Saturday, May 21, 2011

Berkat?

Ni antara persoalan yang kadang-kala dangkal bermain dalam benak pikiran aku yang agak benak kadang-kalanya. Berkat. Maksud berkat merujuk Kamus Dewan yang aku amik secara direct ialah rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah)

Saja aku nak memenigkan kepala sendiri. Aku pernah dengar orang cakap. Ibu menadah maqbul, ayah menanggung hikmah dan guru mengusung berkat. Pendek kata, ketiga-tiga insan ni merupakan manusia yang Allah beri penghormatan khusus yang tak dapat kita nak nafikan. Aku Cuma nak sentuh soal ‘berkat guru’.

Dalam dunia persilatan, terdapat segelintir perguruan yang mana guru-gurunya sangat terbuka menerima pembaharuan dan perubahan. Malah memberi galakan kepada anak-anak muridnya supaya terus mencari guru-guru handal yang lain kerana ilmu itu sifatnya luas terpandang bak laut. Malah ada yang berfalsafah bahawa seni silat itu adalah ‘seni’. ‘seni’ itu pulak maksudnya ‘hidup’ dan yang ‘hidup’ pastinya ada ‘gerak’ yakni sentiasa maju atau berubah-ubah. Dan aku sangtalah mengalu-alukan pemikiran sebegini, sebab bayangkan kalau seni muzik sendiri zaman pop yeyeh sampai la ni duk jadi anthem n life style. Haih... bukan la aku nak ngutuk 60an, kang ada pulak pakcik yang marah nih..

Yang memusykilkan aku, ada perguruan yang sanggup menyekat perkembangan anak muridnya dengan menghadkan atau mengdoktrinkan murid-murid betapa hebatnya perguruan mereka. Menanam ketakjuban dengan kuncian atau buah pukulan mereka yang mampu menumbangkan mana-mana silat lain atau beladiri luar yang mencuba mereka, sedang bagi aku ilmu beladiri itu tak lain hanyalah suatu sistem olahan manusia untuk mempertahankan diri berdasarkan cita rasa dan pola budaya masyarakat setempat di waktu dan ketika pengasasnya berada. Lebih hebat lagi, ada yang sanggup menegah muridnya yang nak menambah ilmu dari perguruan lain dengan dialog taboo – kamu pi belajar tempat lain, aku tak berkat ilmu yang turun kat kamu!!

Secara peribadi, bagi aku, peribadi guru mencerminkan ilmu yang difasihi dan dianuti. Dalam dunia ni, aku rasa manusia yang takkan jeles dengan pencapaian korang dan aku adalah mak, abah ngan cikgu-cikgu kita. Betul kan? Sorang mak akan sentiasa mendoakan kejayaan anak dia. Abah akan sentiasa menyokong perkembangan anaknya, dan guru-guru takkan lokek ilmu, habis dicurahkan segala apa yang dia tahu untuk kemajuan dan kematangan anak muridnya. Malah akan lebih berbangga jika kejayaan anak muridnya yang jadi Sultan, PM, doktor , peguam, jurutera (contoh kerjaya yang konon habis berjaya la dalam hidup, padahal kalau ko boleh hidup tanpa menyusahkan orang lain tu kira dah abih berjaya dah sebenarnya) melebihi dirinya yang setakat cikgu sekolah rendah.

Aku tak cakap semua. Tapi aku tau, memang ada perguruan begitu. Apa pun, itu hak masing-masing. Memang setiap perguruan mempunyai kepercayaan yang kudus betapa hebatnya permainan masing-masing. Tapi aku pikir, meraikan kepelbagaian atau orang cakap ‘celebrating diversity’ itu adalah lebih baik. Kita rasa buah kita hebat. Dah ke tengok buah pukul orang lain? Kita rasa kunci kita habis maut. Kalau orang tu guna ilmu belut licin camne? Jadi, sama-sama mengkaji keberkesanan permainan dan kelemahan yang ada pada sistem yang kita anuti. Tak salah upgrade, dan aku kira silatlah sebenarnya yang paling terbuka dan tak rigid sebeb ia ‘seni yang sentiasa hidup’.

Aku tak pernah dengar pon cikgu Sains aku tingkatan 3 dulu suruh aku mintak restu ngan dia sebelum aku melangkah masuk ke alam Sains Tulen masa tingkatan 4 dengan cikgu yang baru dan pendekatan atau sistem yang baru. Tapi aku percaya, dia dah doakan kami murid-murid supaya cemerlang dunia akhirat dan memanfaat ilmu Sains yang kami terima dari dia ke arah kebaikan umat manusia. Dan memberkati setiap ilmu yang kami sedut dari dia.

Mungkin dalam dunia beladiri, kerahsiaan itu sangat terpelihara bagi satu-satu perguruan. Jadi berkat tak berkat ni adalah peringatan buat yang teringin nak try rasa ilmu dan buah dari cikgu lain. Apa pon, sebagai guru, halalkanlah ilmu yang kita turunkan pada anak murid kita. insyaAllah ngan berkat kita halalkan ilmu tu, manfaatnya dapat digunakan anak murid kita sebaik mungkin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...