Thursday, January 24, 2013

MUHAMMAD


Kita kembali menyambut hari peringatan ulang tahun kelahiran kekasih sekalian umat Islam.

Kekasih kita, dah tentu-tentu hari lahir Baginda kita raikan, sebagai tanda cinta kasih kita kan. Mak punya besday, abah punye besday, makwe pakwe punye besday bukan main lagi kita berkek-kek bagai. Inikan pula junjungan mulia kita.

Bid'ah? Leceh sembang orang macam ni. Hal nikah kawin buat dalam masjid pun bertegang urat laga hujah, padahal hal terang haram macam Genting Highland dan kilang arak, buat pejam mata. Hisap rokok jugak fuh-fuh, tak sibuk pulak nak bid'ah-bid'ah.

Tapi kekasih yang kita seluruh umat Islam kongsikan bersama ni, tak minta kek, ucapan tahniah dan nak tiup-tiup lilin. Tak.. Baginda minta kita selawat, ikut sunnah dan kalam Allah. Cukup.

Sok Jumaat, khatib pun duk pesan tiap-tiap minggu, sedangkan Allah SWT dan para malaikat pun berselawat atas Nabi, maka Allah anjurkan juga orang-orang yang ada iman untuk sama berselawat ke atas kekasihNya. 

Iman sikit banyak, Allah yang nilaikan. Yang penting, ajar diri berselawat, termasuklah yang sibuk menaip ni. Akhirat karang, recommendation datang dari kekasih seluruh umat Islam ni lah. 

Kita doakan yang baik-baik untuk kita, keluarga, masyarakat, negara dan seluruhnya. 

Al-Fatihah untuk junjungan mulia kita, Muhammad Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi' tabiin, ibu bapa kita, guru-guru kita, keluarga kita dan seluruh umat Islam, dulu kini dan sampai kiamat.

Al-Fatihah....


2 comments:

  1. 1] umat kristian setiap tahun menyambut so-called ulang tahun kelahiran Jesus, disebut christmas . biasanya pada dis 25, tapi ada juga yg menyambut pada jan 7 seperti di rusia dan negara yg ortodox kristian.. ini kerna tarikh sebenar kelahiran tidak dapat dipastikan dgn tetap, ia menjadi rahsia Allah, mungkin Allah tidak mahu, umatnya merayakan ulang tahun kelahiran Jesus. apa yg penting bagi seorang rasul adalah utk diikuti, bukan utk sekadar dirayakan. adakah umat kristian mengamalkan apa yg diajar oleh Jesus?

    2] haribulan kelahiran Nabi Muhammad sendiri tidak dapat dipastikan dgn tepat, ramai menyatakan 12hb, ada juga kata 8, 9 atau 17hb..

    3] sahabat Nabi tidak merayakannya. kisah tauladan para sahabat la kita kena ambik iktibar. kan?

    4] ok utk dirayakan, mereka banyak point2 yg menyokong mereka utk sambut Maulidur Rasul, dan harus dipandang positif.

    5] yg penting kita sentiasa memperingati Nabi kita. bukan utk hari tertentu saja. bukan utk sekadar dirayakan tapi utk diikuti.

    ReplyDelete
  2. oyeh...memperingati Rasulullah memang sepatut dan sewajibnya setiap waktu dan hari..tinggal lagi,dengan diraikan sebagai hari kebesaran camni, setidak-tidaknya untuk orang yang baru nak belajar agama dan orang yang jauh dari agama akan ikut sama mengingati nabi kita. tiba-tiba cuti, mesti dorang tanya, sebabnya kan. kita bgitaulah,hari ni sambutan maulud nabi..dan ajak sekali mereka ikut selawat..

    sumber hukum adalah Al-Quran, Hadith, ijmak dan qias..masa semakin berganti, dan agama tetap relevan hingga hari ini.yang tetapkan hari semalam cuti pun,msti daripada kalangan ulama' negara kita..kan seronok tengok anak-anak kecil ramai-ramai berselawat.sikit-sikit nanti jadi kebiasaan..

    saya melihat sambutan maulud nabi ni,lebih dari sekadar sambutan.dan itu yang saya cuba terapkan pada anak-anak didik saya.saya taknak peningkan pucuk-pucuk muda ni dengan itu bid'ah ini bid'ah,nanti mereka tengok hal agama ni sebenarnya merumitkan.biar yang kecik ni rasa seronok dengan agama,dengan sirah nabi sebelum serius mendalaminya bila meningkat usia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...