Sunday, February 12, 2012

LAGI CERITA TENTANG SIAPA HANDAL

Usai latihan olahraga hari ni, aku duduk-duduk minum di kafe. Duduk bersama, seorang staf senior, juga merupakan seorang guru silat yang agak bernama di region ini.

Takkan aku nak bersembang tentang Usain Bolt, Asafa Powell Carl Lewis, latihan fatlek mahupun jeda dengan beliau kan. Jadi, aku pilih topik silat untuk memesrakan keadaan.

Sekadar bertanya tentang penglibatan beliau dengan dunia silat. Orang lama, mungkin ada petua dan nasihat yang boleh dipanjangkan. Untung-untung boleh curi buah. Sembang-sembang, beliau bertanya tentang pengalaman aku dalam seni beladiri.

Aku berpegang, dalam menunduk, kebenaran perlu disampaikan. Tak ada perlu dibohongkan. Jadi berceritalah aku tentang itu ini yang pernah aku pelajari, tetapi tak semua sempat aku dalami. Yang penting, apa yang dituntut hanyalah untuk pakaian diri, bukan untuk bermegah-megah.

Kemudia beilau serba-sedikit menceritakan perihal permainan yang dianuti beliau. Tentang asas, tentang tapak, tentang jatuh dan potong, tentang itu dan ini. kemudian ditanya pada aku, sepanjang penglibatan aku dalam seni beladiri, ada tak diajar untuk mengkaji permainan-permainan lain.

Memang ada, tapi aku tak jawab ada. Aku kata, aku sekadar belajar apa yang terkandung dalam permainan tersebut. Kemudian betahlah si guru tadi, itulah kesilapan setiap permainan yang ada. Tak mahu mengkaji pukulan atau buah rahsia permainan lain.

Di sini, aku hanya jadi pendengar. Beliau mengatakan dalam permainan beliau, di tahap matang, pesilat diajar bagaimana untuk counter setiap buah serangan atau kuncian terhebat bagi setiap permainan lain, silat atau beladiri asing. Ternyata, ideologi 'kita paling kuat' ada dalam permainan beliau ni. Kata beliau, permainan beliau boleh counter semua serangan terhebat setiap permainan yang wujud.

Siapa cakap diam tanda setuju? Aku diam, sebab sikit pun tak bersetuju. Dengan mengambil Taekwando sebagai contoh (sebab selalu jadi bahan untuk dikalahkan dalam bersembang), agak-agak apa yang dipersembahkan dalam demo tu, buah rahsia mereka ke? Takkan dorang nak tunjuk pada bukan ahli kan. Jadi, siapa yang sanggup nak pecahkan rahsia permainan mereka pada perguruan yang sibuk nak kaji permainan orang lain untuk dijatuhkan?

Bagi aku, bila seseorang pengamal di tahap yang matang, seni yang dipelajari bukan lagi untuk jatuh-menjatuhkan orang lain, melainkan untuk membeladiri. ada lagi yang tak paham tujuan beladiri, walupun dah di peringkat yang tertinggi. Sibuk nak jatuhkan orang lain. Tak salah mengkaji, tapi tak perlu nak mempelaung yang kita mampu jatuhkan semua permainan yang lain.

Positifnya, beliau yakin dengan ideologi permainan beliau. Yakin pada ilmu itu penting. Tak yakin, buat apa belajar kan. Cuma ye lah, kadang-kadang bila kita pun ada, rasa juga nak menguji, nak ajak berdiri. Tapi dah macam meludah ke langit pulak.

Aku saja bertanya, kalau main dengan permainan yang banyak ragam macam mana? Contoh, aliran buah pukul dan wing chun. Kita susah nak jangka gerak mereka, lapis mereka. Permainan yang sentiasa hidup. Beliau cuma cakap, ada caranya. Sentiasa fokus pada tangan yang menyerang. Mungkin beliau lupa, kalau Tomoi, hebatnya senjata lapan mereka. Serangan tiada yang bermalam. Serangan tak bermalam ni, macam mana nak kunci. Beliau cakap, ada...

Tak boleh tidak, guru dah depan mata. InsyaAllah, sampai masanya, aku ke gelanggang beliau....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...