kuat, nak diingat. Tapi nak berkat, nak rahmat, nak selamat. InsyaAllah....

KEMANUSIAAN - MASIH ADA, PERCAYALAH...


Agak tacing jugak la melihat scene di atas. Aku pun tak ingat mana aku cilok gambar ni. Lantakla..

Yakin lagi pasti, kemanusiaan masih ada dalam pada kita. Cumanya, kita perlu terus mencari. Di mana, dan di mana...

Mahu menggali ceritera-ceritera tentang perikemanusiaan? Petik sahaja. Setiap agama dan bangsa punya kisah tersendiri, dalam mendidik generasi-generasi terkemudian. Semua orang mahu warisnya jadi baik-baik, kalaupun bukan yang terbaik. Metodnya, cerita, gambar, dan lain-lain. Perbanyakkan kisah-kisah kemanusiaan yang mendidik manusia. Bukan kisah rempit agung, bukan kisah samseng bikinan Malaysia, juga bukan kisah terbitan murahan 3gp yang bermodalkan ah-ah-ah entah hape-hape. Apatah lagi kisah-kisah hantu yang memualkan.

Anjing - kalaupun ia najis - tetap makhluk yang juga menumpang bernafas di bumi Tuhan. Anjing - kalaupun najis - ia ujian untuk kita membuktikan kemanusiaan. Anjing - kalaupun ia najis - ia punca pelacur masuk pintu sorga atas rahmat penyayangnya Ar-Rahman.

Kemanusiaan masih ada. Percayalah. Ada dalam diri kita, selagi namanya manusia....

GUITAR HEAVEN






Poster GUITAR HEAVEN ni adik aku belikan dari UK. Adik aku sekarang masih melanjutkan pelajaran di University of Surrey dalam fizik, tak silap aku la. Adik sikit punya pandai. Abang dia ni, hmmmmm..

Pokoknya, adik aku tau minat aku yang satu ni - muzik. Jadi masa dia balik bercuti sekali dulu tu, dia hadiahkan aku poster ni sebagai pembakar semangat buat aku untuk terus ber'gongreng' dan pembakar hati-bagi-panas kat orang tua aku yang tensen tengok keletah anak sulung depa ni. Tak sakit tengkuk ke,depa tanya masa curi tengok aku headbanging dalam bilik sorang-sorang tengah layan Cromok. Nostalgia rambut nyaris kena potong masa tidur oleh adik bongsu aku, dengan upah RM2.00 dari abah aku yang tertekan tengok aku balik kampung tak seperti yang diharapkan. Dia membayangkan aku balik beraya dengan imej smart lagak pekerja berkolar, tapi aku balik kampung dengan rambut panjang bert'shirt Metallica (mana entah baju ni sekarang), jeans lusuh dan backpack yang tak berbasuh (kerja outdoor maa. Lagi lusuh haversack yang dipakai, lagi banyak experience ko dalam lapangan outdoor. Konon).

Berbalik pada poster tadi. Sebenarnya aku baru lepas menonton 'The 25th Anniversary Rock n Roll Hall of Fame Concert 2009'. Banyak artis legend dalam konsert ni, cuma yang jadi fokus aku adalah Metallica, Jeff Beck, U2 dan Tom Morello. Lupa, ada juga B.B King. Peh...

Jadi, lepas abih khatam video ni, aku usha balik poster yang adik aku hadiahkan ni. Ada lapan gitar yang mewakili lapan orang gitaris yang merubah landskap permainan gitar sedunia dan muzik rock itu sendiri. Angus Young, Slash, Tom Morello, Jimmy Page, Jimi Hendrix, Keith Richard, Eddie Van Helen, dan Kirk Hammett.

Secara peribadi, aku bersetuju dengan poster ni. Pengaruh setiap gitaris dengan zaman, attitude, skill, genre dan sound masing-masing. Ramai lagi gitaris handalan di dunia, dan Malaysia juga tak kurang hebatnya. Sekarang pun aku sedang ditemani secawan kopi dan lagu 'Shred It Back' dendangan legenda buatan Malaysia, Karl Cromok.

Aku? Ada poster je, pun dah kira besar tuah dah....

Saturday, October 22, 2011

GADDAFI - DIA LEBIH DAHULU KE SANA..


