Monday, October 10, 2011

AKU BUKAN AYAH SIAPA-SIAPA LAGI...TAPI...

sekitar Sukan Sekolah yang lepas


Minggu ni aku bertugas. Kena datang awal dari selalu. Jaga budak-budak darjah 2 yang comel comot segala kat tapak perhimpunan, sementara menunggu sesi pagi selesai. Dengan kapasiti murid sekolah rendah kebangsaan teramai di Malaysia, menjaga murid-murid yang tahun 2 sahaja ada 13 kelas dengan purata 45 orang setiap kelas - seorang diri, mujurlah aku seorang guru sukan. Wisel ada sentiasa. Kalau tak, jenuh.

Dalam hingar bingar murid-murid bising berbincang tentang pemadam sape paling handal, main batu seremban, tayang buku angry bird sape lagi tebal dan macam-macam ragam lagi, tiba-tiba aku didatangi seorang ayah kepada murid-murid ni. Muka serius, nampak garang, bengis. Tapi ok je sebenarnya. Seperti dijangka, beliau seorang sojar.

Tak lain, tujuan beliau adalah nak mencari anaknya, murid darjah dua. Bila aku bertanya kelas apa, sebab nak cari sorang-sorang tu bukan senang. Tambah lagi budak-budak ni kalau dah hanyut kat dunia main dorang, ayah sendiri datang tak perasan dah. Jawapan yang ibarat aku jangkakan tumbukan cross sebelah kiri yang sampai, tapi tiba-tiba hook dari kanan yang sebat muka....

"Saya dah 20 tahun ada anak-anak, tapi saya tak pernah amik tau pun anak-anak saya kelas apa, chegu. Ni pun tumpang saya cuti, mak budak ni soh hantar duit belanja sekolah dia tertinggal."

Kononkan anak dia bernama Mawar (konon la, jenuh dah nak cari orang nama gini sekarang), aku pun terjerit-jerit la mencari murid ni. Adala dalam 8 minit, baru murid ni tersedar yang ayah dia datang. Bila dia angkat tangan, ayah dia meluru ke arah dia sambil...

"Ni duit ni, jimat-jimat belanja!" dengan muka seorang sojar layaknya. Tegas lagi garang.

Pucat muka murid ni. Kelas paling hujung. Kemudian si ayah berpaling pada aku, dan tersenyum seraya berkata..

"Kita ngan budak-budak tak boleh nak bagi muka sangat che'gu. Nanti dorang pijak kepala. Jadi degil." Aku sedikit mengiyakan. Ayahanda aku pun seorang sojar, jadi aku mengerti.

Cuma frasa pertama dialog yang aku catatkan tu, bukan jawapan yang mana-mana guru, pensyarah, tutor, ustaz, dan alin-lain harapkan. Tak pernah ambik tau? Kamonla. Memang jujur beliau memberitahu, cuma kejujuran tu membuatkan aku terfikir...

Aku belum jadi ayah siapa-siapa lagi. Ayah yang macam mana aku nak jadi? Tapi sebagai warga pendidik, aku dan mungkin yang lain-lain berharap, siapkan tapak sebaik mungkin bagi anak-anak ini dari rumah lagi. Tegas perlu, memang wajib. Tapi garang sampai tak ambik tau pelajaran anak sebab tak nak terlampau bagi muka, ini bikin hati tualu.

Aku cuba menulis tanpa menuding salah siapa-siapa. Sekadar muhasabah diri ini, dan mahu berkongsi rasa...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...