Sunday, May 22, 2011

Sham Kamikaze yang aku kenal (dan kompem dia tak kenal aku)

Sham Kamikaze - cover GITAR N BASS


Malam ni, macam malam-malam yang lain gak. Aku mengasah jari-jemari kat fretboard. Gitar usang ni, walupon dah selayaknya dimuziumkan, tetap bermakna wat aku. Sejak bertahun sampai skg, gitar ni la yang dah banyak ikut aku merata, dari mude belia remaja ke suku dekad yang pertama usia. Sebab tu aku tak beli-beli gitar lain, sebab tak nak duakan dia (konfes je la,takde duit.senang)

Ntah camne. Sambil aku duk peluk gitar, minda luar sedar aku dah take over jari aku untuk plucking lagu ‘Pergi Selamanya’.. sambil humming slow2, sebab takut jiran n hosmet mengamuk, aku turutkan jugak jari aku yang semakin luar kawal ni memainkan lagu ‘Luhur’, ‘Tawa Dalam Tangisan’ dan ‘Teman’. Pastu tiba2 ngan kejamnya palm-mute ngan sadis riff lagu ‘Pawana’ yang lain sikit dari versi asal dendangan Search. Apekah signifikannya tindak-tanduk aku nih?

Selepas aku tersedar dari lamunan sampai berpeluh-peluh, ibarat ko pi baru lepas bersilat ilham ngn menurun semangat Jebat lagaknya (ceh), tiba-tiba hadir ke benak aku yang tak la benak mana sebenarnya, satu nama yang aku akan menjerit tahap gaban kalu boleh tengok dia wat live show atau setidak-tidaknya takkan basuh tangan dua hari kalu dapat bersalam ngan dia (stetmen ini sangat melampau, tolong nasihatkan penulis). SHAM KAMIKAZE...

Aku ingat lagi, waktu aku pulun berjinak-jinak dengan dunia kegitaran ni di awal alaf baru. Belum pun lagi pegang gitar, aku dah list-down gitaris-gitaris yang aku nak jadikan rujukan untuk berangan nak jadi hebat. Abaikan gitaris luar, gitaris Malaysia yang dalam list wajib aku adalah KARL CROMOK, KID SEARCH dan SHAM KAMIKAZE. Sham pada aku punya keunikan sendiri, dengan penampilannya yang agak kemas (sessionist laku,kan. Main ngn ensemble jazz, orkes RTM n lagi-lagi yang lainnya), riffing yang padat-sendat-ketat (dengar sendiri fast track KAMIKAZE) dan solo yang ........ greeennnnnggg!!! Juga versatility yang dimilikinya dalam pelbagai genre muzik yang terbukti ditagih oleh artis-artis lain untuk membekap mereka. Aku rasa banyak sangat lagu mainstream yang kua kat media perdana ni, dia yang main. Belum masuk kat lua lagi.

Aku secara peribadi bukanlah sorang yang punya formaliti dalam mengapresiasikan muzik. So, solo yang dia main tu memang takkan termampu la aku nak copy. Tapi biler aku baca tips-tips yang dia kongsikan dalam majalah GITAR N BASS suatu ketika dulu, aku rasa sangat termotivasi untuk develop stail aku sendiri yang tak la stail mana sangat pon. Dan majalah tu sangat bagus untuk kita yg baru mahu mengenali muzik, tapi dipupuskan sendiri oleh owner ROTTW yg aku kire lagi sayangkan perjuangan muzik daripada penyebaran ilmu muzik tu sendiri. Honestly,aku dah stop beli ROTTW walaupon tu dulu ‘makanan ruji’ aku bulanan. Kalu tak beli, gigil beb. Tapi sekarang, isinya.... hmmmmm.. sila tanya lagi orang-orang yang sama cam aku, yang dulu pulun kumpul duit skola nak beli ROTTW n zine lain.

Berbalik pada bro Sham tadi. Di sebalik kehebatan skil gitarnya yang duduk diam dalam kelas tersendiri, sapa sangka.. Hidayah Allah itu akan sampai pada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Aku rasa ramai dah yang tengok kat Fesbuk, video PENGALAMAN SYAM KAMIKAZE TERIMA HIDAYAH - DR ASRI ft SYAM [HQ]. dari setiap apa yang terbit dari mulutnya, sesiapa pun akan tersentap dengan kebahagiaan yang kini dimilikinya. Sungguh, aku tersenyum sendiri biler mendengar bait-bait kata yang dilontarkan dalam pengakuan ikhlasnya, sambil membayangkan aku duk sebelah dia main plucking lagu Another You – Cromok sebagai background untuk bagi lagi syahdu suasana.

Apa pun, aku dan sekalian rakan lain yang pernah memandang tinggi skil yang dimiliki antara gitaris terhebat buatan Malaysia ni, akan terus menyokong dan mendoakan perubahan bro Sham akan terus berkekalan. Dan dia juga sama cam kita yang lain, sangat takut kepada fitrah hati manusia yang sentiasa berbolak-balik. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan seluruh umat Islam.

Bob Lokman dah. Sham Kamikaze dah. Amy..... sayang.. dia dah dijalan yang betul, tapi apsal AF? Pengetua? Arrrrggghhhh!!! Awie?? InsyaAllah, mulut dia je cakap macam-macam pada Bob Lokman. Tapi hati dia baik, dan mahukan kebaikan.

Rabbana atina fiddunnya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa kina a’zabannar....

1 comment:

  1. Bro, thank you for reading, interview Sham tuh aku yang bikin...anyway kalau kau nak tanya pasal guitar playing I am more than happy to help...ya, aku pun heran apsal laa ROTTW tu dah pupus ha ha ha! anyway aku kutip sikit petikan artikel kau untuk prove satu theory ha ha ha! boleh ye? THANKS!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...