Walau apa pun kekejaman dan kejahatan yang dilakukan oleh sesiapa pun di kala hayatnya...
Janganlah diaibkan jasadnya...
Janganlah dibusukkan namanya...
Siapa kita yang hidup, mahu menghakimi yang mati?
Kematian itu persinggahan ke alam yang lebih 'nyata', lebih 'realiti'...
Biarlah hanya Pemilik yang menentukan untung nasibnya dan kita di 'sana' nanti...
Al-Fatihah untuk Allahyarham Gaddafi..

Thursday, October 20, 2011

FIKRAH ILMUAN - KENAPA DINAFIKAN?

Prof Dr. Aziz Bari - ikon terkini dunia ilmu tanah air


Menghirup kopi di ketika membaca ilmuan disekat daripada bebas melontarkan fikrah, adalah sesuatu yang tidak lagi lazat. Menghirup kopi di saat demokrasi dalam dunia ilmu dikebirikan, tidak lagi memberahikan. Menghirup kopi di kala kebebasan ilmuan menyuraikan kesulitan masyarakat digari - dem - tidak lagi mengasyikkan.

Pada suatu ketika, politik memang tersangat memualkan. Politik itu jasad asalnya tidaklah memualkan, namun perihal perangai sekor-sekor pemain politik itu sendiri, yang kadang-kala tahap pemikiran selayak murid KSSR tahun 1, di bawah paras Band 1, sendiri yang membuatkan pentas politik itu boleh mengundang muntah yang bukan sedikit. Titik tentang politik.

Tapi, apabila ilmuan tidak lagi boleh melontarkan pendapat dan rasa, itu suatu masalah. Masalah buat rakyat dan seisinya. Kita fasih bahawa ilmuan yang sebenar-benar ilmuan apabila berkata-kata adalah dalam rangkuman bidang ilmu yang difasihinya. Kita faham apabila ilmuan menerbitkan pendapat dan buah fikrah adalah dalam lingkungan bidang ilmu yang sangat difahaminya. Tapi apabila ahli politik yang bekecerdasan murid tahun 1 yang belum pun sempurna LINUSnya cuba memenjara kebebasan ilmuan menyuarakan fikrah mereka - itu tidak lagi dapat diterima norma manusia.

Maka, ilmuan sepatutnya diraikan. Sebagaimana Islam meraikan golongan berilmu. Sebagaimana Al-Quran meninggikan darjat golongan ilmuan. Sebagaimana Rasulullah mengataskan golongan berilmu. Memang akan ada 'setuju-tidak setuju' dalam sesuatu perbincangan. Kan itu proses? Proses mencari keaslian, keutuhan dan kebenaran. Jika segala pendapat atau cadangan dikeluarkan hanya untuk 'diangguk-angguk' tanpa gelengan, proses apakah yang terwujud, dan apakah yang akan tercerna?

Menghirup kopi apabila hak ilmuan menyampaikan ilmu ditelanjangkan - ah - tidak lagi mendatangkan 'stim'...

Sunday, October 16, 2011

ZEE AVI & OLIVIA ONG - LAGULAGU YANG SUPER SWEET DAN LAYAN

Ini Zee Avi, yang gambarnya aku rembat dari Google Image

Ini Olivia Ong, pon sama, Google Image


Ini halwa telinga aku yang terkini. Macam agak ketinggalan aku ni rasanya. Maklumat lanjut, sila 'googling' saja.

Kadang-kadang, dengar lagu-lagu keras dan solo menggila pun, buat muak jugak. Kepelbagaian dalam muzik pun seharusnya diraikan, kan? Jadi, untuk lagu-lagu yang agak lullaby dan easy listening, aku pilih Zee Avi dan Olivia Ong. Kenapa bukan Yuna, or Anna Raffali? Sebab, dah aku suka yang ni. Dorang pun aku layankan dengar gak. Dan ada lagi band-band or penyanyi yang best didengar dalam scene sekarang.

Cuma aku suka composition dalam lagu-lagu 2 orang ni. Groove, senang dilayan dan nyanyian yang jelas butir sebutannya. Kurang-kurang, boleh tambah vocab kan? Aku pun bukanlah pandai sangat bahasa omputih.

Untuk Zee Avi yang hit ngan lagu 'Kantoi' tu, aku suka lagu Bitter Heart, Well Window, Honey Bee, Siboh Kitak Nangis dan lain-lain. Untuk Olivia Ong, aku suka dengar Luka, Aint No Sunshine, A Love Theme, Let It Rain dan lain-lain.

Sekadar melayan telinga, sekali-sekala....


Friday, October 14, 2011

UNTUK SULTAN BRUNEI - DAULAT TUANKU!!

