Saturday, October 1, 2011

BACA DAN BACA....

Alhamdulillah... Dalam malam tadi, aku sudah boleh berbaring dengan sempurna. Sakit di belakang akibat rempuhan juga semakin berkurangan. Cuma kalau batuk atau bersin, azabnya...haih..

Dalam keadaan sakit begini, dengan sunyi bersendiri (hosmet balik kampung, family ambik bawak berubat kat Perlis), aku pon mula la menggali kembali simpanan bahan bacaan di kamar peribadi aku yang agak bersepah 2,3 hari ni. Sekadar hiburan hati. Bukan setiap waktu kita larat nak mengadap internet kan.

Aku suka membaca. Dulu memang membaca boleh dikatakan kegilaan aku. Bunyi macamlah intelektual sangat aku ni kan. Tak jugak. Cuma aku suka. Dulu aku suka beli antologi puisi keluaran DBP yang lama-lama, dan sebab lama sangat, ada yang terjual RM2 je senaskah. Aku suka baca puisi atau sajak, sebab itu perlambangan hati seseorang penulis. Aku sendiri suka menulis, dan pernah berimpian mahu menjadi seorang penulis. Tapi, mungkin cukuplah aku menjadi pembaca karya sendiri.

Di waktu ini, aku sedang perlahan-lahan menghadami 'Tuhan Manusia" tulisan Dr. Faisal Tehrani. Tulisan yang terbaca santai, dengan penuh konflik bicara tentang pertembungan dunia barat dan dunia Islam. Sangat menarik. Kupasan tentang pluralisme. Pernah masyarakat politik digemparkan dengan isu pluralisme dalam agama, dan aku kira tulisan Dr. Faisal boleh dijadikan sedikit panduan dalam memahami apa itu pluralisme, jika kita tak terdaya nak membaca atau mendengar syarahan yang berat-berat.

Komik? Itu wajib. Semalam aku dibawa keluar oleh kawan-kawan ke walimah seorang rakan setugas di Kluang. Sempat juga aku menyinggah ke toko-toko buku untuk mengintai KREKO keluaran terbaru, 1 Oktober. Hampa, belum sampai lagi agaknya. Terjeling pulak ke ROTTW, cover A7X...hmmmmm... Sebenarnya aku dah malas nak beli ROTTW ni lagi, sebab pengisiannya yang bagi aku makin...hmmmmm.. Tapi, nak membalas kempunan KREKO takde, beli jugakla.

Secara peribadi, aku berpendapat setiap rumah WAJIB ada ruangan simpanan atau tayangan bahan bacaan. WAJIB. Letakla rak buku ke, almari ke, atau bilik bacaan khas ke. Terpulang. Sebab buku adalah sesuatu yang sangat patut dihargai. Walau dalam apa jua bentuk dan isi. Aku juga mendidik diri sendiri untuk tidak berkira menyempitkan poket untuk membeli bahan bacaan yang menarik minat. Dari seilmiah-ilmiahnya, hingga sepicisan-picisannya. Buku porno tiada dalam list.

Pun begitu, ada gak kawan-kawan cakap,..

"Ko ni memang ada simptom 'forever alone' la beb. Komik, ni lagi ape ntah buku muzik-muzik ni. Haha, nampak keras, tapi baca buku puisi-puisi. Pompuan tak pandang puitis-puitis sume ni dah".

"ko punya koleksi komik ni,ngan majalah silat-silat ni, gitar-gitar ni, aku ingat kalau duit tu kau buat beli emas ke,masuk pelaburan xxxxxx ke, kompem kencang dah duit ko. Belila emas. Kita kembalikan kewangan Islam. Tak tau camne nak mula? Sini, aku kan ada..."

Mudah je jawapan aku. Takpe, kawan... Aku 'kenyang' makan buku...

2 comments:

  1. orang jahil jangan dilayan ;)

    Word verification bagi buang bro, senang nak komen

    ReplyDelete
  2. hehe...orait doc,sudah bagi ejas. tak pasan pon hat tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...