Sunday, February 19, 2012

BILA DIRI DISAYANGI - UKAYS


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah di darat di air
Siapa pun hamba
Keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir

Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila kukeliru kuucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri...

Aku percaya orang lain dah perasan lagu ni lama dah. Tapi aku je yang baru perasan. Haih.. Sungguh-sungguh aku ingat lagu ni lagu jiwang tipikal melayu era 90an. Silap rupanya aku...

Bila aku drive sorang-sorang, tengah hujan lebat, saja pasang radio. Itu jam, ngam-ngam keluar lagu ni. Aku balik dari Kuala Lumpur, menuju ke Pasir Gudang dalam jam 3pagi lebih kurang. Jadi, keheningan pagi buta tu memaksa aku menghadam lirik-lirik lagu dari corong radio sepatah demi sepatah. Menghayati, kata orang.

Elok giliran lagu ni main, aku baru teliti bait-bait ayatnya. Selalu ikut humming lebih kurang je. Kalau member layan kat karok pun, setakat layan suara sumbang kawan-kawan je. Dengan videoklip karok yang takde kena-mengena ngan lagu, buat apa nak layan lebih-lebih kan.

Jadi, bila dengar lagu ni, baru aku perasan... Lagu ni rupanya berkenaan hakikat keinsanan. Mengenal diri. Mengenal Tuhan. Bukan lagu cinta meleweh-leweh puja perempuan.

Sebenarnya kalau kita perhati, dengar betul-betul, banyak jugak lagu-lagu Melayu kita yang menuju ke arah tu, walaupun bukan di tangan penyanyi atau kumpulan nasyid. Mentari Merah di Ufuk Timur dari Search dan Dari Tuhan oleh Wings. Sekadar satu-dua lagu yang orang biasa dengar sebagai contoh....

Lirik.. Kadang-kadang terbuka, subjektif untuk ditafsirkan. Atas kita mahu hadam bagaimana, cara mana. Tapi kalau "bergabung, meletup!" atau "aku bukan android" pejadah.. Memang akal kau akan benak kat situ je la.





3 comments:

  1. Oooo... ingatkan geng lagu 'jantan manja'


    haha!

    ReplyDelete
  2. ini lagu selingan masa team building. :-)

    ReplyDelete
  3. hehe...sudi gak uncle menyinggah sini ye..=)tu la,igt lagu nak manja2..tips kurus, xtau plak ada team building main lagu ni..tapi elokla,bila ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...