Sultan Kedah, bakal Yang Dipertuan Agong yang 'cool'

Brunei yang 'cool'

Bakal Timbalan Yg Dipertuan Agong yang 'cool' Sultan Brunei yang 'super cool' (gambar amik kat Milo Suam)


Umumnya, rakyat marhein yang beragama Islam di negara kita, merasa sedikit bertuah apabila lintasan angin kedamaian pemerintahan Islam akan sikit-sikit membayu di tanah kita, berkat titah Sultan Brunei yang tidak teragak-agak mahu melaksanakan undang-undang Islam. Siapa kita untuk mengatakan 'nanti dulu'?

Tapi di Malaysia, pemimpin kita sendiri dengan angkuh sambil memberi jaminan berkata:

" Undang-undang hudud, kita tidak akan laksanakan di Malaysia ini, walaupun kita terima bahawa INI ADALAH UNDANG-UNDANG TUHAN. Dan sebagai sebuah 'tuuut' yang terdiri daripada orang-orang Islam, kita terima hakikat ini adalah UNDANG-UNDANG TUHAN, tetapi kalau kita nak laksanakan, ia MESTI BERPAKSI KEPADA REALITI."

Eloklah. Hidup itu realiti. Mati itu realiti. Siang malam itu realiti. Segala apa dari Allah itu realiti. Jatuh naik itu juga realiti.

Kita je yang dah hanyut dalam arus deras duni fana ni. Nak kembali kepada realiti, ikutlah apa sahaja yang Tuhan dan Nabi dah anjurkan. Kepada rakyat Brunei Darussalam, tahniah untuk anda....

BRUCE LEE - DARI KACA MATA AKU

Gambar dirembat dari Google Image

Sejarah hidup beliau, falsafah Jeet Kune Do, punca kematian dan macam-macam lagi, sila 'google'ing sendiri. Di sini, aku sekadar melontarkan sedikit kekaguman aku kepada insan yang merubah lanskap seni beladiri sedunia - Mendiang Bruce Lee.

Sukar untuk menafikan kehebatan nama beliau. Pengaruh beilau dalam perfileman aksi menjadi suatu legasi yang sukar untuk dicabar, hatta nama-nama terkemudian seperti Jackie Chan, Jet Li, Donnie Yen, Tony Jaa dan lain-lain ikon aksi.

Ini sebab, bagi aku, atas kehebatan beliau sendiri. Bab berlakon, boleh tahan gak kayu beliau ni. Tapi bab pemahaman dalam seni beladiri yang beliau anuti, memang legend. Ramai yang tau, Bruce Lee merupakan antara anak murid kepada Great Grandmaster Yip Man dalam seni wing chun. Ramai yang tau, Bruce Lee tak habis belajar pon wing chun ngan late Yip Man ni. Tapi dalam seni beladiri, hirarki atau ranking atau belt atau bengkung atau apa sahaja unit pengukuran bukan suatu kewajipan dalam membeladiri. Yang penting, faham, tau, kenal, dan rasa. Dan semua itu ada pada Bruce Lee. Dalam tak habis belajar tu pun, beliau faham konsep asas, malah menguasainya hingga menjadi jagoan yang bukan calang.

Dahulu hingga sekarang, ramai yang berbunyi kononnya Bruce Lee ni bukanlah handal mana. Tak ada bukti pun beliau ada join mana-mana tournament, pergaduhan or wat-so-ever. Tapi bagi aku, itu bukan pokok. Sebenarnya kalau dikaji pada falsafah Jeet kune Do (the way of intercepting fist), kita boleh lihat kefahaman Bruce Lee dalam seni beladiri. Aku suka quote 'be like water' beliau. Lebih kurangnya camni:

Don't get set into one form, adapt it and build your own, and let it grow, be like water. Empty your mind, be formless, shapeless — like water. Now you put water in a cup, it becomes the cup; You put water into a bottle it becomes the bottle; You put it in a teapot it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash.Be water, my friend.


Aku suka quote ni. Selain boleh apply dalam beladiri, kita jugak boleh adaptasi dalam kehidupan seharian. Ini quote yang mengajar tentang "being flexible in any circumstances". Yup, hidup punya pancaroba yang pelbagai, dan kita harus tau cara mana mau jadi fleksibel. Yang Bruce Lee ajarkan, 'be like water, my friend'.

