Saturday, October 29, 2011

SEKADAR TERFIKIR......

Banyak orang mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh

Saya tidak bersetuju.

Apa gunanya ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat?

Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik.

Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad S.A.W ialah...

Menyempurnakan akhlak yang baik.



Ayat di atas dipetik dari ucapan seorang guru yang terkemuka di tanah air kita. Bait-bait ayat diucap membuatkan aku terfikir juga. Di saat ramai rakan-rakan duk pulun berhabis untuk jual-beli emas, join MLM dan MLMS (MLM Syariah??.haih...) dan macam-macam lagi bentuk perniagaan dengan harapan untuk 'mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam'....

Apa yang kita dah habiskan, dah susahpayahkan untuk mengembalikan 'kegemilangan akhlak terpuji umat Islam'? Dengan klip 3gp? Dengan KL Gangster? Dengan Hantu Mak Limah Balik Rumah? Dengan Vokal...Bukan Sekadar Rupa?

Sekadar terfikir... Jangan ambik pot,ok?



2 comments:

  1. Islam maju bukan pasal politik mahupun ekonomi.

    Islam maju bila semua orang Islam ada akidah soheh dan amal soleh.

    ReplyDelete
  2. bile wujud golongan2 perasuah penipu pengkhianat, ekonomi kukuh atas golongan2 yg tertentu. keadilan di tuntut akal dan syariat! sifat tamak, hasad dengki bersepah2 zaman konon2 tamadun berkembang, tapi bodoh nyer manusia ni masih bersepah2. wallahualam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...