Sekali-sekala
Di waktu pagi jam dua
Melangkah keluar rumah
Bertemankan secawan kopi di tangan
Biarkan seketika
Diri berbicara dengan kesunyian
Bergurau senda dengan keheningan
Bermesra dengan kedinginan
Tenang... Sangat tenang...
Cuba dongak kepala
Bulan terang bercahaya...
"Malam yang berlabuh
Dihias cantik sang rembulan
Jadi ilham sang pencinta
Cipta puisi untuk bunganya"
Ah...
Kopi dihirup enak
Mengantuk menjemput masuk
Berselimut tidur yang nyenyak..
Aku mahu bermimpi..
Sambung menatap bulan sampai ke pagi..
Esok siang, mahu menatap matahari..
*Sehari dua ni, bulan serius cantik kan?
amboi...puitis...
ReplyDelete=)
ReplyDelete