Bagi Bruce Lee, latihan fizikal adalah yang terwajib dalam senibeladiri. Aku tergelak gak bila beliau secara sinis dalam buku 'Bruce Lee's Fighting Method' yang Melayunya berbunyi lebih kurang:

"Berlatih macam kita nak lawan betul-betul. Saya tak pernah tengok sprinter joging je hari-hari untuk buat world record. Dia kena training sprinting or dashing." Lebih kurangla bunyi melayunya. Ini kritik beliau pada drill senibeladiri yang konon asli, yang hanya berdasarkan hafalan teknik contoh kuncian atau pattern atau kata tanpa pemahaman yang jelas tentang teknik-teknik tersebut.

Setakat pemahaman aku, JKD, kependekan bagi Jeet Kune Do yang diasaskan oleh mendiang sebenarnya bukanlah suatu aliran atau senibeladiri baru, melainkan suatu pencerahan bagi mencapai kefahaman dalam membentuk teknik atau kaedah beladiri sendiri. Apa-apa yang datang dari senjata lapan kita (dua tangan, dua siku, dua lutut, dua kaki) boleh saja menjadi trademark kita atau setidak-tidaknya kaedah kita mempertahankan diri, Yang penting, faham dan tau mana nak dituju.

Sebenarnya aku pun bukanlah faham sangat. Dan aku makin celaru bila dah tulis benda ni. Cuma sebab benda ni minat, dan bukanlah suatu minat yang mainstream bagi khalayak. Sekarang dah terjebak kat Johor, aku ambil peluang 'ambil tahu' tentang permainan buah pukul. Banyak aliran, dan semuanya gah-gah. Aku cuba memadukan pembacaan dalam JKD dengan permainan buah pukul. Takde retak renggang.

Sebenarnya, belajar beladiri banyak mengajar kita MEMBELADIRI kita zahir dan batin. Musuh utama kita adalah - cermin diri sendiri.

Ini Bruce Lee punya cerita, mau kasi sambung lain jam.






Tuesday, October 11, 2011

REZEKI DARI TUHAN....BERSYUKURLAH...


Sejak-sejak lepas PM umumkan Bajet (melestarikan bahasa konon, kan dah molek dulu Belanjawan), rata-rata aku tengok orang 'tembak' penjawat awam, lebih-lebih lagi kaum guru. Kononnya imbuhan yang diberikan terlalu banyak, hingga ada yang tertanya-tanya apakah hebat sangat tugas guru ni, sampai terlalu dimanjakan, hingga penjawat swasta malah penjawat awam dari lapangan yang lain turut tak berpuas hati.

Rasanya tak perlulah aku berbunyi seperti mem'backing' kaum guru. Besar mana sangatlah gaji guru tu. Memang mata yang memandang nampak kerja guru tak susah, ajar budak-budak je. Biarlah bahu yang memikul tanggungjawab tu sendiri menelan telahan mata-mata yang memandang tu...

Cuma bagi aku, bersyukurlah dengan apa yang dah dikurniakan. Sebenarnya kenaikan yang diumum tu bukanlah tinggi mana berdasarkan trek gaji penjawat awam, cuma bila keluar dari mulut ahli politik, setiap kata yang terbit itu adalah prospek yang boleh disensasikan. Bersangka baiklah. Walau dari mana salurnya, itu kan rezeki Allah...

Aku pernah bekerja dengan sebuah company outdoor swasta yang sangat establish, tapi dengan gaji yang....hmmmm...Seorang lepasan ijazah sarjana muda IPT dengan gaji berpadanan lulusan SPM. Tapi disebabkan minat, cinta, kasih pada bidang outdoor itu sendiri, itu bukan keutamaan. Aku di waktu itu dilema memberitahu gaji yang aku terima kepada orang tua di kampung, sebab aku tak nak depa segan-segan nak minta bantuan kewangan dari aku, lagi-lagi aku anak sulung. Mujur hidup waktu tu siang malam banyak dihabiskan di hutan, jadi tidaklah aku terlalu berlibur sana sini berhabis duit. Makan pakai, hantar belanja ke kampung dan lain-lain bayaran boleh diselenggara dengan baik.

Bukanlah nak cakap diri ni manusia paling bersyukur kat dunia, konon habis zuhud. Tak. Cuma, bila kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada, insyaAllah, Allah cukupkan lagi rezekiNya untuk kita.

