Tuesday, October 11, 2011

REZEKI DARI TUHAN....BERSYUKURLAH...


Sejak-sejak lepas PM umumkan Bajet (melestarikan bahasa konon, kan dah molek dulu Belanjawan), rata-rata aku tengok orang 'tembak' penjawat awam, lebih-lebih lagi kaum guru. Kononnya imbuhan yang diberikan terlalu banyak, hingga ada yang tertanya-tanya apakah hebat sangat tugas guru ni, sampai terlalu dimanjakan, hingga penjawat swasta malah penjawat awam dari lapangan yang lain turut tak berpuas hati.

Rasanya tak perlulah aku berbunyi seperti mem'backing' kaum guru. Besar mana sangatlah gaji guru tu. Memang mata yang memandang nampak kerja guru tak susah, ajar budak-budak je. Biarlah bahu yang memikul tanggungjawab tu sendiri menelan telahan mata-mata yang memandang tu...

Cuma bagi aku, bersyukurlah dengan apa yang dah dikurniakan. Sebenarnya kenaikan yang diumum tu bukanlah tinggi mana berdasarkan trek gaji penjawat awam, cuma bila keluar dari mulut ahli politik, setiap kata yang terbit itu adalah prospek yang boleh disensasikan. Bersangka baiklah. Walau dari mana salurnya, itu kan rezeki Allah...

Aku pernah bekerja dengan sebuah company outdoor swasta yang sangat establish, tapi dengan gaji yang....hmmmm...Seorang lepasan ijazah sarjana muda IPT dengan gaji berpadanan lulusan SPM. Tapi disebabkan minat, cinta, kasih pada bidang outdoor itu sendiri, itu bukan keutamaan. Aku di waktu itu dilema memberitahu gaji yang aku terima kepada orang tua di kampung, sebab aku tak nak depa segan-segan nak minta bantuan kewangan dari aku, lagi-lagi aku anak sulung. Mujur hidup waktu tu siang malam banyak dihabiskan di hutan, jadi tidaklah aku terlalu berlibur sana sini berhabis duit. Makan pakai, hantar belanja ke kampung dan lain-lain bayaran boleh diselenggara dengan baik.

Bukanlah nak cakap diri ni manusia paling bersyukur kat dunia, konon habis zuhud. Tak. Cuma, bila kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada, insyaAllah, Allah cukupkan lagi rezekiNya untuk kita.

Pengalaman aku, ada satu waktu aku dituduh mahu menjadi guru semata-mata nak kerja senang, nak bermewah-mewah. Peh. Nak mewah jadi bisnesman la. Aku diamkan je. Aku tau jiwa aku ke mana. Bukan mudah aku nak menolak tawaran yang datang serentak. Pegawai Perhutanan, Pegawai Perhilitan, agensi pelancongan, dan di ketika itu aku sendiri senang dengan tugasan sebagai Pegawai Pendidikan Alam Sekitar merangkap Pegawai Taman Alam di suatu tempat.

Rezeki Tuhan. Allah kalau nak bagi rezeki, sumber datang dari tempat yang tak ketahuan.

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikanNya rezeki dari sumber yang tak diduga. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Macam pernah baca je ye ayat ni, tapi kat mana entah? Elokla kalau tak tau, dan ambik tau. Selak Al-Quran, Surah At-Talaaq. Ni ayat seribu dinar namanya. Waktu aku terlungkup takde haluan masa takde kerja dulu, kawan aku ajarkan ayat ni. Letak yakin pada Allah, insyaAllah...





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...