Monday, October 24, 2011

MUAY THAI - SEBAB APA HEBAT?

Buakaw Por. Pramuk - bintang menyinar dunia muay thai

Muay Thai - atau Tomoi dalam sebutan lidah Melayu - adalah stand-up fighting method yang sangat digeruni. Pengamal Muay Thai yang handal lagi berpengalaman biasanya mempunyai kemahiran senjata lapan (2 penumbuk, 2 siku, 2 lutut dan 2 kaki) yang sangat hidup dan baik.

Libasan kaki yang sempurna, sikuan tajam yang merbahaya, serangan lutut yang keras dan tumbukan bertalu-talu, siapa mampu menafikan kehebatan seni ini? Aku tak reti nak sebut istilah-istilah serangan dalam Muay Thai ni. Yang aku selalu dengar 'chok, chok' je, dari mulut pengulas perlawanan. Dulu masa masih berkhidmat di Langkawi dan Sungai Petani, aku selalu gak pi tengok pertandingan Tomoi kat sana.

Bagi 'outsider' macam kita ni, Muay Thai ni adalah sejenis seni mempertahankan diri dan sukan yang sangat merbahaya. Full contact tanpa kisah apa-apa, aku ingat kalau kena libas ngan Buakaw sekali kat keting, wajib pengsan on the spot. Tapi bagi orang yang tak pernah ikut latihan intensif Muay Thai la. Sebenarnya, seni Muay Thai ni adalah suatu seni yang sangat indah dan, ye lah, berseni. Lenggok permainannya kalau diperhati betul, bukan setakat perlanggaran keras dua orang lelaki six pack yang gagah-gagah, tapi permainan akal yang penuh helah dalam menguji dan mengkaji kelemahan lawan. Hard drill yang dilalui pun berperingkat-peringkat, menyediakan peninju Muay Thai ni dari segi fizikal dan mental untuk bertarung menghiburkan penonton.

Sebab apa Muay Thai hebat - bagi pandangan aku? Sebab, abih semua martial art kat dunia deem yang depa boleh tumbangkan Muay Thai. Mana-mana silat, kalau yang mengajarnya arrogant, akan cakap Muay Thai takde apa. Kita punya silat lagi handal. Kes Muay Thai ni sama macam Tae Kwan Do. Asyik kena bahan ngan pengamal silat yang ego. Muay Thai dan Taekwando, di Malaysia ni, dah jadi penanda aras betapa hebatnya suatu seni beladiri tu - kebanyakannya dari aliran silat. Tapi aku tak pernah jumpa lagi, setakat ni la dari berkenal-kenal ngan pengamal senibeladiri Muay Thai dan Taekwando, depa ni sembang yang depa boleh 'fight-all-the-other-martial-artist-and-put-them-to-rubbish'. Bagi mereka, latihan yang berterusan dan masuk pertandingan yang competitive tu perlu untuk menjadi seorang insan yang bermotivasi dan berakhlak tinggi, daripada duk canang cerita kehebatan sendiri.

Bunyi macam mengejek silat kan? Tak. Bukan semua. Ni bukan salah aliran, tapi silap guru yang bagi pelajaran. Ada kedapatan guru-guru silat yang taksub dan takjub akan aliran yang dianuti, hingga sanggup mengenepikan kehebatan aliran lain. Walhal, senibeladiri tu kan untuk membeladiri, mengikut acuan budaya pendiri.

Muay Thai memang terbukti hebat. Kita pun ada peninju Muay Thai yang boleh dibanggakan ke peringkat antarabangsa. Contoh, Eddie Selindang Kuning (pernah menewaskan Zidov Akuma, peserta The Contender Asia) dan Faisal Siku Emas (wakil Malaysia dalam rancangan Muay Thai Challenger) dan ramai lagi.

Terbukalah menerima ilmu lain. Yang digunakan, tangan-kaki-akal juga....

7 comments:

  1. ilmu mempertahankan diri ni masing2 ade kelebihan. cume yg salah nyer bile terlebih dari segi dalaman, lebih2 lagi bab silat.

    ReplyDelete
  2. hehe.takde salah pun dari segi dalaman..semua martial art ada isi dalaman..rugi kalau belajar semata-mata ilmu fizikal,tapi rohani tak diisi..sebab tu yang terima jadi buta hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelemahan silat ialah isi dalaman. Kelebihan beladiri bukan silat pulak sebab tak ada batin. Kat mana lemah dgn lebih tu? Kat cara berfikir. Org silat tak menekankan fizikal sgt sebab die fikir ada batin. Beladiri bukan silat berlatih sungguh2 sebab diorang bertumbuk realiti. Tak ada batin. Aku pengamal silat, dan jugak peninju tomoi dari kelantan. Di kelantan dgn terengganu, guru silat jugak mengajar tomoi.

      Delete
  3. kalo cite pasal martial art ni mmg angkat bendere putih.. bukan nk kate betumbuk, nk tampar org pun takut tgn ni yg sakit.

    ReplyDelete
  4. haha..pompuan lagila kena belajar tau.bukan nak soh bergaduh tak tentu hala,cuma nak tau mana nak terpa,kalau terjadi apa yang tak disangka-sangka..jangan pikir banyak.yang buat jahat ni banyaknye lelaki...lelaki ni handal mana,kuat mana pun,'tang situ' takkan boleh tahan..tendang je..

    ReplyDelete
  5. Aku setuju sangat dgn opinion ini. Secara ringkas. Tomoi, memang lasak, lebih berdisplin dan fizikal sepenuhnya. Manakala silat lebih 'spiritual', manakala kebanyakan pegamalnya terkena penyakit ujub. Membuatkan silat dah hilang kehebatannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..penyakit ujub ni,masalahnya kadang-kadang berjangkit..kalau dah guru ujub,anak murid apatah lagi..tomoi ni,aku suka tengok drill depa.tengok video2 Buakaw training dalam youtube..peh..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...