Pengalaman aku, ada satu waktu aku dituduh mahu menjadi guru semata-mata nak kerja senang, nak bermewah-mewah. Peh. Nak mewah jadi bisnesman la. Aku diamkan je. Aku tau jiwa aku ke mana. Bukan mudah aku nak menolak tawaran yang datang serentak. Pegawai Perhutanan, Pegawai Perhilitan, agensi pelancongan, dan di ketika itu aku sendiri senang dengan tugasan sebagai Pegawai Pendidikan Alam Sekitar merangkap Pegawai Taman Alam di suatu tempat.

Rezeki Tuhan. Allah kalau nak bagi rezeki, sumber datang dari tempat yang tak ketahuan.

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tak diduga. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Macam pernah baca je ye ayat ni, tapi kat mana entah? Elokla kalau tak tau, dan ambik tau. Selak Al-Quran, Surah At-Talaaq. Ni ayat seribu dinar namanya. Waktu aku terlungkup takde haluan masa takde kerja dulu, kawan aku ajarkan ayat ni. Letak yakin pada Allah, insyaAllah...





Monday, October 10, 2011

KOPI PUNYA BAHANA

Gambar rembat dari Google Image


Aku secara serius memang seorang yang addict pada kopi. Pagi petang malam aku mesti ada terselit kopi. Ini tadi baru lepas melantak nasik kukus ayam rempah kat Cendana, bersulamkan kopi O panas.

Macam-macam fact&figure orang boleh cerita tentang pro-kon minum kopi ni. Bagi aku, lantaklah semua tu. Yang aku tau, kopi tu minuman, yang bila aku bancuh mendatangkan keasyikkan. Bila sedut ke mulut, peh.... Tapi aku lagi rindu kopi yang opah aku kat Pantai Remis bancuh. Aku tak tau mana punya kopi kisar dia beli, tapi likat dia, memang melekat ke lelangit. Pekena ngan roti keras, pulak time-time hujan. Moment nikmat camni, mana ada jual...

Bagi aku, waktu-waktu aku menikmati kopi adalah waktu yang sangat privasi lagi merehatkan. Hanya aku, cawan (dari zaman aku studi kat UPM'04), kopi dan mukaddimah Basmallah dan khatimah Hamdalallah. Itu moment yang sangat dinanti-nanti. Lelah pulang dari kerja hilang di saat sisipan pertama kopi dijamah bibir mungil nih.

Tapi kadang-kadang terlajak tibai kopi pun tak elok. Ni bahana kopi tadi, dan sekarang pon ada bancuh lain ni. Ini jam bape dah, aku tak tido-tido lagi ni?



AKU BUKAN AYAH SIAPA-SIAPA LAGI...TAPI...

sekitar Sukan Sekolah yang lepas


Minggu ni aku bertugas. Kena datang awal dari selalu. Jaga budak-budak darjah 2 yang comel comot segala kat tapak perhimpunan, sementara menunggu sesi pagi selesai. Dengan kapasiti murid sekolah rendah kebangsaan teramai di Malaysia, menjaga murid-murid yang tahun 2 sahaja ada 13 kelas dengan purata 45 orang setiap kelas - seorang diri, mujurlah aku seorang guru sukan. Wisel ada sentiasa. Kalau tak, jenuh.

Dalam hingar bingar murid-murid bising berbincang tentang pemadam sape paling handal, main batu seremban, tayang buku angry bird sape lagi tebal dan macam-macam ragam lagi, tiba-tiba aku didatangi seorang ayah kepada murid-murid ni. Muka serius, nampak garang, bengis. Tapi ok je sebenarnya. Seperti dijangka, beliau seorang sojar.

Tak lain, tujuan beliau adalah nak mencari anaknya, murid darjah dua. Bila aku bertanya kelas apa, sebab nak cari sorang-sorang tu bukan senang. Tambah lagi budak-budak ni kalau dah hanyut kat dunia main dorang, ayah sendiri datang tak perasan dah. Jawapan yang ibarat aku jangkakan tumbukan cross sebelah kiri yang sampai, tapi tiba-tiba hook dari kanan yang sebat muka....

"Saya dah 20 tahun ada anak-anak, tapi saya tak pernah amik tau pun anak-anak saya kelas apa, chegu. Ni pun tumpang saya cuti, mak budak ni soh hantar duit belanja sekolah dia tertinggal."

Kononkan anak dia bernama Mawar (konon la, jenuh dah nak cari orang nama gini sekarang), aku pun terjerit-jerit la mencari murid ni. Adala dalam 8 minit, baru murid ni tersedar yang ayah dia datang. Bila dia angkat tangan, ayah dia meluru ke arah dia sambil...

