Thursday, October 20, 2011

FIKRAH ILMUAN - KENAPA DINAFIKAN?

Prof Dr. Aziz Bari - ikon terkini dunia ilmu tanah air


Menghirup kopi di ketika membaca ilmuan disekat daripada bebas melontarkan fikrah, adalah sesuatu yang tidak lagi lazat. Menghirup kopi di saat demokrasi dalam dunia ilmu dikebirikan, tidak lagi memberahikan. Menghirup kopi di kala kebebasan ilmuan menyuraikan kesulitan masyarakat digari - dem - tidak lagi mengasyikkan.

Pada suatu ketika, politik memang tersangat memualkan. Politik itu jasad asalnya tidaklah memualkan, namun perihal perangai sekor-sekor pemain politik itu sendiri, yang kadang-kala tahap pemikiran selayak murid KSSR tahun 1, di bawah paras Band 1, sendiri yang membuatkan pentas politik itu boleh mengundang muntah yang bukan sedikit. Titik tentang politik.

Tapi, apabila ilmuan tidak lagi boleh melontarkan pendapat dan rasa, itu suatu masalah. Masalah buat rakyat dan seisinya. Kita fasih bahawa ilmuan yang sebenar-benar ilmuan apabila berkata-kata adalah dalam rangkuman bidang ilmu yang difasihinya. Kita faham apabila ilmuan menerbitkan pendapat dan buah fikrah adalah dalam lingkungan bidang ilmu yang sangat difahaminya. Tapi apabila ahli politik yang bekecerdasan murid tahun 1 yang belum pun sempurna LINUSnya cuba memenjara kebebasan ilmuan menyuarakan fikrah mereka - itu tidak lagi dapat diterima norma manusia.

Maka, ilmuan sepatutnya diraikan. Sebagaimana Islam meraikan golongan berilmu. Sebagaimana Al-Quran meninggikan darjat golongan ilmuan. Sebagaimana Rasulullah mengataskan golongan berilmu. Memang akan ada 'setuju-tidak setuju' dalam sesuatu perbincangan. Kan itu proses? Proses mencari keaslian, keutuhan dan kebenaran. Jika segala pendapat atau cadangan dikeluarkan hanya untuk 'diangguk-angguk' tanpa gelengan, proses apakah yang terwujud, dan apakah yang akan tercerna?

Menghirup kopi apabila hak ilmuan menyampaikan ilmu ditelanjangkan - ah - tidak lagi mendatangkan 'stim'...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...