Tuesday, October 4, 2011

THE LONER....


http://www.youtube.com/watch?v=D3-TgDjcBL0

Malam ni, aku seperti mengimbau kembali nostalgia-nostalgia aku dan kawan-kawan. Muzik. Aku akui, aku bukanlah insan yang boleh dikategorikan dalam kalangan 'hot' atau kacak. Bukan juga dalam kasta terpelajar. Tapi disebabkan minat terhadap muzik, aku dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai insan yang berlainan umur, kefahaman politik, agama, bangsa, latar pendidikan dan suasana namun berkongsi bahasa yang sama - 'muzik'.

Aku pernah cuba untuk serius dalam muzik. Main band orang kawin, band kolej kediaman, band maktab, back up untuk deklamasi puisi,battle of the band, akustik dan lain-lain. Tidaklah sampai main gig atau konsert, sesuatu yang gagal aku kecapi ketika pernah muda (dan masih lagi buat masa sekarang). Namun itu sudah cukup untuk aku menikmati sedikit cebisan memori untuk dikenang di kala sunyi begini.

Lalu, ingatan aku terus melintas kepada mendiang Gary Moore dengan lagu yang aku kira 'lagu rasmi' buat aku - The Loner.

Mendengarkan beliau, melihat beliau dan menghayati setiap note dan melodi beliau, membuatkan aku berfikir, seorang shredder tidak semestinya harus laju selaju ribut. Tanpa menyentuh mana-mana masterpiece beliau yang lain, lagu ini disampaikan 'note per note' yang sangat membuai. Setiap petikan menuntut penghayatan, dan kejelasan setiap 'note' yang dipetik tidak memerlukan kita menjadi seorang pemain gitar atau peminat muzik sekalipun untuk sama-sama hanyut dibuai perasaan 'loneliness'...haih..

Lagi keistimewaan lagu ini ialah 'tone' yang keluar dari 'axe' mendiang sendiri. Melekat ke jantung, ibarat kesan lebam di bahagian kiri pinggang aku selepas kemalangan tempoh hari (taknak kenang, tapi tiap-tiap malam duk mimpi kejadian..haih).

Dengar, hayati. Kalau nak jadikan lagu ni sebagai pelengkap tema 'forever alone' hidup kamu sekalipun, terpulang. Malah, dicadangkan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...