"Ni duit ni, jimat-jimat belanja!" dengan muka seorang sojar layaknya. Tegas lagi garang.

Pucat muka murid ni. Kelas paling hujung. Kemudian si ayah berpaling pada aku, dan tersenyum seraya berkata..

"Kita ngan budak-budak tak boleh nak bagi muka sangat che'gu. Nanti dorang pijak kepala. Jadi degil." Aku sedikit mengiyakan. Ayahanda aku pun seorang sojar, jadi aku mengerti.

Cuma frasa pertama dialog yang aku catatkan tu, bukan jawapan yang mana-mana guru, pensyarah, tutor, ustaz, dan alin-lain harapkan. Tak pernah ambik tau? Kamonla. Memang jujur beliau memberitahu, cuma kejujuran tu membuatkan aku terfikir...

Aku belum jadi ayah siapa-siapa lagi. Ayah yang macam mana aku nak jadi? Tapi sebagai warga pendidik, aku dan mungkin yang lain-lain berharap, siapkan tapak sebaik mungkin bagi anak-anak ini dari rumah lagi. Tegas perlu, memang wajib. Tapi garang sampai tak ambik tau pelajaran anak sebab tak nak terlampau bagi muka, ini bikin hati tualu.

Aku cuba menulis tanpa menuding salah siapa-siapa. Sekadar muhasabah diri ini, dan mahu berkongsi rasa...







Sunday, October 9, 2011

DAH TERANG LAGI BERSULUH...TAPI ARTIS KITA...MASIH LAGI MEMBUTA...

Bodoh ni ada macam-macam....

Aku agak ketinggalan pasal benda ni, walaupun duk tengok kat FB merata orang duk share. Brokben baru bayar, tu pun sebab jalan dah cam siput sangat tahap menyakitkan hati.

Aku tak kisah tentang soalan "Hudud - wajar atau tidak?''. Aku jugak tak lah kisah sangat kalaupun soalan tu ditanya pada rakyat marhein mana sekalipun - tukang jaga toilet, pakcik cleaner, jaga, artis dan lain-lain. Tapi, aku kisahkan cara dorang-dorang kat gambar ni jawab. Serius, bebal....

"Memang tak dinafikan hukum hudud sudah tertulis dalam agama kita. tetapi ia tidak wajar dilaksanakn terus." Apa punya jawapan ni? Datuk? Dia sudah hidup cukup lama untuk dapat title legend, tapi sayang..... Ada lagi pencerahan yang dia perlukan.

Menyakitkan hati baca jawapan dorang ni. Ada yang ok, nampak macam pernah ambik tau, pernah dengar, atau pernah terbaca. Tapi konklusi tak meyakinkan. Ini idola anak-anak kita?

Aku percaya, aku ni bukanlah yang terfaham sangat tentang agama. Ramai juga camtu. Tapi kita-kita ni cukup faham sesuatu.....

HUKUM YANG DAH TERTULIS ITU HAK ALLAH. Mempersoalkan kewajaran hukum hudud sama macam mempersoalkan kewajaran Allah itu disembah atau tidak, sama macam mempersoalkan kewajaran mengimani akhirat itu wajar atau tidak.

Gila ni ada macam-macam gila. Ini gila takut kat hukum Tuhan. Hukum, memang nak bagi takut pun. Sebab orang tak takut la, anak umur 23 hari kena liwat!!!! Nauzubillahi min zalik...

ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN MASYARAKAT KITA....

Kecoh semalam... bayi umur baru 23 hari kena liwat...dem...mengucap panjang semua umat yang prihatin...

Bagi normal akal aku, ini memang bodoh lagi jahanam. Nak kategorikan sebagai 'binatang' pon, aku ingat binatang-binatang pon tak mau terima setan ni sebagai kaum. Apa punya gila pon ada ni. Sangap tak bertempat. Terdesak sangat ke? Adoih....

Ini sikit sebanyak membuatkan aku terfikir. Buang bayi, dadah, seks bebas dan sejenis, penganiayaan terhadap orang tua-tua, rompak, curi, ragut dan segala macam masalah sosial. Ada kesimpulan yang boleh dibuat di situ - Ada sesuatu yang tak kena dengan masayarakat kita.

Mana silapnya? Salah cikgu kat sekolah tak cukup ajar? Salah mak ayah tak cukup asuh? Salah jiran-jiran tak prihatin? Salah pemimpin tak pandai memimpin?

