Tuesday, February 14, 2012

CERITA PERMINTAAN JIN LAMPU AJAIB

Seorang pemuda tersesat ke sebuah hutan tebal, sehinggalah termasuk ke sebuah gua untuk berteduh. Tiba-tiba, dia terjumpa sebuah lampu usang, yang kelihatan cantik. Digosok-gosok lampu tersebut, untuk membuang debu. Tiba-tiba...

Bammmm!!!

Keluarlah sebuah lembaga besar, dari kepulan asap yang keluar dari muncung lampu tersebut. Jin lampu ajaib!

"Wahai tuan yang membebaskan hamba. Pintalah apa sahaja, nescaya akan hamba tunaikan. Namun diingat, satu sahaja pilihan yang tuan ada. Bijaklah membuat pilihan."

Tanpa lengah, pemuda itu pun..

"Siapkan untuk aku sebuah jambatan yang mampu menghubungkan Pasir Gudang dengan Bagan Serai, agar mudah aku nak berulang-alik balik kampung."

Mengeluh jin, lalu "Aku sudah lama tidak keluar dari kurungan lampu ini. Janganlah tuan minta yang bukan-bukan. Jambatan bengkok ke Singapura pun entah bila zaman nak siap. Minta yang lain lah.."

Termenung lama pemuda itu. Setelah ditelek-telek,...

"Aku minta kau tunaikan permintaan aku ini. Jadikan aku seorang yang mudah memahami perasaan orang perempuan!!" jerit pemuda itu.

Penyakit termenung berjangkit pada si jin....

"Errrrrrrr... Tuan nak jambatan tadi kan? Kita try buat jambatan la ye.......susah pun takpe......"


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...