Sunday, April 29, 2012

KEGAGALAN MALAYSIA, KEBENGONGAN POLITICIAN MALAYSIA DAN EPIK CINTA KARTINI


Di sebalik kekalutan macam-macam hal minggu ni, hosmet aku kalut nak balik kampung. Aku pun selaku sahabat sejati, hantarkan ke airport.

Kat airport Senai, ada MPH. Aku pun menyinggah, dan 3 buah buku di atas selamat dimiliki,

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia karangan Saudara Lucius Maximus. Membacanya ibarat melihat sebuah layar besar pengalaman bola sepak Malaysia. Pengalaman kegagalan. Betapa Malaysia, haram jadah, tak pernah belajar dari pengalaman berbola sepak. Bagus buku ni,highly recommended bagi mereka yang melihat FAM adalah sebuah persatuan yang bijak lagi handal menjahanamkan mutu bola sepak kebangsaan. Teringat K. Rajagopal dalam sebuah sidang media, "Kita tidak boleh menjadikan kedudukan ranking dunia sebagai kayu ukur kekuatan sebenar pasukan kita" .Lebih kurang bunyinya. Jari tengah diacung ke muka kamu!

Buku "Malaysia Politicians Say The Darnest Things" oleh Amir Muhammad dan Shahril Nizam. Himpunan kata-kata merepek ahli-ahli politik yang buat kita berfikir, "Nakharommm...Camni bingai pun boleh jadi menteri?". Ya. Kita berahli politikkan mereka yang bingai-bingai. Tapi seronok. Mereka tau hiburkan kita. Sudah sepatutnya Astro terbitkan pula rancangan Maharaja Lawak Supernova Mega Tahap Dewa. Panggil ahli-ahli dan mantan ahli politik kita jadi peserta. Sammy Vellu, undi saya untuk anda. Kompem menang.

Kemudian, epik cinta remaja yang aku baca zaman sekolah dulu. Kartini Kembali, judul kedua selepas Kartini karya kartunis legenda, Tembakau. Seronok, untuk mengimbau zaman-zaman nakal sekolah. Cuma tak seronoknya, aku tak sempat merasa bercinta time sekolah. Oh.... Tapi, nyaris mencarut gak aku. Memandangkan buku ini terbitan semula, apa hal pulak bahasa baku? Kau baca komik yang sepatutnya boleh buat gelak, tapi bahasa baku? Adoih... Takpelah, sebagai pelengkap koleksi.

Sibuk dengan nak bersihkan macam-macam kan....Bersihkan minda kita jugak, dengan membaca.

4 comments:

  1. airport senai dah upgrade ke?

    ReplyDelete
  2. upgrade cmne tu bro?xbiasa naik flight pun kat sana...setakat hantar member je

    ReplyDelete
  3. aku ada koleksi kartini yang dulu. Dah keluar yang baru ek? bleh la rembat satu, errrrr...kisah Yon/Asri tu mcm kisah aku daaaa.... cinta tak pernah berbalas zaman sekolah dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ada..kartini kembali ni siri dalam 'aku dan sesuatu' under aie production dulu.dorang komikkan balik under komik-M, PTS production..cinta tak berbalas,kira pngalaman cinta gak bro.ni aku tak sempat nak bercinta siap.haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...