Memang ada masalah dalam masyarakat kita. Antaranya dalam banyak-banyak, kita cepat tangan nak menuding bila sendiri buat salah. Anak jadi liar, tuding ke cikgu tak pandai didik. Isteri tak ikut cakap, tuding ke family mertua cakap tak asuh anak elok-elok. Dan banyak lagi.

Muhasabahlah diri sendiri, keluarga, rakan taulan dan masyarakat. Memang ada something yang tak kena dengan masyarakat kita sekarang. Kes-kes jenayah melampau gini adalah indikator kepada akhlak masyarakat kita sekarang. Banyak yang perlu diperbetulkan. Apakah kita terlalu sibuk dengan hal membina ketamadunan menerusi pencapaian materi sehingga lupa membangunkan modal insan itu sendiri?

Hal gini memang bikin pusing kepala. Kalau kangkung-kangkung Majlis Profesor Negara pun asyik dengan statement mengampu lagi bebal, kita berharap janganlah mereka ini adalah penanda aras kepada golongan akedemik dan ilmiah negara kita. Berharaplah kita agar ramai lagi ilmuan yang masih mampu menyumbang fikrah yang membina.

Kejap. Apa hukum yang sesuai kat setan ni? Bakar hidup-hidup? Kerat kemaluan bagi anjing makan (kalau anjing lalu nak makan)? Or masuk rehab, bagi motivasi hari-hari semoga lunak hati? Hukum Tuhan dah ada, kita je teragak-agak lagi nak laksana......



Thursday, October 6, 2011

PELANCONGAN HIJAU DI KUALA SELANGOR

Aku dapat panggilan dari seorang kenalan. Bertanyakan tentang pakej pelancongan di Kuala Selangor, sebab dia sekarang bekerja dengan sebuah agensi pelancongan yang tak pulak aku tanya di mana.

Sedikit sebanyak kenangan aku terimbau. Sebelum ke bidang didik-mendidik ni, aku pernah terlibat dalam bidang 'nature awareness and conservation' dengan sebuah NGO tertua untuk environmental organization. Sape lagi kalau bukan Malaysian Nature Society. Baca sini http://www.mns.my/index.php

Secara tak langsung, aku pernah terlibat ngan aktif jugak dalam mempromosikan green tourism di Malaysia, khususnya di Selangor. Teringat dulu, kalau ada apa-apa function, Tourism Selongor Sdn. Bhd. mesti ajak kitorang dari Kuala Selangor join sama. Diringkaskan, Kuala Selangor ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Bukit Malawati, restoran-restoran seafood yang memang kelas 'A' dan banyak lagi.

mmmmm.... darah hijau aku tak hilang lagi. Semangat hutan aku pon ada lagi. InsyaAllah, aku nak catatkan kembali tentang alam sekitar, tentang pelancongan hijau dan kesedaran alam. Ini 'core business' aku dulu, dan disebabkan itu aku meminati dunia didik-mendidik nih..


Tuesday, October 4, 2011

THE LONER....


http://www.youtube.com/watch?v=D3-TgDjcBL0

Malam ni, aku seperti mengimbau kembali nostalgia-nostalgia aku dan kawan-kawan. Muzik. Aku akui, aku bukanlah insan yang boleh dikategorikan dalam kalangan 'hot' atau kacak. Bukan juga dalam kasta terpelajar. Tapi disebabkan minat terhadap muzik, aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai insan yang berlainan umur, kefahaman politik, agama, bangsa, latar pendidikan dan suasana namun berkongsi bahasa yang sama - 'muzik'.

Aku pernah cuba untuk serius dalam muzik. Main band orang kawin, band kolej kediaman, band maktab, back up untuk deklamasi puisi,battle of the band, akustik dan lain-lain. Tidaklah sampai main gig atau konsert, sesuatu yang gagal aku kecapi ketika pernah muda (dan masih lagi buat masa sekarang). Namun itu sudah cukup untuk aku menikmati sedikit cebisan memori untuk dikenang di kala sunyi begini.

Lalu, ingatan aku terus melintas kepada mendiang Gary Moore dengan lagu yang aku kira 'lagu rasmi' buat aku - The Loner.

Mendengarkan beliau, melihat beliau dan menghayati setiap note dan melodi beliau, membuatkan aku berfikir, seorang shredder tidak semestinya harus laju selaju ribut. Tanpa menyentuh mana-mana masterpiece beliau yang lain, lagu ini disampaikan 'note per note' yang sangat membuai. Setiap petikan menuntut penghayatan, dan kejelasan setiap 'note' yang dipetik tidak memerlukan kita menjadi seorang pemain gitar atau peminat muzik sekalipun untuk sama-sama hanyut dibuai perasaan 'loneliness'...haih..

