Mangsa kena suruh lari laju-laju. Tapi dia memang super laju...
Sepanjang aku jadi chegu sukan ni, antara keralatan yang aku nampak (dan aku sendiri kadang-kadang buat) ialah, bila suruh budak-budak lari, kau suruh depa lari laju-laju. Lepas tu marah "Kenapa tak lari laju-laju?'', kalau budak tu lari lambat dan kalah.
Macam mana nak bagi budak tu lari laju, kalau stamina pun tak build up, kalau drill pun tak bagi, teknik pacing ngan hayunan tangan pun tak diajar. Kau nak tengok keputusan cepat, tapi malas nak ajar budak tu.
Sama jugak macam kita nak anak-anak kita (anak murid kira anak jugak kan...) berjaya dalam UPSR, PMR atau SPM. Kita cuma nak tahu result hujungnya, dia naik pentas salam dengan ahli politik masa majlis anugerah cemerlang sekolah, tapi nak belikan buku anak berkira, baju anak-anak biar lusuh kuning (kalau tak berkemampuan, lain bab), duit RM100 anak-anak yang dapat tahun lepas, awal-awal rembat buat beli rim kereta yang baru. Pa hal?
Bila lari, memang kena laju. Tapi nak dapat laju tu, step-by-step. Ansur maju, kata pensyarah-pensyarah maktab.
Nak anak-anak cemerlang, pun macam tu. Step-by-step. Berusaha lebih. Jangan dipaksa budak tu membaca macam buku tu la "the last supper" dia. Asuh dia studi supaya jangan bertangguh. Jangan bagi ikut jejak mak ayah dia yang dari sekolah, bawak ke Universiti pun buat kerja bertangguh lagi copy-paste.
Ah. Membebel pulak aku hari ni. Kau budak-budak, cepat lari pusing padang 20 round sampai chegu tiup wisel!
No comments:
Post a Comment