Monday, May 23, 2011

KOMIK - aku dan nostalgia

KREKO - komik dwi bulanan yang aku collect dari dulu smpai skg


Sape insan kamil kat sini yang tak suke baca komik, angkat lutut. Apa, tak suke baca komik? Peh... lu baru je ilang satu nikmat hidup. Dan plis jangan rasa sangat cool or macho bile ko tak baca or tak nak baca komik. Kalau ko rasa baca komik tu sangat childish, sila pergi berlagak jauh-jauh!

Aku suka baca komik. Sangat suka. Tu la hobi aku sedari aku belum kenal huruf, masa lepas khatan nak tunggu setel bentan (buas sangat, n makan tak pantang) dan jugak pada waktu-waktu getir dan sangat sukar dalam hidup aku. Hampir ke mana-mana, aku bawak komik. Dulu masa keje hutan pon aku bawak komik, elok terselit dalam backpack. Petang-petang sambil gayut dalam hammock, layan komik bila letih trekking. Peh... skg pon, komik mesti ada dalam keta aku.

Banyak sangat komik kat pasaran Malaysia skg. Dari majalah kartun berstatus legend cam Gila-Gila, Ujang, APO? , komik-komik Marvell yang tak termampu aku nak beli, kompilasi manga-manga terhangat cam KREKO, Arena dan yang dah convert jadi Tankobon yang juga berstatus legendary cam Dragon Ball, Dragon Quest, Shin Chan hingga nostalgia komik-komik Hong Kong cam Alam Perwira, Juara Wira, Pendekar Laut, Dewata Raya dan lain-lain lagi yang sangat banyak untuk disebutkan.

Aku suka baca komik. Apa ko ingat baca komik tak cool? Silap telahan tu. Sesungguhnya komik adalah suatu medan escapism dari life yang kadang-kala sangatlah menepukan. Dalam komik imaginasi kita akan luas bergentayangan. Sungguh, aku memang seorang yang suka berkhayal akan sesuatu yang paranormal. Bagi aku, ceritera dalam komik seperti suatu entiti yang bersetuju dengan khalayan yang tak logic, berbanding jasad manusia normal lain yang akan gelakkan ko kalu ko cakap ko ibarat Son Goku yang super hebat dengan hati yang sangat tulus.

Aku suka baca komik. Aku rasa ramai yang bersetuju kalu aku cakap, dorang-dorang pandai membaca disebabkan membaca komik masa kecik-kecik. Aku sendiri camtu. Mak aku tak membudayakan aku ngan baca Sulalatus Salatin, tak paksa aku ngadap HikayatAbdullah Munsyi atau memaksa aku mengadap buku sifir logaritma yang mengarut masa kecik, melainkan komik Doraemon, Kungfu Boy (kalu Comic House pnye versi, Budak Sateria) yg guna kertas recycle tahap reput dan lain-lain. Walaupon mak aku orang kampung takde pelajaran tinggi, dia tau how to make reading is fun! Yeah. Anak ko baru lima tahun ko dah paksa hafal sifir dua belas. Dia hanya akan jadi penghafal yang baik, bukan sorang yang menikmati zaman kanak-kanak dengan baik. Aku masih ingat, hanya dengan galakan untuk bagi aku 5 buah komik pilihan aku sendiri, aku rela bersunat walaupon rasa terpaksa (sebab tengah jadi ‘king’ main gasing time tu, tengah set game ngan budak-budak blok kejiranan sebelah).

Aku suka baca komik. Aku kira, ramai insane puitis zaman ni lahir dari golongan yang baca komik gak. Tak pecaye? Kalu ko ade pak su yang sempat kumpul komik Alam Perwira, sila baca. Dengan falsafah perang yang bagai-bagai, dengan setiap page yang diselak ko boleh baca peribahasa-peribahasa yang sangat cool, contoh eh “ Ji fat pantas mengelak serangan Ifrit Utama ibarat angin membelah awan” dan banyak lagi. Nama Hikmat Api Syurga Membakar Lalang masih lagi lekat dalam pikiran aku. Juga komik-komik lain cam Pendekar Laut. Oh, cite ni memang gile tak logic tapi sangat best. Jugak Deawata Raya yang bapak kompleks.

Nostalgia komik ni, susah nak diungkapkan ngan kata-kata.... sebab sangat banyak memori manis kat situ. Aku tak tau skg ade lagi ke tak, kalu dulu kat Terminal One masa aku cuti kola nak blik umah dari hostel, aku akan lepak kat kedai komik cina kat situ, dan dengan sewaan 30sen, ko boleh baca satu komik yang ko suke. Oh, waktu tu jugak APO? baru kua, ngn edisi sulong hanya berharga singgit. Ke dua ringgit? Aku pon lupe dah.

Juga memori baca komik ikut turn. Aku dulu collector Johan Bola Sepak (ye, yang ko nampak skg kalu ade jual tu,entah bape kali cetak dah) ngan GTO (mak aku was-was ngan kandungan isinya, lalu dibakar. Ish.. sedih..). Jadi kawan-kawan akan mintak giliran kat ko untuk baca komik tu. Potong que boleh wat gaduh beb! Dan paling tensen biler giliran tu bersambung tanpa dapat dikesan, kompem hilang. Oh, kenangan yang best. Sorang kawan aku nama Lan, sangat suka baca Johan Bolasepak (wataknya Taka ngan jersi no 0 ). Time prep malam, kami suke kerumun dia baca komik tu, sebab dia baca ngan penuh emosi lagak pengulas sukan kat tv. So, kami-kami yang penuh imaginasi ni, boleh nampak komik tu di’3D’kn khayalan. Ahaha...

Banyak lagi la. Banyak sangat memori aku ngan komik. Sebab tu aku rasa kehilangan sangat, bile mendiang Sensei Yoshita Usui mati jatuh bukit masa trekking sorang-sorang. Aku admire dia sebab komik Shin Chan dia yang dah temankan aku lama sangat, dari aku sekolah rendah sampai umor suku abad. Sangat sedih, sebab aku takkan jumpa lagi watak komik sekelakar itu lagi. Haih...

Bagi cikgu-cikgu, janganlah halang murid-murid baca komik. Takkan baru baca Upin dan Ipin dalam kelas pond ah ngamuk-ngamuk? Kamonla. Aku kalu murid aku bawak komik, aku tak marah. Cuma soh dia baca time lain. Sebab komik juga bahan bacaan. Naruto, walupon fantasi ninja melampau, tapi elemen persahabatan dan keyakinan diri sangat tinggi. Ko taknak ke murid0-murid ko ikot bermotivasi camtu? Skg, obsesi aku adalah One Piece atau Budak Getah. Dulu baca tajuk pon cam sampah, tapi bila dah ikot, hamek. Ketagih teruk2!! Sungguh best citenya, dan bagi aku itu adalah fantasi advancer yang sangat cool. Luffy D Monkey memang watak yang hebat. Sorang yang sangat never say never!! (jangan pangkah aku,plz.aku takkan dengar sampah tu)

Komik adalah hobi yang best. Betoi, tak tipu la....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...