Lagi keistimewaan lagu ini ialah 'tone' yang keluar dari 'axe' mendiang sendiri. Melekat ke jantung, ibarat kesan lebam di bahagian kiri pinggang aku selepas kemalangan tempoh hari (taknak kenang, tapi tiap-tiap malam duk mimpi kejadian..haih).

Dengar, hayati. Kalau nak jadikan lagu ni sebagai pelengkap tema 'forever alone' hidup kamu sekalipun, terpulang. Malah, dicadangkan.

Saturday, October 1, 2011

BACA DAN BACA....

Alhamdulillah... Dalam malam tadi, aku sudah boleh berbaring dengan sempurna. Sakit di belakang akibat rempuhan juga semakin berkurangan. Cuma kalau batuk atau bersin, azabnya...haih..

Dalam keadaan sakit begini, dengan sunyi bersendiri (hosmet balik kampung, family ambik bawak berubat kat Perlis), aku pon mula la menggali kembali simpanan bahan bacaan di kamar peribadi aku yang agak bersepah 2,3 hari ni. Sekadar hiburan hati. Bukan setiap waktu kita larat nak mengadap internet kan.

Aku suka membaca. Dulu memang membaca boleh dikatakan kegilaan aku. Bunyi macamlah intelektual sangat aku ni kan. Tak jugak. Cuma aku suka. Dulu aku suka beli antologi puisi keluaran DBP yang lama-lama, dan sebab lama sangat, ada yang terjual RM2 je senaskah. Aku suka baca puisi atau sajak, sebab itu perlambangan hati seseorang penulis. Aku sendiri suka menulis, dan pernah berimpian mahu menjadi seorang penulis. Tapi, mungkin cukuplah aku menjadi pembaca karya sendiri.

Di waktu ini, aku sedang perlahan-lahan menghadami 'Tuhan Manusia" tulisan Dr. Faisal Tehrani. Tulisan yang terbaca santai, dengan penuh konflik bicara tentang pertembungan dunia barat dan dunia Islam. Sangat menarik. Kupasan tentang pluralisme. Pernah masyarakat politik digemparkan dengan isu pluralisme dalam agama, dan aku kira tulisan Dr. Faisal boleh dijadikan sedikit panduan dalam memahami apa itu pluralisme, jika kita tak terdaya nak membaca atau mendengar syarahan yang berat-berat.

Komik? Itu wajib. Semalam aku dibawa keluar oleh kawan-kawan ke walimah seorang rakan setugas di Kluang. Sempat juga aku menyinggah ke toko-toko buku untuk mengintai KREKO keluaran terbaru, 1 Oktober. Hampa, belum sampai lagi agaknya. Terjeling pulak ke ROTTW, cover A7X...hmmmmm... Sebenarnya aku dah malas nak beli ROTTW ni lagi, sebab pengisiannya yang bagi aku makin...hmmmmm.. Tapi, nak membalas kempunan KREKO takde, beli jugakla.

Secara peribadi, aku berpendapat setiap rumah WAJIB ada ruangan simpanan atau tayangan bahan bacaan. WAJIB. Letakla rak buku ke, almari ke, atau bilik bacaan khas ke. Terpulang. Sebab buku adalah sesuatu yang sangat patut dihargai. Walau dalam apa jua bentuk dan isi. Aku juga mendidik diri sendiri untuk tidak berkira menyempitkan poket untuk membeli bahan bacaan yang menarik minat. Dari seilmiah-ilmiahnya, hingga sepicisan-picisannya. Buku porno tiada dalam list.

Pun begitu, ada gak kawan-kawan cakap,..

"Ko ni memang ada simptom 'forever alone' la beb. Komik, ni lagi ape ntah buku muzik-muzik ni. Haha, nampak keras, tapi baca buku puisi-puisi. Pompuan tak pandang puitis-puitis sume ni dah".

"ko punya koleksi komik ni,ngan majalah silat-silat ni, gitar-gitar ni, aku ingat kalau duit tu kau buat beli emas ke,masuk pelaburan xxxxxx ke, kompem kencang dah duit ko. Belila emas. Kita kembalikan kewangan Islam. Tak tau camne nak mula? Sini, aku kan ada..."

Mudah je jawapan aku. Takpe, kawan... Aku 'kenyang' makan buku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...