Sunday, May 22, 2011

Taksub

Taksub

Taksub tu, sama cam fanatik. Orang cakap, mengikut membuta-tuli. Menutup mata telinga dari melihat dan mendengar kebenaran di persekitaran. Taksub ni macam-macam. Ada yang taksub pada parti, dia ingat dia je yang paling baik. Ada yang taksub dengan genre muzik dan ingat muzik yang dia main tu adalah the best padahal note muzik tu takkan lari dari CDEFGAB. Dan ada yang taksub pada guru. Saja aku nak sembang pasal taksub pada guru dan aliran beladiri.

Sebelum tu, aku suka nak ingatkan diri sendiri. Taksub lain, hormat lain. Hormat pada guru dan ilmu, membawa kepada keberkatan dalam beramal. Sedangkan taksub ni, hanya akan membuatkan si pengamal dan penurut ni memekak telinga dan membutakan mata pada keluasan ilmu di sekitarnya.

Contoh ketaksuban dalam beladiri ialah, kita memandang hebat aliran dan guru kita sebagai yang terulung dan takkan tumbang. Silat yang kita pelajari boleh tibai hak lain. Tidaklah aku mahu melagakan sesiapa, tapi ni hakikat. Ada yang memandang gurunya sangat ‘suci’ hingga lupa mana ada lagi manusia kat dunia ni yang tak tercemar dari cela dan dosa setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w (Allah dan para malaikat pon berselawat atasnya, apatah lagi kita...). setiap gerak geri guru itu diperincikan rapi dan dijadikan ikutan tanpa banyak soal. Memang, kebenarannya orang Melayu memang tak suke soal banyak-banyak, sedut je apa yang dorang dapat.

Belum masuk lagi melekeh-lekehkan gerak tempur orang lain. Pertikaikan kenapa nak kena berbunga-bunga. Kenapa nak kenapa kekuda rendah, kan susah kalau nak bergaduh kalau terkangkang-kangkang. Kamonla. Tu la sebab jangan taksub. Kekuda rendah dalam latihan tu logiknya nak menguatkan penunggul, menguatkan otot-otot kaki, tapak. Tu cara latihan dorang, janganlah nak lekeh-lekehkan. Berbunga tari silat itu indah dipandang seninya, tak nampak yang sampai buahnya. Dan tu tatacara seni itu sendiri, dan hormatilah permainan masing-masing. Kembali kepada asal senibeladiri itu sendiri. Nak ‘membela-diri’. Bukan nak ‘meninggi-diri’.

Tu lah jadinya, kalu belajar beladiri sebab nak kejar gagah, nak kejar hebat. Aku sendiri pon, ilmu tak cukup matang, belajar pon tak khatam. Memang silat ada khatam, tapi takde penamat. Solidkan apa yang kita sempat pelajari, latih bertubi-tubi hingga jadi kebiasaan. insyaAllah berkesan untuk tempur dan beladiri. Bukan mengejar bengkung atau mengejar gelaran. Benda ni pun aku tak suka gak. Silat dah jadi medan meraih populariti dan tangga politik. Habis hilang minat anak muda yang neutral nak belajar seni silat, bila perguruan tu dinaungi pak politik yang dorang tak suka. Pastu nak marah pulak dorang pi join beladiri asing, konon tak sayang budaya la, warisan bangsa la, apa la. Lantakla dorang. Dorang nak bersukan, bersenam sambil menimba ilmu membela diri untuk bekalan di perjalanan, bukan nak berbangga-bangga ngan status perguruan yang punya dif terhormat konglomerat yang tak pernah merasa hidup melarat.

Apa-apa hal, jangan taksub. Sebab aku sendiri pon kalau gi dengar penerangan pasal sesuatu perguruan, aku suka nak dengar tentang falsafah, pendekatan pembelajaran, keberkesanan permainan dan seninya. Bukan nak dengar cite ko lawan silat lain silat tu tumbang, geng taekwando kepung 800 orang pon ko selamba je hembus atau ilmu ko je la paling melayu asli penah wujud atas muka bumi ni, padahal sabit pada sejarah mai dari yaman lah, arab lah, apa-apa lah.

Jangan doktrinkan pewaris seni bangsa ni semua dengan kehebatan-kehebatan silam yang menjumudkan. Beri ruang untuk mereka lebih terbuka dan bernafas lebih lega untuk menilai setiap ilmu yang wujud atas muka bumi ni. Pokok pangkalnya, mereka yang nak gunakannya nanti pada waktu yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...