Wednesday, May 25, 2011

CINTA

cinta itu apa ya?
kau kata pengorbanan itu cinta
setekad mana hatimu rela
hingga kau meraihnya?

kau kata
liku yang beribu, ranjau nan keliru itu cinta
harus berapa banyak parut kau calarkan ke jasad
ketemukan kau dengan cinta?

kau kata
cinta itu anugerah
seperti apa harganya untuk dinilaikan cinta?
naik tak turun-turun RON97, sestabil emas atau sepeket gula?

kau kata
penyatuan itu cinta
apa yang disatukan?

cinta bukan diciptakan
kerana
cinta itu dihadirkan
cinta tiada bentuk rupa
namun kau pantas merasainya

jangan mudah meletak tafsiran pada cinta
kerana tiada aksara mampu tercantumkan
untuk kau terus meriwayat perihal cinta

namun, percayalah
cinta bercerita... tanpa nada
cinta berlagu.... tanpa irama
cinta menulis.... tanpa huruf dan tinta
cinta berkata-kata... tanpa bahasa

ayuh, mudah saja
kau raikan saja cinta yang kau rasa
cinta yang kau miliki, itu hakiki
tetap milikmu, hanya untukmu
dan kau akan terus dicintai tanpa jemu
kerana mawaddahNya takkan pernah berdebu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...